Assalamua'laikum.
Ibu masih terawang-awang di udara.;p. Mahu menaip, tapi, ideanya asyik lari. Datang bertandang sekejap, terus berlari kencang.
Belek-belek buku masakan untuk Ilham. :). Mehla kita kongsi sama-sama. :)
Alhamdulillahm sekarang Ilham dah mula makan. Masa umur Ilham lebih kurang 4 bulan, ibu dah mula kumpulkan maklumat/input tentang 'first solid food' untuk Ilham.
Iyalah, setiap orang mahukan yang terbaik untuk anak mereka, kan? Lebih-lebih lagi kalau boleh bagi orang-orang tersayang merasa air tangan sendiri. Bahagia!
Sebagaimana dimaklumkan sebelum ni, makanan pertama yang diperkenalkan kepada Ilham, ialah Bubur Nasi kosong. :). Sehari sekali masak. Blend nasi tu lebih kurang 2 sudu, sedikit air. Siap, suapkan Ilham. Alhamdulillah, Ilham nak makan. Hehe. Lama-lama, Ilham begitu berminat dengan bubur tersebut. Nampak je kami bawak mangkuk comel warna biru tu, terus pandang macam nak ngap.;p
Ibu suka! Sambil suap, cakap pada Ilham : "Ilham, ni baru bubur kosong.. Kalaulah Ilham tahu betapa sedapnya makanan yang lain..Hehe";p
Semoga apa yang kami berikan kepada anak kami, menyihatkan badan Ilham, membantu Ilham membesar sebagai hambaNya yang bertaqwa. :)
Lupa pulak bila tarikhnya, kami cuba bagi puree lobak merah / carot. Tak tahu kenapa, Ilham asyik buang angin je. ;p. Pelawas kot. Bila tepuk-tepuk perot dia, tak de bunyi macam kembung. Dia pun happy je, macam biasa. Cuma buang angin lebih dari kebiasaan. :p
Teringin nak bagi puree epal. Dah beli, sekali rasa, masam la pula. So, tak jadi lah nak bagi.
Masa mula-mula nak ajar ayah Ilham bagi makan pada anaknya, kami gunakan nestum cerelac. Kesian pulak kat ayah Ilham nak masak bubur semua. Makan sendiri pun tak sempat, inikan pula nak basuh beras, masak sampai jadi bubur. Kang terlupa tutup api, hangit pulak. ;D . (Kami guna periuk biasa, masak atas dapur je :) )
Bila ibu ada kat rumah, senang la nak bagi makan bubur. Kalau Ilham duk dengan ayah, makan Nestum. :D. Kadang-kadang ayah suapkan juga roti. huhu
Kadang-kadang, blend jugak carot dengan bubur tu, bagi Ilham makan. :). Ok sikit, tak kerap sangat buang angin macam masa makan puree carot.
Semalam, bagi puree epal. Hehe. Manis yang ada masam sikit. Tak la terasa sangat masamnya. Muka Ilham nampak lain sikit mulanya. Tak pernah rasa, kan. Lepas suapan kedua, terus duduk depan. Hehe. Comel! Tak bagi banyak pon, nak bagi rasa je dulu. Biasanya epal di pasar malam lebih manis. Hmm, kena p cari nampaknya ni. Nak bagi Ilham rasa lagi. :)
Selalu bersemangat nak pergi cari buah-buah untuk Ilham, tap semangat tinggal semangat je. ;p. Adeh, kalut sebab sekarang musim hujan. Nak pergi tempat lain, susah sikit.
Ada ubi kentang kat rumah. Hmm, boleh ke bagi makan ni? Takut angin je. Kembung perut nanti. Sebab ibunya memang tak berapa boleh makan sangat ubi kentang ni. Sakit urat. Uhuk. Tapi, macam best je kan, Ilham? Kita cubalah ya. :)
***
Berdasarkan apa yang ditulis dalam buku "Nutritionists' Choice Cookbook" ni, turutan pemakanan awal bagi bayi bermula dengan makanan berasaskan bijirin (bubur nasi kemudian diikuti bijirin lain), disusuli buah-buahan dan sayuran, akhir sekali, daging.
Untuk bayi berusia 6-8 bulan, buah-buahan yang sesuai ialah epal, pisang, pear dan prun.
Kalau sayur pulak, kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis.
Tekstur makanan (cara sedia) : makanan perlu cair. Dalam bentuk puree, dikisar, lenyek.
Haa, ini panduan pengenalan makanan untuk bayi. :D. Apapun, terpulanglah pada kita semua.
Kalau yang bekerja, kadang-kadang tak mampu nak buat bubur. Bolehla bagi anak-anak makan mana-mana yang termampu. :). Ada yang simpan puri dalam peti ais. Ana sendiri belum cuba lagi. Selalu baca cara penyediaan. Tapi entahla, tak terbuat. Huhu. Selalu balik rumah, letak periuk makanan Ilham atas dapur, tunggu sejuk, blend, dalam pukul 8, Ilham boleh makan. :D. Kalau tak berapa nak rajin, memang makan nestum la Ilham. Ni nak balik cuti, berkira-kira lagi, macam mana nak sediakan makanan untuk Ilham masa kat kampung nanti. Semoga ALLAH permudahkan. Haih, nak beli blender philips yang kecik comel tu! Sapa nak sponsor pulak ni? ;p. Hehe
Ok lah. Semoga ada manfaatnya. :)
wassalam
Rezeki
Selasa, 30 Oktober 2012
Isnin, 29 Oktober 2012
Eid Adha; Catatan Kami
Assalamua'laikum.
Apa khabar semuanya? Masih dalam mood raya? :)
Semoga sihat-sihat semuanya ya. Jangan lupa kawal makan, banyak makan daging, nanti kena darah tinggi pula. :). Sup gear box pun kurangkan ya. Banyak lemak, minyak, kolestrol. Huhu.
Kami, sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, kami beraya di sini. Hari Khamis, ke Mydin, beli barang untuk masak. Orang tak ramai sangat. Jalan dah terasa lengang sedikit.
Pagi Jumaat, alhamdulillah, Eid Adha tiba. Sibuk menyiapkan diri untuk ke surau. Budak tecik tu bangun lambat! Hehe. Pukul 7.30 masih tidur dengan lena. Bergolek-golek atas tilam, sambung lagi tidur atas bantal ibu. Uhuk, Ilham. Kamu sangat comel! Hehe.
Lebih kurang jam 8.15 pagi, kami bergerak ke Surau. Saff muslimin, dalam 4 line. Saff muslimat, 1 line penuh dan beberapa orang di line kedua. Alhamdulillah. ALLAh bagi peluang untuk turut berhimpun di dalam rumahNya. Doa, doa, doa. Moga bakal menjadi tetamu ke tanah suci suatu hari nanti.
Selesai mendengar khutbah, kami beransur pulang. Zauji tukar pakaian lain sebelum ke tempat penyembelihan korban. Tak sabar! Tapi, nampaknya tak ada rezeki nak tengok live tahun ni. Sebab, bila sampai ke destinasi, kami terpaksa pulang semula ke rumah. Ada beg yang tertinggal di petak parking. Dalam tu ada bantal Ilham dan wallet Zauji. 40 minit duk ulang alik atas jalan saja. :). Sampai di surau, orang dah siap lapah kulit lembu. Ana dan Ilham, tolong tengok orang buat kerja dari atas surau saja, sementara menunggu kaum muslimin siap potong daging. Lebih kurang jam 2.30 petang, selepas semua muslimin balik dari solat Jumaat, jamuan diadakan. Ada sup tulang, kerabu perut. Sedap! :). Seronok makan ramai-ramai. Teringat kat kampung lama. :).
Ilham, suka sangat la duk dalam surau tu. Luas. Boleh merangkak dengan gembira. Tak jatuh pun. :)
Lebih kurang jam 3 petang, kami balik. Rutin macam biasa. Tak rasa macam raya dah. :p. Tengok tempat parking kat depan blok lain, kosong. :)
Hari kedua raya, kami ke Puchong. Ada jualan gudang peralatan kanak-kanak/bayi jenama My Dear. Pusing-pusing, tak jumpa tempat yang dicari. GPS zauji pun tak boleh nak membantu. Setelah lebih kurang 1 jam lebih, akhirnya sampai juga. Tak ramai sangat orang masa tu. Boleh memilih dengan suka hati.;p Rambang mata dibuatnya. :). Dapat beli safety gate yang dicari dengan harga yang murah. Alhamdulillah. Terima kasih. Hajat di hati nak pergi lagi. Looking for another Safety Gate. :). Jimat lebih kurang Rm50 untuk setiap safety gate.
Raya ketiga. Hanya berada di rumah. Menghabiskan cuti-cuti terakhir bersama keluarga. :). Alhamdulillah.
Hari ni, dah mula bekerja. Macam biasa. Perasaan? Macam biasa juga. Hehe. Cuma, tak sabar nak balik kampung 10 hb nanti. :). Rindunya nak tengok wajah-wajah kesayangan. Hampir 17 tahun duk tengok muka mereka. Habis SPM, mula melangkah keluar dari rumah. Jauh, dan semakin jauh. Nasib baik dalam semenanjung lagi. Hehe. Pernah juga terfikir masa dapat penempatan kerja dulu. Betapa melonjaknya perasaan ni nak merasa berada di Sabah Sarawak! :p. Tapi, nasib baik la tak jadi pergi. Mesti rindu bukan main kat kampung halaman, lebih dari sekarang. :D
***
Sepanjang hayat kita, banyak yang telah kita korbankan. Masa, wang, tenaga. Namun, tak semuanya dikorbankan untuk perkara yang sepatutnya. Banyak terkorban untuk perkara sia-sia. Lebih sedih, kalau ada yang telah mengorbankan maruah, diri kerana tertipu dengan keseronokan dunia yang palsu ni.
Ibu Bapa. Pengorbanan mereka tak dapat kita balas. Tak pernah mereka minta balasan dari kita. Semuanya lahir dari hati yang tulus suci.

Rabu, 24 Oktober 2012
Mood : Masak-Masak :)
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, syukur padaNya, masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, :)
Hari ni, sekadarnya sahaja. :). Ramai yang dah mula bercuti. Kami, seperti mana raya I'dul fitri yang lalu, masih setia disini. Bertabah demi cuti yang lebih baik. Hehe. Tentang raya, memang kalau boleh nak balik duk berhimpun ramai-ramai. Tapi, disebabkan cuti yang tak berapa nak ada. Simpan 2 hari untuk kes-kes kecemasan. Dan lagi 3 hari, kami guna untuk balik kampung 10-18 November nanti.
Balik jarang-jarang, kenalah merancang cuti dengan penuh hemah. :). Kebetulan di Kelantan, memang cuti panjang juga minggu tu. 2 hari cuti hari keputeraan, 1 hari cuti Deepavali, 1 hari cuti Awal Muharram. Makanya hanya sehari sahaja orang bekerja. Wahh, menarik! Hehe. Maka, tak salah rasanya balik pada minggu tersebut. Semua ada kat rumah. :). Dibahagikan kepada dua, maka, rumah Kuala Krai dapat 4 hari, rumah Kota Bharu dapat 4 hari. Ok lah tu kan? ;) Biar dua-dua keluarga puas hati main dengan Ilham yang sedang membesar dengan jayanya tu.;p.
Sekarang, Ilham dah tahu jalan nak pergi dapur, nak masuk bilik. Makanya, kerja kami sekarang, mengutip Ilham. Hehe. Tengah kumpul duit nak beli 'safety gate' ni. Bahaya kalau tengah masak, dia tiba-tiba ada kat pintu masuk dapur. Huhu. Ke Acik Isma nak sponsor?? ;p. Hehe.
Okeh, tajuk di atas tu masak-masak. Termelalut pulak ibu Ilham nih.
Menu hari ni : Ayam masak kicap. ;p
Walaupun ada orang yang akan cakap tak menarik langsung sebab lauk biasa, bukan resepi nasi arab ke apa, tapi, tetap jugak nak letak kat sini. Hehe.. Sebab, rasa macam sangat senang nak buat ayam masak kicap ni. Tambahan pula, rasa sangat bahagia bila tahu masak lauk ni, sebelum ni tak pernah terfikir boleh pandai masak lauk gini..hehe
Moh, tengok resepi. Tapi kan, tak tahu kuantiti, sebab selalu agak-agak je. ;)
Kalau nak masak nanti, pandai-pandai lah sukat ikut citarasa masing-masing ye. :) . Ini guna ikut yang ana guna semalam ye.
Bahan-bahan:
~ 4 biji Bawang putih
~ 1 biji Bawang besar
~ 1 biji cili merah
~ 2 inci Halia
~ 1 biji Tomato
~ 3 sudu kicap masin
~ 3 sudu Kicap manis
~ 4 sudu Sos Tomato
~ 1/2 cawan Air
~ 1/2 Ayam
1) Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah, halia yang telah dihiris nipis. Bawang besar tu kalau guna 1 biji, bahagikan kepada 2. Tumis separuh je.
2) Bila dah naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong kecil. Sampai ayam dah nampak putih (masak), masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato. Gaul rata. Masukkan sedikit air (kami suka makan kuah banyak, jadi air tu banyak. Kalau tak nak kuah sangat, tak masukkan air pun tak pa).
3) Bila dah nampak macam nak mendidih, masukkan baki bawang besar tadi. dan hirisan tomato. Gaul lagi.
4) Agak-agak dah masak, dah mendidih lama, boleh tutup api. Dan sedia untuk dihidangkan. :)
nota : kuantiti kicap masin, kicap manis n sos tomato tu agak-agak je. Sebab masa masak, ana tak guna pun sudu nak menyukat. Terus tuang dari botol..hehe..
Resepi ni sangat mudah, sebab tak payah duk kalut nak letak serbuk perasa, garam ke apa. Sebab dah cukup dengan kicap, dan sos tu semua. :)
Alhamdulillah. Bahagia bila masak sendiri, dan boleh tengok keluarga makan air tangan kita sama-sama. :).
Masa masak ni, Ilham duk kalut nak berdukung. Huhu. So, ayah Ilham yang tolong siapkan bahan. Ibu Ilham campak-campak je dalam kuali. ;p. Bila semua orang dah masuk dapur, pastinya meriah la. Dengan suara Ilham yang sibuk nak tengok apa yang ayah dia buat, lepas tu bila bagi ayah dia dukung, sibuk pulak nak pegang ibu, sebab tak puas hati nak tengok apa ibu masak. Hehe. Ibu masak lauk banyak, tapi, Ilham makan nasi kosong je. ;p
Ok, nak berhenti dah. Kepada yang sudi mencuba, silalah cuba dengan jayanya. Nak masak ni senang je. Kalau tahu bahan-bahan dia, tak perlu nak ikut step sangat. Agak-agak je kuantiti, pastu masukkan dalam kuali, siap. ;p.
Wassalam

~ suka sangat boleh berdiri macam ni. Kena perhati betul-betul. Kalau tak, boleh dengar orang tu menangis sekuat hati, sebab jatuh. Huhu. Bila dah berdiri, mulalah dia lupa yang dia tak pandai lagi. Tapi sibuk nak lepaskan tangan. ;p~

~ rindu Ilham masa kecik-kecik dulu..hehe.. ;p ~
Selasa, 23 Oktober 2012
Doa untuk Mereka
Assalamua'laikum
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. :)
Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNya.
***
Hari ni, ALLAH bagi peluang bertemu dengan sahabat.
Seorang ibu muda yang baru sahaja kematian suami.
Setelah 3 tahun menanti anugerah dari ALLAH, lahirlah seorang putera yang sangat comel.
Baru 2 minggu lahir ke dunia, suami sahabat tadi meninggal dunia.
ALLAHu ALLAH.
Pertama kali bertemu dengan sahabat tadi selepas 6 bulan.
Senyuman sentiasa mekar menghiasi wajahnya.
Masih seperti dulu.
Namun, di dalam hatinya, hanya ALLAH yang maha Mengetahui.
Semoga ALLAH terus memberi kekuatan dan kesabaran kepada beliau.
Dalam membesarkan anak sendirian, menjalani kehidupan seharian.
Terkenangkan anak buah di kampung.
10 tahun berlalu, tanpa lelaki bergelar bapa di sisi.
Teringat kenangan yang meruntun hati:
"Suwa, abe ami kena buat karangan. Tajuk dia "Bapa Saya". Macam mana nak tulis ye? Abe Ami tak tahu nak tulis apa pasal abah."
Air mata terus bergenang. Lidah kelu.
Waktu tu, usia anak buah 9 tahun.
Bila anak buah balik dari sekolah keesokan harinya,
dia terus cerita.
"Abe Ami tulis abah abe Ami kerja Askar. Jepun tembak. Sebab tu abah dah tak ada"
Air mata mengalir lagi.
Anak sahabat tadi, baru masuk 2 bulan.
Kecil, comel.
Bila tengok wajah anak sahabat tadi,
teringatkan anak-anak buah yang berempat tu.
Nasib mereka sama.
Terus berdoa.
Semoga mereka semua dilimpahi rahmat yang Esa.
Nasib kita, belum pasti bagaimana akhirnya...
***
Al-fatihah buat allahyarham Kamarul Azlan bin Ahamed Kamal.
Dan tak lupa, ayah tersayang, Omar bin Arsad.
Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Aminn
Isnin, 22 Oktober 2012
Berbahagialah Dengan Bahagian Masing-masing
Assalamua'laikum. :)
Moga dalam dakapan iman semuanya.
Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan perjalanan. Rentak dan irama yang sentiasa berlainan, menambahkan keindahan dalam gubahan kehidupan.
Kadang-kadang, menarikan jemari di atas keyboard, tanpa hala tuju. Kadang-kadang cari barang, kadang-kadang cari bahan. Selain siapkan tugasan dan kerja seharian.
Buka, baca, ambil iktibar.
Selalu juga terasa nak menyelit dalam ruangan komen, tapi kerapkali membiarkan saja. "Silent Reader"
Banyak blog yang selalu jadi pilihan. Tentang kesihatan, anak-anak, keluarga, agama, kerja. Semuanya menarik perhatian. :).
Yang mana elok, dijadikan panduan. Yang tak elok, kita tapis, jadikan sempadan. Bukankah pilihan itu di tangan kita? ALLAh kurniakan akal, moga digunakan sebaik-baiknya.
Setiap orang, ada bahagian masing-masing.
Ada yang kelihatan sangat gembira, siapa tahu dalam hati mereka penuh nestapa?
Ada yang nampak derita, tapi mereka sebenarnya bahagia.
Ada yang tak punya wang, tapi mereka sentiasa gembira.
Ada yang tak cukup anggota, tapi ALLAH kurniakan kelebihan yang tak ada pada orang yang sempurna sifatnya.
Bila kita tengok orang lain tak buat sama macam kita, terus dicemuh.
Bila orang lain lebih dari kita, terus dicemburui.
Bila orang lain kurang dari kita, terus dihina.
Mengapa ya?
Sedangkan ALLAH telah aturkan yang terbaik buat semua.
Setiap makhluk itu PASTI ada lebih dan kurangnya.
Jangan kita merasa bangga dengan apa yang ALLAH berikan pada kita, kerana sekelip mata ALLAH boleh tarik semuanya.
Jangan kita merasa lemah dengan apa yang ALLAH aturkan, kerana DIA boleh bagi apa-apa pada bila-bila masa sahaja. :)
ALLAH tahu apa yang kita perlukan.
Jika ada yang kita minta, tapi ALLAH tak bagi, jangan pula kita merasa bosan meminta dari ALLAH.
Ada kalanya apa yang kita mahukan, tak semestinya diperlukan.
Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH berikan pada kita.
Mungkin pada awalnya kita tak nampak kebaikan/kegunaan pemberian ALLAH tu. Tapi pada masa yang lain, kita akan bersyukur dengan apa yang ALLAH aturkan pada kita. ALLAH HANYA BERIKAN YANG TERBAIK!
Alhamdulillah

Rabu, 17 Oktober 2012
Ilham, 6 bulan sudah berlalu.
Assalamua'laikum.
Apa khabar semuanya?
Hari ini, 17 Oktober 2012. Ilham sudahpun berumur 6 bulan 1 hari. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur pada yang Esa atas kurniaanNya kepada kami.
Mengimbas kenangan beberapa bulan yang lalu..
16 April, jam 6.06 petang, anak ibu sudah selamat dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah, syukur padaNya. Disempurnakan kejadiannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Disambut oleh doktor muslimah, dan 3 orang nurse veteran. :). Ayah juga menjadi antara yang mula-mula menyambut kelahiran Ilham
Pada hari tersebut, lahirlah seorang anak :
Jantina : lelaki
Berat : 3.48 kg
Panjang : 53 cm
Nama : MUHAMMAD ILHAM SYAKIRIN BIN MUHAMAD RASHDAN

~ ini waktu dalam wad.. Hari kedua Ilham di dunia ~
Macam-macam suara yang ada. Comel. Tak sangka, ibu dah ada anak. :). Mok menemani ibu sepanjang malam tersebut.
Keesokan harinya, jam 3 petang, dah balik Batu Jong, meneruskan tempoh berpantang di sana. Pada hari ke-45, ibu , ayah dan Abang Ilham ke Kota Bharu pula. Jumpa Tok Abah, Tok Wan, Cek Ngoh, Cek Teh, Ayoh Long, Ayoh Ji. :). Semua orang gembira dengan kehadiran cucu pertama.
***
Perkembangan Ilham, 5 Ogos 2012, Ilham berjaya meniarap dengan sendiri. 15 September 2012, Ilham dah ada gigi. Bahagian bawah. :). 18 September, Ilham dah angkat badan, nak meniarap. 22 September, kami berjaya mengesan, sebatang lagi gigi bawah dah tumbuh. 16 Oktober, Ilham dah pandai merangkak, suka berdiri sambil pegang orang, dah ada 2 batang gigi. Berat terkini : 7.94 kg. Panjang : 71cm. Alhamdulillah, syukur padaNYa.
Ibu dan ayah sentiasa doakan, semoga anak ibu sihat walafiat, dilimpahi rahmat dah redhaNya setiap masa.
~ Penyokong TRW. ;p
(walaupun hanya sesekali pandang skrin TV, sebab lebih suka merangkak keliling rumah)
~ Alhamdulillah, dah mula makan bubur yang di'blend'
(Tak banyak pun, 2 sudu je)
~ Selalu jadi mangsa buli oleh ayah dan ibu
~ Dah pandai pegang barang. Kalau dapat apa-apa, memang susah nak ambik dari dia.
(Kalau naik kereta, kejap je. Lepas tu tidur. ;P )
Jom, menuju cintaNYA!
wassalam
*Redha ALLAH perlu dicari*
Isnin, 15 Oktober 2012
Doa, moga ALLAH makbulkan.
Assalamua'laikum.
Semoga semuanya sihat walafiat dan ceria sentiasa. Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Moga dalam redhaNYa sentiasa.
DOA SENJATA MUKMIN.
ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum kecuali apabila mereka sendiri nak berubah. :)
Maka, doa, doa, doa. Tapi jangan pula malas nak berusaha. ;).
Kena seiring, usaha, doa, tawakkal.
Moga ALLAH permudahkan. Aminn
Bismillah hirrahma nirrahim
Aminn ya Robbal a'laminn
Khamis, 11 Oktober 2012
Memori Silam
Assalamua'laikum
Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. :)
Jenguk-jenguk FB. Banyak yang menarik hati. Banyak ilmu berguna. Tak kurang jua yang mencuit hati. Tapi dalam banyak-banyak tu, yang ini sempat di'download' dalam PC. Menarik!
Bila tengok, terus teringatkan ayah. :) Kenangan, walaupun dah lama masa berlalu, tetap terpahat dalam ingatan. :)
Rumah kami, yang lama, hanya ada 1 kipas syiling. Biasalah, rumah kampung. Dalam rumah hanya ada 1 kipas syiling dan 1 kipas meja. Dalam bilik, tak perlukan kipas, sebab rumah tepi bukit. Malam-malam, walau tak pasang kipas, sejuk sampai kena tarik toto. ;p
Ok, berbalik kepada gambar di atas. Suatu hari, kalau tak silap, masa darjah 6. Pada malamnya, buat kerja rumah. Sorang-sorang je kat ruang tamu utama sebelah atas (bayangkan rumah kampung, yang ada 2 ruang tamu. rumah kami ada 3 pintu..huhu.. 1 pintu dapur, 1 pintu masuk ruang tamu utama/ kena naik tangga, 1 lagi ruang tamu yang bersambung dengan dapur terus).
Masa buat kerja rumah tu, banyak la pulak lambakan buku atas lantai. Dulu mana ada fikir nak meja tulis bagai, kan? So, buat kerja atas lantai gitu je. Tak tahulah pukul berapa terlelap. Pagi esoknya, sedar-sedar dah atas tilam single, siap berbantal, bertoto. hehehe.. Tak delah sama macam dalam gambar tu, ada orang angkat tido atas katil dalam bilik, sebab dari ruang tamu nak masuk bilik, kena turun tangga. Dan salah satu sebab kenapa takkan ada orang kejut, sebab once dah bangun susah nak sambung tidur. :p.
Dan semestinya ayahla yang sediakan semua tu, sebab ayah je yang selalu rajin nak meronda rumah malam-malam. Hehe. Tengok tingkap dah tutup semua ke belum, pintu dah kunci ke belum. Tangok siapa yang tak tidur lagi :)
Rumah kami, pukul 10 malam, dah sunyi. Sebab memang semua orang tidur awal, bangun awal. Huhu. Sampai sekarang, kalau dah pukul 9.30 malam, janganlah nak berharap nak telefon mak. ;p. Dah lama lena. Mungkin sebab dah terbiasa. Dulu kami kan petani. Siap-siap makan, bekal makanan, terus ke kebun. Pukul 7.30 dah ada kat kebun. :). Makan nasi pun memang dah biasa makan berat pagi-pagi lagi, sebab nak guna tenaga kat kebun kan. Huhu. Sampai sekarang, memang makan nasi pagi-pagi walaupun kerjanya dalam air-cond, duduk atas kerusi,depan PC, layan orang . ;p.
Apapun, kenangan memang indah, kan? :)
Rindu pada ayah membuak-membuak.
Ya ALLAH, tempatkan ayahku bersama hambaMu yang beriman dan beramal soleh.
Lapangkanlah dan terangilah kuburnya..
Aminnn
Al-Fatihah
Rabu, 10 Oktober 2012
Kamu Tetap Sahabatku
Di hujung sana,
kulihat satu jiwa muda
yang sedang bertarung dengan aqalnya
memberontak, inginkan kebebasan
mahukan kesenangan
impikan kemanisan dunia yang sementara
Sedangkan dia tahu
bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya
dunia ini hanya tempat persinggahan.
Namun, tetap juga ia mahukan.
Ku rindukan senyuman di bibirmu
Ku rindukan kata-kata penguat semangat darimu
Ku rindukan belaian tarbiah darimu.
Sahabat,
kamu masih punya waktu
Ayuh, u-turn semula
Kembali ke medan tarbiah
Masih ada ruang untukmu
kembali semula ke jalan ini
Ku tahu, kamu malu
dengan apa yang telah berlaku
Ketahuilah sahabat
Walau apapun yang berlaku
Kamu tetap sahabatku
Perancangan ALLAH Mengatasi segalanya
Assalamua'laikum
Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. :)
Alhamdulillah, Rabu menjelma lagi. Lagi dua hari, cuti semula. :p. Biasalah, bila dah jadi 'orang makan gaji', hujung minggu lah yang paling dinanti. Penat menghadap skrin komputer, duduk di kerusi hampir 7 jam sehari, menaip, menjawab panggilan. Nasib baik "partition" tinggi. Kalau tak, bertambah penat melihat muka orang ramai lalu lalang.;p
Insya'ALLAH, hujung minggu ni keluarga biras dan kakak ipar akan bertandang. Untuk urusan konvokesyen di UPM. Oleh kerana tak jauh sangat dari rumah, maka mereka akan bertamu di sini. Semoga perjalanan mereka nanti dipermudahkan. Nak bawak budak tecik Umar Khalis, wahh, tak sabar nak jumpa. Umar ialah sepupu Ilham. Beza umur 2 bulan je. :). Tak sabar nak tengok Ilham main dengan Umar. :)
PMR telah bermula semalam. Tahun ni, ada dua orang anak buah ana yang akan menduduki PMR. Semoga keduanya mendapat kecemerlangan. :)
***
Raya Aidil Adha kali ni, kami tak balik beraya di kampung. Kemungkinan besar akan beraya di Pontian. Ziarah keluarga angkat zauji, dan sahabat-sahabat beliau. Orang sana belum tengok Ilham lagi. Selalu bertanya khabar melalui telefon saja. Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, sampailah nanti. :)
Cuti dah tak banyak. Kes zauji telah di'refer' ke HUKM. Maka, memang harus menggunakan cuti dengan bijak. Tak dapat nak balik beraya di Kelantan. Raya hari Jumaat. Hmm, pastinya kena ambil cuti awal kalau nak balik Kelantan. Tak cukup cuti. :(. Tak pelah. Insya'ALLAH, hujung tahun ni kami balik. Kebetulan kakak akan bersalin nanti. :). Boleh balik lama sikit, sambung dengan cuti tahun depan. ;p.
***
Kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan. :)
Banyak perancangan kita yang kita rasakan ia terbaik buat kita, namun pada penghujungnya, ALLAH taqdirkan yang lain buat kita. Yang kadangkala kita tak pernah terfikir tentang ia.
~ Sebelum bersalin, untuk cuti tahun 2012, memang dah 'excited' sebab cuti ada banyak lagi. Baru guna 2 hari daripada 25 yang diperuntukan. Dah plan, nanti balik cuti bersalin, akan berada lama di kampung. Tak perlulah nak cuti sebelum bersalin. Lagipun jangkaan bersalin bulan 4, memang bulan 1-3 plan tak balik kampung.
Tapi perancangan ALLAH itu melebihi jangkauan kita. Pada 6 Mac, dapat panggilan dari kakak, suruh balik, Ayah dalam wad. Sempat ke ofis siapkan kerja, bimbang kalau bersalin awal. Kemudian terus cuti 1 minggu. Kembali semula, teruskan kerja setelah ayah nampak stabil dan dah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 16 Mac 2012, detik bersejarah buat kami. Kembalinya ayah ke rahmatullah. Maka, cuti kecemasan, selama seminggu. Uruskan apa yang patut. Dalam keadaan kandungan telah mencecah angka 9 bulan. :). Bila dah selesai urusan ayah, kembali semula bekerja. Sepatutnya mula bercuti pada 4 April, tetapi sekali lagi balik kampung secara mengejut, kerana ada tanda-tanda nak bersalin. Ambil cuti rehat lagi. :). Maka, cuti rehat yang disimpan pada awalnya (plan nak balik cuti raya lama tahun ni), hampir habis.
Bila difikirkan, nasib baik kami simpan cuti sejak awal tahun. Kalau tak, mesti tak boleh balik lama masa ayah sakit, minggu-minggu terakhir ayah di dunia.

Perancangan kita, ada kalanya, selari dengan perancangan ALLAH, ada kalanya jauh berbeza. :).
Al-Fatihah buat ayah (Omar bin Arsad). Semoga ayah tenang di sana. Al-fatihah.
Selasa, 9 Oktober 2012
6, Semakin Hampir
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diizinkan meneruskan kehidupan. Berbekalkan nikmat yang berterusan. Alhamdulillah. Moga ALLAH redhai setiap hela nafas kita.
Alhamdulillah. 16 Oktober nanti, Ilham akan menginjak ke usia 6 bulan. Dah besha dah anak ayah ibu ni, :)
Kami, sedang mencari menu-menu yang sesuai untuk diperkenalkan kepada si kecil. Yang paling utama, mestilah yang HALAL, BERKAT, MENYIHATKAN dan BERSIH. :)
Hehe..macam pelik je slogan. Tapi, betullah, kan?
Kalau makanan tu HALAL, tapi dari punca yang TAK BERKAT, tak boleh jugak.
Meskipun makanan tu halal, rezeki yang berkat, tapi kotor dan tak menyihatkan, kena lah tolak. :)
Insya'ALLAH, cuba cari yang terbaik. Lakukan yang terbaik.
Yang paling mudah, masak bubur nasi. Meskipun Ilham belum genap usia 6 bulan (banyak sumber mengatakan umur 6 bulan baru boleh makan), tapi, kami dah perkenalkan Ilham dengan bubur nasi yang di'blend' sejak Ilham berusia 5 bulan 1 minggu. :)
Masa ana dulu (semua adik beradik), memang mak bagi makan masa umur sebulan lagi. Lenyek pisang, bagi makan. Rumah kami tak ada blender lagi masa tu. :). Kalau di rumah zauji pula, Cek mula bagi ipar duai termasuk zauj makan masa umur 4 bulan.
Pada mulanya, memang nak bagi Ilham makan masa umur 6 bulan. Tapi, sejak beliau tak lena tidur malam, bila bagi susu beliau akan minum macam orang yang sangat dahaga, bila minum susu perut beliau berbunyi macam masa kita berbuka puasa, ana dan zauj sepakat untuk mula bagi Ilham makan. Tambahan pula, beliau dah ada 2 batang gigi, dah mula meronda keliling rumah. Pasti perlukan banyak tenaga.
Sehingga hari ini, menu Ilham hanyalah bubur nasi. :)
Terfikir jug anak bagi makan puree buah dan sayur macam orang lain buat. Tapi, tunggu lah dulu. :). Makan satu-satu, boleh kan Ilham?;p
Ini antara makanan pertama yang boleh kita perkenalkan kepada anak kecil.
Mak tak bagi buat stok, simpan dalam peti. ;p. Takut perut Ilham tak tahan. Maka, setiap hari Ilham makan yang fresh saja. Sedap kan Ilham? Hehe. Bila suap nasi, makan laju-laju. Comel.
Semoga Ilham membesar sebagai anak yang soleh, hambaNya yang bertaqwa. Jangan lupa, tugas sebagai khalifah ye Ilham. Biar sedikit, asalkan ianya berterusan.
Baiklah, sampai di sini dulu. Tak ada apa yang menarik pun sebenarnya. :). Cuma nak kongsikan senarai dekat atas tu. ;) Hehe
Wassalam
Isnin, 8 Oktober 2012
Virus A4
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diizin bernafas, meneruskan kehidupan. Bekerja dengan riang, hati senang. Moga ALLAH permudahkan setiap urusan kita.
Hujung minggu kami kali ni, sedikit memenatkan. :). Bertungkus lumus mengemas 2 stor yang penuh dengan barang. Iya, rumah kami sangat banyak barang. Almaklum sajalah, himpunan dari 2 buah rumah sebelum ni. Barang-barang zauji dari Johor, agak banyak. Menggandakan lagi koleksi barang-barang di rumah ana yang sememangnya banyak. :). Macam-macam ada. Banner program, kotak-kotak yang penuh dengan barang, alat tulis, kertas majong, kertas A4, manila kad, warna. Tak lupa, koleksi surat khabar, perkakas dapur. Tong gas pun ada dua. Hehe. Banyak betul barang. ;p
Kami mengemas dengan jayanya, mengasingkan setiap barang sesuai dengan konsep Kitar Semula. :). Kebetulan memang ada pusat kitar semula berhampiran rumah. Maka, lebih bersemangatlah kami mengasingkan barang. Meskipun sedikit memakan masa. ;)
Kemas-kemas, susun-susun. Mula pagi-pagi lagi sebab Ilham tidur lama. Ilham sangat memberi kerjasama. :). Dia bangun kejap-kejap je, lepas tu sambung tidur semula. Alhamdulillah. Bagus anak ibu ayah ni.
Dan petang semalam, kami pun mulalah mengangkut barang. Tapi, tak banyak pun. Sekotak kertas (10kg) dan koleksi botol plastik (1 plastik sampah hitam yang besar). Zauji cakap nak tanya dulu. :).
Dalam perjalanan, zauj cakap : "Ni kalau dapat RM10 pun cukuplah."Hehe.
Sampai je di pusat kitar semula tu, dah ada 1 kereta MPV. Lupa jenis apa, tapi besar macam Serena. Penuh barang. Yang paling menarik perhatian kami, ada kerangka tilam spring. Wah, semangat betul kakak ni bakar tilam, pastu bawak besi tu datang tempat kitar semula. Ada juga kotak-kotak tisu dan banyak lagi. Kami dalam kereta lagi. Memang terpegun jugaklah dengan kegigihan kakak ni mengumpul barang. :). Kalau ana lah, haih, kotak tisuuuu.. hmmm, tak fikir langsung, terus masuk bakul sampah, kot. ;p. Pemalas kan. ;p
Ok, selesai kakak tu angkut barang-barang dia. Zauji bawak masuk barang kami yang sikit tu. Pekerja kat situ terus timbang. Dan bagi duit pada zauj. ;p. Rm3. hehehehe... Yang kakak bawak barang penuh 1 MPV tu, huhu, zauj cakap dalam belas-belas kot. Sebab memang sekeping je not RM10. yang lain, beberapa keping not RM1. ;). Zauj cakap, masa pekerja bagi duit pada kakak tu, riak wajah kakak tu semacam jugaklah. Sambil-sambil tengok duit kat tangan. ;p.
Entahla, memang murah kot kalau hantar kat tempat dia, kan? ;p. Sehingga pukul 12 malam tadi, kami masih bercakap tentang virus A4. hehe, kenapa virus A4? Sebenarnya, masa kemas-kemas barang, zauj dah cakap, kena asingkan kertas A4 dan surat khabar. Biasanya kertas surat khabar lagi mahal dari A4. Ana pun buatlah macam apa yang zauj cakap. Bila sampai kat tempat kitar semula tu, zauj campur sekali je satu kotak, dan kertas A4 duk kat atas. Lepas tu, pekerja tu pulak memang dah tak tengok isi kotak tu. Terus timbang. Dia kira harga kertas A4 je. 18 Sen sekilo. huhu. ;p.Dah jadi sia-sia kerja mula-mula masa kemas rumah tu kan? ;p. Pastu, mestilah harganya pun berbeza. Hehe. Walaupun henya berapa ringgit je, tapiiiii, hehe, dengan segala usaha kami masa kemas rumah, nak mengasingkan surat khabar dengan kertas A4 tu, macammmm, haih. ;p. Tak terkata. Hehe. Zauj rasa bersalah, sebab lupa nak asingkan masa sampai kat tempat kitar semula. ;p
Dengan segala penat lelah mengasingkan kertas, dapat RM3! Hehehe. Apapun, bersyukurlah. Dapat juga duit. Bila campur dengan duit misteri yang kami jumpa dalam lipatan-lipatan kertas, dalam sampul duit raya, dalam beg lama, dalam bekas-bekas yang dah tak tahu sejak bila wujudnya bekas tu, adalah dalam RM100. Alhamdulillah. :). Rezeki tak disangka-sangka. :)
Kat rumah, masih ada besi katil yang dah tak guna, lagi, kotak-kotak. Banyak juga. Tapi, hehe, masih berkira-kira, nak jual kat tempat kitar semula atau buang je dekat rumah sampah depan blok rumah. :P. Mulanya memang semangat nak hantar ke tempat kitar semula, tapi kan, bila dah jadi macam petang semalam tu, hehehe, macam tak berbaloi je nak angkat letak atas kereta, hantar ke tempat kitar semula. Kos minyak, tenaga. ;p. Macam tak berbaloi je. Better buang je dekat rumah sampah depan blok, nanti lori sampah datang ambik, dia bawak pi tempat kitar semula tu jugak. :).
****
Teringat masa dekat kampung. Kalau masa kecik-kecik dulu, ada lori datang beli barang-barang kitar semula. Besi buruk, tin susu, tin sardin, botol kaca n macam-macam lagi. Diorang cari sendiri keliling rumah, pastu kumpul depan rumah, tunjuk kat kita. Kalau ada barang-barang yang dia ambik tu kita nak guna lagi, kita ambik je semula. Then, dia timbang-timbang, bagi duit. Banyak pulak tu. ;p. Tenaga pun tak habis.
Tapi sekarang, bila dah ada pusat kitar semula ni, hmm, entahla. Tak sama, kan? Dahla kita hantar ke sana sendiri, lepas tu bayar murah. ;p (masih lagi mengungkit kes duit.kikiki, padahal memang barang kita bawak tu sikit. ;p)
***
Positif : Bersyukurlah, walaupun dapat duit sikit, tapi ada jugak orang bagi. Ingat senang ke nak dapat duit RM3 tepi jalan?
Negatif : Lepas ni dah malas nak pergi tempat kitar semula tu. Heeeeeheeeeeeeee
* Besi katil tu, tengoklah macam mana nasibnya. Kalau rajin, sampailah ia kat tempat kitar semula tu. Kalau tak, duk tepi tong sampah je lah nampaknya. :p

Selasa, 2 Oktober 2012
Pertemuan + Ukhuwah
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, masih dikurnia iman dan Islam, nikmat terbesar buat kita semua.
Alhamdulillah, pada 16 September yang lalu (dah lam alepas..;p), kami telah berjaya mengumpulkan diri kami semua di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Program yang dirancang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi, telah dianjak ke pukul 12.00 t/hari. Kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan. :). Menunggu ketibaan sahabat-sahabat dari Perak, Melaka. Penuh kegembiraan, penuh keceriaan, penuh kekalutan. ;p.
Banyak cerita dalam cerita. Begitulah ragamnya bila dah lama tak jumpa. :). Seronok. Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH, atas kesempatan pertemuan yang Engkau berikan. Semoga pertemuan kami diberkati dan diredhai hendaknya. :)
Pengisian rohani oleh Akhi Nabil Fiqri. Sangat Mantop. Point penting : "Terapkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul sejak anak masih kecil".
Lepas dengar tazkirah ringkas, kita makan-makan, sembang-sembang tanya perkembangan. Alhamdulillah, nikmat!
Jam, 4.30 petang, mula bersurai. Belum puas. Tapi begitulah aturannya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. :)
Insya'ALLAH, di lain masa, moga ALLAH beri peluang kepada kita untuk bertemu lagi. Bi iznillah.
Baiklah sahabat, teruskan melangkah. Hidup hanya sementara, Akhirat negeri abadi. Teruskan mengutip sebanyak mana bekalan. Hiasi diri dengan iman. :)
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

~ Liqo' idulfitri zon barat dan kehadiran Presiden serta beberapa Exco Alumni ~
29 Syawal 1433H / 16 Sept 2012
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
~ Ilham bangun pagi-pagi, nak jumpa sahabat-sahabat ayah ibu. Kutip duit raya.. Hehe ~
Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)