Rezeki

Khamis, 29 April 2010

setelah sekian lama


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA diatas limpahan nikmat yang tak putus-putus. Syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kita semua hidup hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Allahumma solli a'la sayyidina muhammad.

Alhamdulillah, hari ni ana berpeluang untuk meluangkan sedikit masa untuk menaip sesuatu dalam blog ana yang tidak seberapa ni.

************

Ana mohon maaf diatas segala kekurangan. Rindu nak bersiaran, tapi apakan daya, masa memang mencemburui kita.

Adik yang baru akak kenali, terima kasih kerana sudi ziarah blog akak. Adik-adik yang telah lama akak kenali (dik Syirah, dik Azmah, dik mira), alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan hayat ukhuwwah kita.. (^_~). Tidak lupa kepada sahabat-sahabat sefikrah, seperjuangan yang lain, Alhamdulillah, segala puji bagiNYA atas setiap kurniaan yang tak pernah kurang, ukhuwwah yang berpanjangan.

*************
Perkongsian hari ini:


" Jangan kecewa dengan masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagian hari esok.. Kerana mungkin esok ALLAH akan hadiahkan kebahagian kepadamu sebagai hadiah ketabahan hari ini"

Teringat satu ayat :

Inna ma'al u'sri yusroo (sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan) - Alam Nasyrah, ayat 6.

Ya, ALLAH dah berjanji, disebalik kesusahan pasti akan ada kesenangan.. Yakin dengan janji ALLAH? Jadi, fikir-fikirkan..wassalam. (^_~)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers