Rezeki

Isnin, 13 Julai 2015

Penghujung 2014, Kenangan Berharga

Assalamua'laikum.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la ali Muhammad.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kesempatan untuk berkunjung ke diari maya.

Julai 2015. Diam tak diam, dah melepasi setengah tahun 2015.

Ramadhan 1436H, juga telah masuk fasa 10 malam terakhir.

Pantas masa berlalu, pergi meninggalkan kita.

Dalam tempoh masa ini, ramai yang telah meninggalkan kita.

*****

Lama menyepi. Entahlah, selalu juga menjenguk di sini. Tapi belum ada upaya untuk menaip.

Januari 2015, pembedahan kali kedua. Kali ini ambil masa 2 jam. Proses yang sama, cuma kali ini lukanya agak dalam. Infection kesan dari banjir penghujung 2014.

Penghujung 2014 mencatat sejarah. Pertama kali dalam hidup kami sekeluarga, terlibat dengan banjir. Rumah yang didiami sejak 2007, air biasanya hanya naik paras lutut, itupun dalam jarak 15 meter dari rumah. Kali ini, hingga ke bumbung rumah, sedangkan rumah kami agak tinggi, atas bukit. Kuasa ALLAH, kehendakNYA. Siapa yang mampu menghalang, kan?

Takdir ALLAH, ana dan anak berada di kampung pada bulan Nov dan Disember tahun lepas. ALLAH beri peluang merasa pengalaman baru. 24 Disember, jam 5 pagi, terputus bekalan elektrik. Masih dapat menghubungi zauj. Update perkembangan semasa. Zauj pesan supaya kemas2 barang yang penting. Terutama dokumen2 hospital,IC dan mykid, pakaian n susu anak.

Jam 8 pagi, air cepat sangat naik. Dah masuk area pagar rumah kakak. Kami pun kemas2 rumah, masukkan dokumen dalam beg, letak atas almari. Memang semua kelam kabut. Mak suruh semua orang makan bergilir-gilir. Dalam pukul 10 pagi, air dah masuk longkang rumah kami. Memang cepat sangat. Nampak pusaran air kat depan pagar. Bila air dah masuk longkang rumah, memang air kat jalan nak keluar ke jalan utama tu dah paras bahu.

Bila nampak macam air akan semakin naik, kami mula keluar secara berperingkat. Alhamdulillah, masa tu abang ipar ada kat rumah. Dia lah yang banyak berulang alik harung air, angkut anak buah yang kecik. Tambahan pula masa tu ada 2 orang anak buah baru lepas bersunat. Belum sembuh pun lagi. Guna besen besar, suruh duduk dalam tu. Mak pun dah larat nak mengharung air tu. Abang iparlah yang dukung. Ana keluar trip ke3, terpaksa pegang baju abang ipar. Sebab kaki dah tak rasa berpijak di tanah. Arus laju, mengharung air tu sambil lompat2, sebab air dah paras telinga. ALLAH, tak tahu nak cakap.  Kiri kanan jalan tu memang ada longkang dalam, paras bahu. So, berjalan memang kena hati2. Kalau silap langkah, memang naya. Anak pulak kakak yang tolong dukung. Sebab masa tu tak boleh nak angkat benda2 berat. Masa tu syukur sangat, sekurang2nya ana belum operate. Perasaan tu ALLAH je yang tahu. Jarak 20 meter tu, rasa macam jauhhh sangat. Airmata memang lajuuu. Dengan tangisan anak. :( Sampai tengah2 tu, ada anak ular melintas depan muka. Anak perasan, meraung makin kuat. Dia takut. :( Ana dan abang ipar pun terkejut.... :(

3 hari 2 malam di pusat pemindahan. Dengan makan pakai yang sangat terhad. Nasib baik masa nak keluar rumah sempat ambil susu dan pampers. Baju anak pon sempat packing. Kita yang tua ni, pakai baju sama pon takpe. Anak-anak tu kesian. Sebab di pusat pemindahan, baju budak2 terhad. Dengan cuaca sejuk, hujan tak berhenti.

Lepas seminggu baru air surut. Rumah memang penuh lumpur. Kenangan penghujung 2014.

Banyak perkara berlaku, tak pernah kita jangkakan.

Semua perkara ALLAH dah aturkan. Semuanya ada hikmah tersendiri. Kita rasa nasib kita kurang baik, nasib orang lain lebih2 lagi. Kita rasa kita susah, orang lain lebih susah. :(

***
Sejak minggu lepas menaip, hari ni baru siap. Rasa macam tergantung je ayat tu. Tapi dah tahu nak taip, sebab banyak keluhan je. :(

Semoga ALLAH berikan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran kepada kita semua. Walau apa jua yang mendatang. Moga kita dapat menghayati hikmah disebalik setiap percaturanNYA.

Wassalam.


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers