Assalamua'laikum.
Bertemu lagi kita pada hari ini. Alhamdulillah, masih dikurnia nikmat usia dan kesihatan yang baik. Diberi peluang meneruskan kembara di bumi Tuhan. Alhamdulillah.
Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang maha Pemurah, maha Pengasih, maha kuasa, maha Esa.
Tiada Tuhan selain ALLAH, dan Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Alhamdulillah, pada 29 Mei 2011 (ahad), Nisa' telah berjaya menjalankan aktiviti edar risalah, yang berlangsung di sekitar Presint 3 dan 4.
Pada jam 9.00 pagi, kami berkumpul di Masjid Besi. Kami mulakan program dengan membaca doa rabithah, dan seterusnya bergerak ke tapak pameran. Pada masa tu, baru saja selesai program marathon. Ramai remaja. Peluang yang sangat baik. (^_~). Seramai 8 orang ahli Nisa' telah sama-sama turun padang, bertemu dengan mad'u. Sangat best! (^_~).
Pengalaman yang diperoleh, memberi 1001 makna kepada diri. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, bermakna 2 orang untuk satu kumpulan. Ana dan adik Mas bertugas di sekitar POJ, bangunan KBS dan Sumber Asli. Pelbagai ragam manusia boleh kita jumpa. Mengajar kita dalam diam. Cuma memerlukan sedikit masa dan usaha untuk kita fikirkan hikmah atas setiap kejadian.
Semasa mengedar risalah di hadapan bangunan KBS, sedang berlangsung persembahan tarian di atas pentas. Kami tak lepaskan peluang, memandangkan ramai remaja yang berkumpul di situ. Ada seorang wanita, dalam umur awal 40, barangkali, sedang mengedarkan surat khabar. Kami saling bertukar barang (risalah dan surat khabar). Sedang kami mengedarkan risalah kepada orang ramai, wanita tadi memanggil ana, dan meminta lebih risalah. Katanya nak diberikan kepada penari-penari dan orang-orang dibelakang pentas. Alhamdulillah. Ana tersenyum. Moga ALLAH limpahkan hidayah dan rahmatNYA keatas akak ni. (^_~).
Selesai edar risalah lebih kurang jam 11. 00 pagi. Alhamdulillah, kesemua risalah berjaya diedar. Semoga kesemuanya berjaya dibaca, bukan sekadar ambik je. (^_~).
Setakat ini saja untuk kali ini. Mohon doa dari sahabat sekalian, agar segala gerak kerja dakwah di sini berjalan lancar.
Sekian, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *