Rezeki

Rabu, 7 Oktober 2009

sekadar coretan


Assalamua'laikum.. apa khabar saudara-saudara seakidah, makhluk ALLAH sekalian?
Apa khabar iman kita hari ini? insya'ALLAH, semoga semuanya selamat dalam jagaanNYA..

Sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam diari hidup ana... Kadang kala, tak mampu rasanya untuk diri ini menghadapi semua ujian yang telah ALLAH anugerahkan.. kerdilnya diri... Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa musuh-musuhku dan dosa sekelian muslimin muslimat baik yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Dalam kekusutan, ALLAH anugerahkan kegembiraan buat kami semua.. seniorku bakal mendirikan baitul muslim pada 17 hb Oktober 2009 ni.. tak sabar rasanya untuk melihat kedua-dua bakal pengantin diijabkabulkan.. ya ALLAH, berkatilah kedua pasangan ini. moga redhaMU milik kami.. 17hb Okt, ana buntu... macam mana nak pergi rumah pengantin ni? 18hb ada hal, 16 pun ada hal.. waaa, nak pergi jugak.. kalau nak pergi rumah pengantin lelaki, 31hb Oktober 2009, tak boleh jugak.. hmm, kekangan masa memang tidak mengizinkan ana.. aduhhhh, ana dah pening fikir tentang tarikh ni. nak pergi jugak.. (!-!)
Asyik pergi rumah orang je, hang bila lagi?.... ini satu lagi soalan yang bisa buat ana fening... huhu.. awat hang tanya lagu tu? ceq tak tau la nak jawab apa.. hehe.. soalan maut bagi semua orang yang masih belum mendirikan masjid.. Tak pelah, kita abaikan dulu soalan tadi, ana kecik lagi, tak sampai umur lagi nak jawab soalan tadi.. (yeke? Aisyah r.a pun kawin dengan rasulullah masa umur lagi muda dari kita, boleh pulak kita nak buat alasan tak sampai umur? sabar jelah)

hmm, macam mana dengan perjalanan hidup kita seminggu yang lalu? jom muhasabah..
sejak akhir-akhir ni, ana mudah sangat menangis.. kenapa ya mujahidah? kenapa perlu mengalirkan airmatamu? bak kata seorang sahabat,"tok soh nangis la, huduh.. ".. sampai hati cakap ana hodoh ye? bukan ke manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA, jadi, jangan lah suka-suka hati je cakap orang hodoh.. tak baik tau kufur nikmat.. sebab tu bila ada yang puji, kita kena cakap Alhamdulillah.. kan bersyukur namanya tu? (^_^)..hmm, dah lari topik lagi.. ok, kita kembali semula ke pangkal jalan..
kenapa ana mudah sangat menangis sekarang ye? Adakah kerana perubahan hormon semata-mata? atau ada sebab musabab lain yang menyebabkan ana jadi macam ni? hmm, apa-apa pun, ana akan cuba baiki diri ana.. insya'ALLAH, INNALLAHA MA'AS SOOBIRINN.... bersabarlah duhai diri, tabahlah dikau menghadapi ujian ini.. moga rahmat ALLAH sentiasa mengiringi.. ingat pesan seorang sahabat.."kalau rasa nak nangis, cepat-cepat senyum (^_^)" hehe, tak sempat cuba lagi.. agak-agak menjadi tak?

terima kasih duhai sahabat kerana sentiasa bersama ana.. walau susah mahupun senang, kita tetap bersama..


Duhai Teman,
buatmu kunukilkan coretan istimewa seikhlas hatiku...
Tika airmata berguguran, kau turut merasai kepiluanku,
Tika senyumaku tak lekang, kau turut ceria berpanjangan,
Tika kesedihan bertamu, kau hiburkan semampumu,
Tika lemah datang menyapa, kau ingatkan daku dengan janjiNYA,
Tika kejayaan tercipta, kau doakan redhaNYA bersama,
Disaat gersang jiwa, kau sirami muhasabah,
Disaat tandusnya amal, kau suburkan Qudwah Hasanah..
Moga ALLAH terus mengikat hati-hati ini dengan rahmatNYA..

SAIDINA ALI pernah berkata
"sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu..
dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai (berpisah) denganmu, rasa persaudaraan itu tetap untukmu..

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers