Ok, berbalik kepada topik asal ana hari ni.. ana teringin nak berkongsi pengalaman yang bermakna pada diri ana.... (hehe, banyak betul pengalaman baru, semuanya berharga)
Pada tarikh 4 Okt 2009, ana dan sahabat2 mengadakan satu Ijtima' Idul Fitri Zon Barat bertempat di rumah senior kami di Sg.Buloh.. Semuanya dah tak sabar nak jumpa.. Maklumlah, dah memang lama sangat tak jumpa, rindu yang teramat.. setelah beberapa perbincangan dibuat, alhamdulillah, jadi jugak program kami.. dari rumah, ana bermusafir ke Sg.Buloh.. naik Bas , ERL, KTM Komuter, teksi.. alhamdulillah, terima kasih Malaysia kerana menyediakan berbagai jenis pengangkutan awam yang amat bermanfaat untuk semua...
Pada jam 1000 pagi, ana telah selamat tiba di Stesen Sg Buloh, alhamdulillah.. setelah berbincang dengan sahabat yang sama-sama naik Komuter tadi, kami sepakat untuk menaiki teksi untuk ke destinasi..
Tiba di satu selekoh, tiba-tiba ada sebuah van yang berhenti di kaki lima jalan membuat U Turn... Terkejut, pemandu teksi menekan brek, tapi, kerana dah terlalu hampir dengan van tersebut, kami akhirnya berlanggar juga.. berlakulah satu kemalangan antara teksi yang kami naiki dengan van BERTUAH tadi.. dan inilah hasilnya.. (sila rujuk gambar-gambar dibawah)
kawasan kemalangan
van yang bersalah
kawasan selekoh yang menjadi saksi kejadian
kecederaan yang dialami oleh teksi
cedera lagi...cuba tengok kesan tayar teksi..
cedera parah...
Apa yang paling penting, alhamdulillah, kami semua selamat.. tiada kecederaan parah.. cuma pemandu teksi yang cedera di tangan dan lutut... apa-apa pun, bersyukur kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan berpijak di bumi barokah serta menghambakan diri kepadaNYA.. ALHAMDULILLAH..
wassalam