Rezeki

Isnin, 11 April 2011

terima kasih sahabat


Assalamua'laikum.


Post kali ini, istimewa buat yang bergelar S.A.H.A.B.A.T


Sahabat,

terima kasih diatas segala limpahan budi yang telah kau taburkan.

Tak pernah mampu untukku membalasnya kembali.


Sahabat,

terima kasih kerana sudi menjadi pendampingku dikala susah mahupun senang.

Tak mungkin daku mampu membalasnya kembali.


Sahabat,

terima kasih kerana sudi menemaniku setiap masa.

Takkan sesekali mampu ku balas segalanya kembali.


Terima kasih sahabat,

untuk segalanya.


Hadirmu,

umpama bintang yang bersinar terang.

Hadirmu,

umpama bunga yang segar mewangi.

Hadirmu,

sangat-sangat disenangi.


Walaupun kita tidak lagi dapat bertemu seperti dulu,

namun ketahuilah sahabat,

doaku kepadamu tak pernah padam.

Semoga sahabat yang ALLAH kurniakan kepadaku ini,

menjadi sahabat yang terbaik kepada semua orang juga.

Semoga sahabat kurniaan ALLAH kepadaku ini,

mendapat tempat di Syurga sana.


Ya ALLAH,

pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMU.


Terima kasih ya ALLAH,

kerana mengurniakan sahabat sebaik mereka kepadaku.

Andai tiada pertemuan di dunia, izinkan kami bertemu dan bersatu di Sana.

Kami damba redha dan rahmatMU ya ALLAH.


Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers