Rezeki

Selasa, 13 Oktober 2009

Jom Masuk Kebun..(^_^)

Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, bersyukur kepadaNYA kerana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. Alhamdulillah.. Kali ni ana cuma nak berkongsi gambar-gambar pokok di kebun belakang rumah ana.. hehe.. orang kata, kalau tengok benda-benda warna hijau ni, boleh kurangkan ketegangan urat mata akibat terlalu lama berada di depan komputer.. Jadi, kerana sayangnya ana pada antum, ana nak bagi antum tengok gambar pokok.. silalah jamu mata ye.. (^_~)
Ini adalah pokok pisang, pokok kelapa dan pokok rambutan.. Ana ambik gambar ni masa balik raya puasa.. Kebetulan duk teringin nak minum air kelapa, masa nak masuk kebun, bawak kamera sekali.. Bila dah ada kamera, apa lagi, ambik gambar je kerjanya.. hehe..

Inilah laluan masuk ke kebun ana.. Rumput pun dah tinggi dah, paras lutut.. banyak pacat!!! hehe, kepada sesiapa yang pantang tengok pacat, memang tak boleh masuk kebun lah ye.. (^_^).. ana memang dah biasa dengan pacat, jadi, tak ada masalah..
Anak-anak kenal tak pokok apa ni? hehe, inilah pkok kelapa.. belakang rumah ana memang ada banyak pokok kelapa.. Ayah tanam kelapa pandan.. Kalau tak silap, adalah dalam 100 pokok.. tak habis makan pun.. Masa lepas SPM dulu, ana pernah jugak cakap pada mak, nak jual air kelapa masa bulan puasa.. hehe, sempat la jugak ana jadi peniaga kejap.. jual air kelapa kat simpang masuk ke kampung ana.. ramai jugak yang datang beli kat rumah. Memang puas hati dengan sambutan dari orang ramai. Hari Sabtu ada pasar pagi di bandar Kuala Krai.. Ana pun bawak jugak pergi sana, jual pada peniaga-peniaga.. mrah je, RM0.80 sebiji.. hehe.. Tapi, itu cerita dulu-dulu, masa lepas SPM.. bila dah sambung belajar, ana dah tak jual kelapa muda. Kelapa kat belakang rumah tu untuk makan minum keluarga je.. Kalau ada sesiapa yang nak minum air kelapa, bolehla datang rumah ana.. Tak payah bayar pun.. nanti boleh datang ambik.. (^_^)

Banyak betul rumput di kebun ana sekarang.. Sejak ayah sakit, hujung minggu je balik rumah lama.. Ayah pun dah tak larat nak masuk kebun.. Tapi kalau dah balik rumah lama, memang tak lekat atas rumah.. ayah terus ambik parang, pergi belakang rumah tebas lalang.. hehe, d bez father in d world. (^_~)..
Pokok pisang.. hehe.. tak tau nak tulis apa tentang pokok pisang.. hmm, kalau bab pisang ni, mak ana yang uruskan. ana tolong angkut naik atas je.. jenuh jugak nak angkut tu, kena pakai kereta sorong.. Kalau kereta sorong rosak, terpaksalah angut guna kudrat yang ada.. Sekali jalan, bawak dua tandan pisang.. hehe, lenguh jugakla nak mengangkut pisang-pisang tu.. bukan sikit tau, adalah dalam 20 tandan. (^_^).. tapi, memang puas hati masuk kebun.

Nampak tak belakang sana, ada bukit? hehe, dekat je bukit tu ngan rumah ana.. tanah kebun ni kecik je, dalam 1 ekar.. kalau jalan sampai hujung, ada anak sungai. kecik je, tapi, banyak ikan.. alkisah kebun ni, dalam tahun 1998, tanah ni hanyalah tanah tak berharga, macam hutan jugak la.. lepas tu, ayah cakap nak bela kambing.. semua pokok kena tabang, buat kandang kambing kat hujung tanah.. banyak jugak kambing yang ayah bela.. ana selalu pergi belakang dekat kandang kambing sebab nak main air je.. hehe, dapat 3,4 ekor ikan, memang dah kira ok la tu.. (^_~).. dalam tahun 2001, ayah mula tanam pisang, kelapa, dan pokok buah-buahan.. best sangat.. heheItulah bukit yang ana cakap tadi.. tak berani dah nak pergi belakang sana, anak sungai pun macam dah tak nampak sangat.. Sekarang ni jalan tak clear, banyak lalang.. risau jugak nak pergi hujung sana.. sesiapa yang nak tolong bersihkan kebun, silalah datang.. hehe.

Pokok buah-buahan.. (^_^).. ada pokok manggis dan rambutan.. hehe. pokok limau dan duku, langsat pun ada..
untuk pengetahuan semua, inilah pokok rambutan kesayangan ana.. (^_^) Setiap kali musim rambutan, inilah antara yang tersenarai sebagai mangsa ana... buahnya manis sangat, padanlah dengan gelaran dia, pokok rambutan gula batu (^_^).. buahnya warna kuning.. sedapppp.. hehe.

Ini pokok dokong. tak taula orang KL panggil apa.. hehe.. Biasanya bila dah musim buah, ana akan bawak buah ke sekolah.. sebab dah banyak sangat, tak habis makan.. so, bawak la untuk cikgu, kawan dan sesiapa yang rasa nak makan.. hehe.. petang-petang panjat pokok, isi dalam plastik, esok pagi nak bawak pergi sekolah pulak.. (^_^)

Ini pokok jambu.. hehe, masa ni tak ada buah.. tu batang pokok durian.. belakang pokok jambu, ada pokok manggis, duku dan kelapa... dan ada jugak kandang kambing kecik, dah lama tak bela kambing, bela ayam pulak.. lama-lama, terbiar macam tu je, jadi tempat simpan barang... bila merajuk, ana suka pergi sana..hehe, kononnya merajuk.. bawak air, makanan, tikar dan bantal.. dah puas layan nyamuk, ana naik atas rumah semula.. =p
rasanya setakat ini saja untuk kali ini, selamat menjamu mata.. hehe.. sekian, wassalam.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers