Rezeki

Rabu, 27 April 2011

Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan



(modul makan cili... fuhhh, mencabar... lepas makan, memang terasa berasa telinga.. kikiki)





Assalamua'laikum.












Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.












Ada apa dengan tajuk di atas?












Sebenarnya, ada seorang sahabiah yang akan berpindah. Insya'ALLAH beliau akan kembali ke pangkuan keluarga pada hujung minggu ini. Oleh kerana ana sedang mengikuti kursus, maka, kami memang tidak berkesempatan untuk bertemu buat kali terakhir. Hampir sebulan kami tak bertemu, tiba-tiba dapat tahu beliau kena pindah. *tak tahu apa perasaan sekarang*












Setiap perancangan ALLAH pasti banyak hikmahnya.. Dari kejauhan, ana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Insya'ALLAh, ada masa, kita jumpa ya.. Jelajah ke Utara. (^_~).












PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI












Nisa' kawasan kami akan kehilangan seorang AJK yang komited dalam tugasnya. Walaupun merasai kehilangan Kak Raudhah, kami yakin, ALLAH akan hadirkan pengganti buat Nisa'. Mungkin pengganti beliau tidak akan sama seperti beliau, tetapi, kehadiran pengganti tersebut mampu menguatkan lagi Nisa' kawasan kami. Insya'ALLAH. (^_~).












Kak Raudhah sayang












Kepada akak yang Syuha sayang. Jaga diri ya. Jangan lupa menggerakkan Nisa' di Ipoh. Praktikkan segala pengalaman yang ada. Jangan lupakan kami di sini. (^_^).












Akhir kalam, salam sayang dari kejauhan. Doakan yang terbaik untuk semua. What you give, you get back. Insya'ALLAH.












Ilal liqa', ma'as salamah.












* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 25 April 2011

Rencah Kehidupan


* merenung masa depan *




* chomey kan? Depan tempat mesyuarat, ada arnab dalam sangkar.. Hehe, tanpa segan silu, ana mintak izin dari Tuan rumah untuk tengok arnab lebih dekat... padahal tak kenal pun siapa tuannya.. hik3 *



* ini tempat zauj pernah pergi dengan sahabat-sahabat beliau... saja ambik gambo ni.. tenang je.. Insya'ALLAH, akan usaha untuk pergi pantai lagi.. =p *


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, kita semua masih diberi kesempatan meneruskan kembara di Bumi Tuhan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNYA, Tuhan yang Maha Pemurah, yang Maha Pengasih.


Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang tidak pernah berkira untuk memberi, yang tidak pernah berdendam kepada setiap makhlukNYA yang sentiasa lupa dan terleka.


ALLAHU RABBI.


Pertamanya, ana ingin memohon maaf diatas "kehilangan" ana buat seketika. Sekarang, sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Insya'ALLAH, 3hb nanti ana akan kembali.


Dimana ana sekarang?


Alhamdulillah, percaturan ALLAH sentiasa yang terbaik. Sekarang, ana berpeluang berada lebih dekat dengan zauj. (^_^). Dengan izinNYA, ana ditempatkan di Johor, selama lebih kurang 3 minggu. Alhamdulillah, dapatla ziarah sahabat-sahabat zauj di sini. Juga mengenali keluarga angkat zauj yang tinggal di Pontian.

Cerita-cerita aje


Sepanjang keberadaan ana di sini, setiap minggu ana akan ke Pontian. Jalin ukhuwwah dengan zaujah sahabat. Teman Kak Ani jaga baby yang baru dilahrkan. Pengalaman. Alhamdulillah. Minggu lepas, ana menemani zauj ke mesy Pusat Asuhan Tunas Islam kawasan beliau. Suka sangat. Perjalanan yang memakan masa 1 jam 30 minit amat bermakna buat ana. Buat pertama kalinya terlibat dengan mesyuarat tersebut, teruja sebenarnya. Ia, merancang untuk masa depan generasi ISLAM yang gemilang, siapa yang nak ketinggalan? Betapa besar pengorbanan dan usaha para guru yang merancang takwim dan silibus serta rancangan-rancangan pembangunan rohani dan jasmani para murid, ana betul-betul teruja. Diberi kesempatan oleh Pengerusi untuk memberikan pandangan, tapi, lidah ni seakan kelu. Malu pun ada. Sekadar menyuarakan kata-kata kepada suami tercinta. Mohon dipanjangkan kepada yang lain. Apa pun, pertemuan singkat dengan guru-guru dan AJK kawasan tersebut, memberi kesan kepada ana. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Seharian di Bandar Pontian.


Petang Sabtu, ana tiba di Pontian. Disekeliling ana, kebanyakannya adalah bangsa Cina. Sepanjang perjalanan, ana perhatikan, memang boleh dikatakan hampir 80% adalah bangsa Cina. Rumah, kedai, yang berjalan kaki, yang naik motor, hehe, memang ramailah bangsa Cina di Pontian ni. Bila sampai di tempat penginapan, depan belakang kiri kanan, memang banyak kedai milikan bangsa Cina. Tempat yang kami menginap, dan ada dua buah kedai; kedai makan Restoran Pontian Timur, kedai alatan sukan, ini saja yang milik orang Melayu. Ana bukanlah bertujuan untuk membangkitkan masalah perkauman atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat, bahawa, di Johor ni, memang ramai bangsa Cina. (^_~).


Sebelum ni zauj memang pernah begitau, susah nak cari tempat makan di Johor. Bila keluar rumah je, memang tak elok untuk mata, sebab ramai sangat yang pakai pakaian tak cukup kain. Huhu, bahayaaaaaaaaa!! Dan sekarang, memang ana dah tengok sendiri. Memang kehidupan di Johor ni mencabar. Bukan sedikit, tapi amat mencabar. Tapi, kalau semua orang keluar dari Johor, macam mana nak tegakkan syiar di bumi Johor ni? hmmmm, macam mana ya...


Ayuh, sama-sama kita fikirkan...




Harus ada rasa syukur setiap kali ujian menjelma.

Itu jelas membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa.

Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai terbiar, dilalaikan.

Hanya yang terpilih diantara berjuta mendapat rahmatNYA.

Orang yang jauh dari rahmat ALLAH juga sentiasa dalam ujian.

Bezanya, mereka tidak berfikir dan muhasabah..




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 11 April 2011

terima kasih sahabat


Assalamua'laikum.


Post kali ini, istimewa buat yang bergelar S.A.H.A.B.A.T


Sahabat,

terima kasih diatas segala limpahan budi yang telah kau taburkan.

Tak pernah mampu untukku membalasnya kembali.


Sahabat,

terima kasih kerana sudi menjadi pendampingku dikala susah mahupun senang.

Tak mungkin daku mampu membalasnya kembali.


Sahabat,

terima kasih kerana sudi menemaniku setiap masa.

Takkan sesekali mampu ku balas segalanya kembali.


Terima kasih sahabat,

untuk segalanya.


Hadirmu,

umpama bintang yang bersinar terang.

Hadirmu,

umpama bunga yang segar mewangi.

Hadirmu,

sangat-sangat disenangi.


Walaupun kita tidak lagi dapat bertemu seperti dulu,

namun ketahuilah sahabat,

doaku kepadamu tak pernah padam.

Semoga sahabat yang ALLAH kurniakan kepadaku ini,

menjadi sahabat yang terbaik kepada semua orang juga.

Semoga sahabat kurniaan ALLAH kepadaku ini,

mendapat tempat di Syurga sana.


Ya ALLAH,

pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMU.


Terima kasih ya ALLAH,

kerana mengurniakan sahabat sebaik mereka kepadaku.

Andai tiada pertemuan di dunia, izinkan kami bertemu dan bersatu di Sana.

Kami damba redha dan rahmatMU ya ALLAH.


Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

KAU DAN AKU KE SYURGA


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, dengan izinNYA, Nisa' WP kini muncul lagi dengan Talkshow terbaru. Kepada sesiapa yang berkelapangan, bolehlah sama-sama mengikuti program ini. Jangan lepaskan peluang. (^_~)


Kau dan Aku ke syurga....

"Bukankah syurga dunia yang dibina mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana...??"


TARIKH : 23 APRIL 2011 (SABTU)

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC

Panel :

1) Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3, Duta Produk Jus Tok Guru)

2) Pn Qurratul Aein Fatah Yasin (Pensyarah UITM)


"SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"


Masuk adalah percuma !

Minum petang disediakan :)


Hubungi : 013-200 9426 (azi) @ 019-3424921 (durrah)


Apa tunggu lagi? Jommm...


Jangan lupa sebarkan pada sahabat-sahabat dan saudara mara ya. Jemput datang ramai-ramai.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 4 April 2011

Bimbing hati ingat ALLAH


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita bertemu lagi. Macam mana keadaan antum hari ini? Sihat-sihat saja ya? Andai terasa demam, atau sakit tekak atau pening-pening lalat, atau sebagainya, silalah berehat. Andai rasa semakin melarat, jangan segan-segan jumpa Doktor ya. Insya'ALLAH, setiap penyakit ada ubatnya, kecuali kematian.


MATI


Ana terbaca satu kata-kata. Tapi lupa dari mana datangnya ia. Apa pun, ia melekat di minda ana. Bunyinya begini :



Mati itu tidak bersyaratkan sakit, tidak bersyaratkan tua tetapi, ia bersyaratkan AJAL.

Pandanglah sekeliling. Lihat apa yang berlaku. Banyak pengajaran dan teladan yang dapat kita ambil. Andai usia itu pengukurnya, maka, tidak akan meninggallah anak-anak yang masih didalam kandungan si ibu. Pasti yang mati itu, hanyalah orang-orang yang lanjut usia... Andai sakit itu syaratnya, pasti yang mati itu, hanya yang terbaring berbulan-bulan saja. Hanya berlaku di Hospital. Bukankah begitu?


Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Yang mati itu, tak pernah mengira usia. Kecil atau besar, muda atau tua, kaya atau miskin. Itu semua bukan ukuran untuk sebuah kematian. Andai telah sampai ajalnya, PASTI, tidak ada yang mampu menolaknya. Tapi, jika belum, walau macam mana sakit sekalipun, tiada yang dapat mematikan, kecuali DIA. Pernah dengar tak, "berpantang maut sebelum ajal".


HIDUP


Hidup perlu diteruskan walau dalam apa jua keadaan. Sentiasalah berbicara dengan ALLAH. DIA adalah teman yang paling setia, pendengar yang Maha Mendengar.


Ya ALLAH, kami lemah. Pinjamkan kami kekuatan.

Ya ALLAH, kami sakit. Pinjamkan kami kesabaran.

Ya ALLAH, kami hambaMU. Pinjamkan kami ketaatan dan ketaqwaan.

Ya ALLAH, kami tidak punya apa-apa. Redhailah kami, bimbinglah kami ke jalan yang diredhaiMU, pimpinlah kami ke SyurgaMU.


Kejar dunia untuk Akhirat!


Wassalam....



Eh, ingatkan dah nak tamatkan post ni. Tapi, ada sesuatu yang masih belum diungkap. (^_~).


Begini.


Tadi, terfikir tentang puasa. Kenapa dengan puasa? Hehe, sebenarnya, ana rindukan suasana Ramadhan. Dan insya'ALLAH, tahun ini, ana akan berpuasa bersama Zauj, buat kali pertama. So excited! Dan, ana pun teringat pula suasana dua bulan sebelum Ramadhan menjelma. Pada saat itu, keBIASAannya, ramai yang akan bertungkus lumus menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan izin.


Sebagai seorang saudara, ana kasihan melihat mereka. Ye la, punyalah banyak masa yang ada untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan tu, tapi, bila sampai sebulan atau dua bulan terakhir, barulah masing-masing kalut ribut nak mengganti. Kenapa tak ganti awal-awal ye? Kan lagi senang. Andai katalah tak sempat nakmenggantinya, tapi nyawa dah ditarik, alahai, lagilah kesian, kan?


So, apa tunggu lagi..


Ibu-ibu, Bapak-bapak, siapa yang punya anak, bilang sama anak kamu, cepat-cepat ganti puasa ya. (^_~).


Para suami, juga boleh lakukan perkara yang sama. Kalau nak, boleh temankan isteri berpuasa. Ajaklah berpuasa hari Isnin dan Khamis. Antum juga boleh tumpang sama.


Yang ada kakak dan adik perempuan, silalah tanya samada dah ganti puasa atau belum. Jika belum, pastinya tanggungjawab antum untuk mengingatkan mereka.


Tak salah saling mengingatkan, bahkan, ia adalah amalan mulia.


ALLAH sayang, dapat pahala. (^_^)


Ok, ini barulah betul-betul penutup. Semoga ALLAH berkati segala usaha. Hingga bertemu lagi dilain masa dan ketika. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan ya.


Assalamua'laikum.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers