Rezeki

Rabu, 17 Oktober 2012

Ilham, 6 bulan sudah berlalu.


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya?

Hari ini, 17 Oktober 2012. Ilham sudahpun berumur 6 bulan 1 hari. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur pada yang Esa atas kurniaanNya kepada kami.

Mengimbas kenangan beberapa bulan yang lalu..

16 April, jam 6.06 petang, anak ibu sudah selamat dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah, syukur padaNya. Disempurnakan kejadiannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Disambut oleh doktor muslimah, dan 3 orang nurse veteran. :). Ayah juga menjadi antara yang mula-mula menyambut kelahiran Ilham

Pada hari tersebut, lahirlah seorang anak :

Jantina : lelaki
Berat : 3.48 kg
Panjang : 53 cm
Nama : MUHAMMAD ILHAM SYAKIRIN BIN MUHAMAD RASHDAN

~ ini waktu dalam wad.. Hari kedua Ilham di dunia ~


Lebih kurang pukul 7.30 malam, kami dipindahkan ke wad.  Bersama-sama dengan ibu dan bayi-bayi yang baru lahir juga. :)

Macam-macam suara yang ada. Comel. Tak sangka, ibu dah ada anak. :). Mok menemani ibu sepanjang malam tersebut.

Keesokan harinya, jam 3 petang, dah balik Batu Jong, meneruskan tempoh berpantang di sana. Pada hari ke-45, ibu , ayah dan Abang Ilham ke Kota Bharu pula. Jumpa Tok Abah, Tok Wan, Cek Ngoh, Cek Teh, Ayoh Long, Ayoh Ji. :). Semua orang gembira dengan kehadiran cucu pertama.

***

Perkembangan Ilham, 5 Ogos 2012, Ilham berjaya meniarap dengan sendiri. 15 September 2012, Ilham dah ada gigi. Bahagian bawah. :). 18 September, Ilham dah angkat badan, nak meniarap. 22 September, kami berjaya mengesan, sebatang lagi gigi bawah dah tumbuh. 16 Oktober, Ilham dah pandai merangkak, suka berdiri sambil pegang orang, dah ada 2 batang gigi. Berat terkini : 7.94 kg. Panjang : 71cm. Alhamdulillah, syukur padaNYa.

Ibu dan ayah sentiasa doakan, semoga anak ibu sihat walafiat, dilimpahi rahmat dah redhaNya setiap masa.

~ Penyokong TRW. ;p 
(walaupun hanya sesekali pandang skrin TV, sebab lebih suka merangkak keliling rumah)


~ Alhamdulillah, dah mula makan bubur yang di'blend'
(Tak banyak pun, 2 sudu je)


~ Selalu jadi mangsa buli oleh ayah dan ibu 


~ Dah pandai pegang barang. Kalau dapat apa-apa, memang susah nak ambik dari dia.
(Kalau naik kereta, kejap je. Lepas tu tidur. ;P )



Jom, menuju cintaNYA!

wassalam


*Redha ALLAH perlu dicari*

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers