Rezeki

Isnin, 22 Oktober 2012

Berbahagialah Dengan Bahagian Masing-masing

Assalamua'laikum. :)

Moga dalam dakapan iman semuanya.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan perjalanan. Rentak dan irama yang sentiasa berlainan, menambahkan keindahan dalam gubahan kehidupan.

Kadang-kadang, menarikan jemari di atas keyboard, tanpa hala tuju. Kadang-kadang cari barang, kadang-kadang cari bahan. Selain siapkan tugasan dan kerja seharian.

Buka, baca, ambil iktibar.

Selalu juga terasa nak menyelit dalam ruangan komen, tapi kerapkali membiarkan saja. "Silent Reader"

Banyak blog yang selalu jadi pilihan. Tentang kesihatan, anak-anak, keluarga, agama, kerja. Semuanya menarik perhatian. :).

Yang mana elok, dijadikan panduan. Yang tak elok, kita tapis, jadikan sempadan. Bukankah pilihan itu di tangan kita? ALLAh kurniakan akal, moga digunakan sebaik-baiknya.

Setiap orang, ada bahagian masing-masing.
Ada yang kelihatan sangat gembira, siapa tahu dalam hati mereka penuh nestapa?
Ada yang nampak derita, tapi mereka sebenarnya bahagia.
Ada yang tak punya wang, tapi mereka sentiasa gembira.
Ada yang tak cukup anggota, tapi ALLAH kurniakan kelebihan yang tak ada pada orang yang sempurna sifatnya.
Bila kita tengok orang lain tak buat sama macam kita, terus dicemuh.
Bila orang lain lebih dari kita, terus dicemburui.
Bila orang lain kurang dari kita, terus dihina.

Mengapa ya?

Sedangkan ALLAH telah aturkan yang terbaik buat semua.
Setiap makhluk itu PASTI ada lebih dan kurangnya.
Jangan kita merasa bangga dengan apa yang ALLAH berikan pada kita, kerana sekelip mata ALLAH boleh tarik semuanya.
Jangan kita merasa lemah dengan apa yang ALLAH aturkan, kerana DIA boleh bagi apa-apa pada bila-bila masa sahaja. :)

ALLAH tahu apa yang kita perlukan.
Jika ada yang kita minta, tapi ALLAH tak bagi, jangan pula kita merasa bosan meminta dari ALLAH.
Ada kalanya apa yang kita mahukan, tak semestinya diperlukan.
Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH berikan pada kita.
Mungkin pada awalnya kita tak nampak kebaikan/kegunaan pemberian ALLAH tu. Tapi pada masa yang lain, kita akan bersyukur dengan apa yang ALLAH aturkan pada kita. ALLAH HANYA BERIKAN YANG TERBAIK!

Alhamdulillah



Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers