Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian? Semoga dalam lindungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah. Sihat seadanya. Semalam, ditemani 'cik gastrik' dari pagi sampai ke malam. Hehe, baik betul cik Gastrik ni. Dah lama tak datang menyapa, sesekali bertandang, perit. =)
Alhamdulillah, hari ni, back to normal. Dah tak sakit perut lagi dah. Alhamdulillah, ALLAH maha penyayang. DIA sayangkan ana, suruh ana lebih menjaga diri. (^_~). Jadi, pagi ni, makan sedikit nasi goreng untuk alas perut, dan segelas susu. Alhamdulillah. Rezeki kurniaan ALLAH jua.
Semalam, dapat SMS dari seorang adik yang disayangi. Bertanya tentang masalah ibu bapa. Soalannya berbunyi begini:
"apa yang patut dilakukan oleh seorang anak apabila dia tak suka dengan perbuatan ibu dia? Dia dah banyak bersabar, kadang-kadang terkeluar juga nasihat dari mulutnya kepada ibunya.. kadang-kadang dia cakap dia tak tahan dengan cara, sikap dan kelakuan ibunya yang kasar, tak da lemah lembut, tak seperti ibu yang dia impikan"
Ana bukanlah orang terbaik untuk menjawab soalan ini. Tapi mungkin ana boleh bagi pandangan peribadi. Mohon juga pandangan/feedback dari sahabat sekalian berkenaan soalan adik tadi. Sahabat boleh tinggalkan jawapan di ruangan komen ya. (^_~). Syukran.
Baiklah, secara peribadinya, ana berpendapat bahawa walau seteruk mana sekalipun ibu bapa kita, tapi, sebagai seorang anak, kita perlu sentiasa bersabar. "Keyword" yang boleh kita guna ialah : kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita. Oleh itu, baik atau buruk pun ibu bapa kita, mereka adalah ibu bapa kita yang terbaik. Meskipun mereka melayan kita dengan teruk, tapi, jauh didalam hati mereka, masih ada ruang untuk kita. Masih ada secebis kasih sayang untuk kita. Jika tidak, masakan kita masih berpeluang untuk hidup sehingga hari ini, kan? Dengan makan, minum, pakaian, dan peluang untuk belajar yang baik. Jelas membuktikan bahawa mereka sangat sayangkan kita. (^_~).
Mungkin kita tidak dapat menyelami perasaan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sebegini, tapi, yakinlah ALLAH hanya menguji mengikut tahap keimanan dan kemampuan kita. ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA. Andai ALLAH mentaqdirkan ibu bapa sebegini buat kita, maka anggaplah ia sebagai bonus untuk kita. Bersabarlah, kerana sangat besar ganjaran bagi orang-orang yang sabar.
Mungkin ibu bapa adik ada masalah. Dan mereka tertekan kerana tidak mampu menangani masalah tersebut. Lantas menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan kemarahan dan kekecewaan. Mungkin juga mereka sebenarnya tidak pernah berniat untuk berkasar ataupun menunjukkan sikap negatif kepada anak-anak, tapi dalam tidak sedar, mereka secara tidak sengaja telah melakukan/mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak-anak. Kos sara hidup yang makin meningkat, yuran yang tinggi, kehidupan yang semakin menghimpit, masalah kewangan yang semakin teruk, beban kerja yang menuntut kudrat, masalah kesihatan yang merudum, merupakan antara punca berlakunya masalah-masalah dalam pengurusan rumah tangga. Tempiasnya turut terkena pada anak-anak.
Mungkin ibu bapa tidak pernah bercerita kepada anak-anak. Sebagai anak, kita perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami masalah di pihak ibu bapa juga. Menyelami tanggungjawab yang perlu dilaksakan oleh ibu bapa.
Tidak ada ibu bapa yang tidak mahu memberikan yang terbaik kepada anak mereka. Tapi apabila mereka tidak mampu, maka, mereka akan tertekan. Dan ini yang kadang kala mengganggu emosi dan fikiran mereka.
Semasa dibangku sekolah, mungkin ramai anak-anak yang masih belum sedar, betapa beratnya tanggungan yang dihadapi oleh ibu bapa. Tapi, lama kelamaan, anak-anak akan mula berfikir. Dan sememangnya minda anak-anak perlu diberi pendedahan, supaya sedar akan pengorbanan dan kesusahan ibu bapa untuk membesarkan kita semua.
Walau siapa pun ibu bapa kita, mereka adalah yang terbaik. Mereka telah membesarkan kita hingga ke saat ini. Mereka telah banyak memerah keringat untuk memberi pelajaran kepada kita sehingga ke tahap ini. Berdoalah setiap masa. Jangan mudah berputus asa. Rahmat ALLAH itu amat luas. Semoga ALLAH kasihi kedua ibu bapa kita, sepertimana mereka mengasihi kita sejak kita masih kecil.
Semoga apa yang dikongsikan hari ini, mendapat manfaat bersama.
Sehingga bertemu lagi di lain masa. Jaga diri, iman, ISLAM.. Wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *