Rezeki

Khamis, 8 Oktober 2009

bila hati berbicara

Assalamua'laikum.. alhamdulillah, bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. teramat bersyukur kerana masih lagi diteguhkan hati untuk berada di jalan ini...

Buat yang sudi menziarah blog yang sederhana ni, syukran jazilan...

beberapa blog telah ana jelajahi.. tertarik.. hinggakan terlalu banyak tajuk yang terlintas difikiran.. antara blog yang manarik perhatian ana ialah blog adik syira (http://niqobgirl.blogspot.com/). tentang niqob dan mencari sinar kekuatan. ana memang suka ziarah blog adik syira, ada je post yang akan mencuit hati ana.. muhasabah.. ALLAH tak pernah uji hambaNYA melainkan dengan sesuatu yang mampu dihadapi oleh hambaNYA..(^_~).. kan adik sayang?

Ana teruskan ziarah, menjelajah blog sahabat-sahabt sefikrah.. rata-rata bercerita tentang seruan jihad ke Bagan Pinang.. insya'ALLAH, semoga kemenangan berpihak kepada yang berhak.. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. aminn.. Tak lupa singgah di gedung ilmu seorang sahabat semasa belajar di pahang.. alhamdulillah, ada unsur-unsur islamik.. semoga tergolong diantara orang yang mnedapat hidayah dariNYA.. sampaikanlah walau satu ayat.. Blog Ust.Amir ( http://pencinta-islam.blogspot.com/) nampaknya tidak ada perubahan 2,3 hari ni.. mungkin pemiliknya sedang sibuk bekerja untuk ISLAM.. teruskan perjuangan, ya mujahid.. ana sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.. sesekali dilanda badai, kita tak harus mudah mengalah.. bukankah ujian itu pemangkin kekuatan? mencanai kesabaran? menjana sifat kehambaan? sabarlah menghadapi setiap ujian, ada ganjaran bagi orang yang sabar.. blog Ust.Firdaus (http://abangmodul.blogspot.com/ ) agak aktif sejak ada broadband ni.. bagus-bagus, teruskan perjuangan melalui penulisan.. ustaz siber.. (^_^)... bukankah ust selalu cakap, ikatlah ilmu melalui penulisan? jom berdakwah.. dah tak lama nak jadi pengantin baru.. ana doakan semoga baitul muslim yang bakal dibina akan teguh dan utuh menghadapi segala onak dan duri sepanjang jalan kehidupan.. memulakan sesuatu agak senang, tetapi untuk terus bertahan dan istiqomah, agak susah.. moga berbahagia... tidak ketinggalan, sahabat kesayangan,Ukht Suhaida (http://bunga2islam.blogspot.com/), alhamdulillah, bersyukur kerana ALLAH sudi titipkan kerinduan di hati kita semua.. ketahuilah, bahawa ana memang rindukan antum.. rindukan sahabat-sahabat semua..

rindu pada adik-adik.. akak tak kisah kalau adik-adik tak hubungi akak, akak faham.. bumi mana yang tak ditimpa hujan, kan? cuma, kadang kala, hati kecil agak sukar untuk menerima semua tu.. kehilangan dalam sekelip mata, tanpa sebarang tanda.. maafkan akak, maafkan ana duhai sahabat.. sekadar melepaskan rasa yang membiak menjadi barah didalam diri.. semoga ALLAH sudi limpahkan rahmatNYA kepada kita semua..



walau dimana kita berada, semoga tetap di jalan yang diredhai ALLAH.. teruskan perjuangan dijalan dakwah.. salam ukhuwwah fillah

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers