Rezeki

Khamis, 15 Oktober 2009

perkongsian semata-mata

Assalamua'laikum saudara2 seakidah semua.. apa khabar iman kita hari ini? apa khabar amal kita hari ini? apa khabar saudara2 kita di Palestin hari ini? Apa khabar ibu bapa kita hari ini? apa khabar semuanya?

Alhamdulillah, hari ini, kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk sama-sama menghirup udara kurniaan ALLAH, masih lagi berpeluang berpijak di Bumi ALLAH... dan yang paling penting, kita bersyukur kerna masih lagi dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam..

Hari ni, ana tidaklah berniat untuk berceloteh panjang, sekadar mengisi masa sementara nak solat dhuha.. (^_^).. ada lebih kurang 40 minit lagi.. insya'ALLAH, kita cuba guna sebaik mungkin, sementara masih diberi kelapangan sebelum diserang dengan kerja yang tak henti-henti..

Ramadhan telahpun berlalu pergi, kini Syawal pula menjelmakan diri.. Hari ini, 26 Syawal 1430H.. Syawal juga sudah mula melangkah pergi, hanya tinggal beberapa hari saja lagi.. Masih istiqomahkah kita dengan amalan sepanjang bulan Ramadhan? bertahajud, berzikir, bermunajat kepada ALLAH saban hari, bersedekah serta pelbagai bentuk amalan lain yang mendekatkan lagi diri kita dengan ALLAH..
Adakah kita semua masih lagi meneruskan amalan-amalan tersebut setelah keluar dari bulan tarbiah, iaitu bulan Ramadhan yang mulia?
Sekadar renungan bersama, ana memetik isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan pada 4 Syawal yang lepas.. semoga bermanfaat untuk semua..
******************************
Kehangatan Idul Fitri masih dirasai oleh kita semua dan seluruh umat Islam kerana ia merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang dapat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Malahan galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus mengerjakan amal ibadah seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menghadiri solat berjamaah di masjid / surau dan sebagainya. Oleh itu, amat malang dan rugi bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan sekiranya kita kembali semula menjadi hamba kepada kehendak dan dorongan nafsu tersebut.

Kerana itu, jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghidupkan suasana Syawal dengan perkara yang dikira ibadat di sisi Allah s.w.t dan bukannya dengan mencemari kesucian Syawal melalui amalan yang bercanggah dengan syarak. Bersesuaian hari raya sebagai hari kemenangan dalam mengekang nafsu sepanjang Ramadhan, maka janganlah kita kotorkan kembali diri kita dengan melakukan maksiat sehingga kita kembali menjadi kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan. Kemenangan yang mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa, bukannya sebagai manusia yang durhaka terhadap Allah s.w.t. Oleh itu, kita mesti teruskan segala proses tarbiah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan yang lalu pada bulan-bulan seterusnya. Begitu juga dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya janganlah kita lupa untuk merebut tawaran Allah s.w.t untuk sama-sama menunaikan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dimana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi :


عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَ، عَنِ النَبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَتْ كَصِيَامِ الدَّهْرِ كُلِّهِ.


Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ".

( H.R.Muslim )

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan Syawal dan suasana hari raya masih terasa dengan aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan, kita janganlah lupa dan lalai dengan kemuliaan bulan ini, seolah-olah semua keseronokan tersebut adalah bonus bagi kita menyambut hari raya. Sehingga kita lupa bahawa ke datangan Syawal merupakan suatu kehilangan besar sebahagian kenikmatan untuk beribadat, walaupun ibadah puasa sunat boleh diteruskan di bulan Syawal, namun keseronokan bertarawih dan Lailatul Qadar tidak dapat dinikmati lagi sehinggalah Ramadhan yang akan datang.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya berhibur untuk meraikan sesuatu kemenangan atau kejayaan tetapi hendaklah ianya dilakukan melalui saluran hiburan yang betul dan berfaedah yang disertai dengan nilai akhlak mulia serta membanyakkan kesyukuran kepada Allah.

Oleh itu, dengan berlalunya Ramadhan maka marilah sama-sama kita melakukan muhasabah diri. Apakah diterima amal ibadah kita sepanjang Ramadhan lalu ? atau Apakah puasa kita benar-benar sebagai suatu ujian dan latihan bagi kita ?

Maka, diharapkan Syawal ini menjadi bulan untuk kita menilai diri, diantaranya :

Pertama : Menilai Aspek Kesabaran dan Mengawal Emosi

Sepanjang Ramadhan kita dilatih agar bersabar dalam semua aspek seperti menahan diri dari melakukan maksiat, juga bersabar dalam mengerjakan amal ibadah. Yakni sentiasa berusaha membuang sifat malas. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri setelah berlalunya Ramadhan, apakah kita masih berjaya mengawal semua itu ?. Terutamanya anggota kita daripada melakukan perkara-perkara yang haram, seperti telinga tidak mendengar perkara yang dilarang, mata dijaga daripada melihat perkara maksiat, kaki tidak melangkah ke tempat yang dilarang, mulut pula berhenti daripada mengumpat, berbohong, membuat fitnah dan sebagainya.

Kedua : Menilai Kemurahan Hati dan Melakukan Amal Kebajikan

Disepanjang Ramadhan kita dapati ramai orang berlumba-lumba dan suka bersedekah tetapi selepas berlalunya Ramadhan, apakah ianya terus berlaku ?. Maka dalam hal ini, marilah kita merenung diri, adakah kita termasuk dikalangan orang-orang yang pemurah dan suka melakukan amal kebajikan atau sebaliknya ?

Kerana sesungguhnya tujuan utama puasa adalah untuk mengendalikan diri manusia daripada cintakan dunia dan kemewahan hidup. Malahan dapat menguji keimanan serta mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 90 :


Maksudnya : “ Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa’ kepada kami dengan penuh harapan serta gerun dan takut ; dan mereka sentiasa khusyu’(taat) kepada kami ”.


Ketiga : Mencintai dan menghidupkan Amalan Membaca Al-Quran

Kita sedia maklum bahawa Ramadhan adalah saat yang paling sesuai untuk menimba dan mengali sebanyak mungkin rahsia kemuliaan dan keagungan al-Quran sebagai petunjuk bagi kehidupan manusia. Maka, apakah kita masih malas untuk membaca al-Quran?. Sedangkan di bulan Ramadhan ramai yang mampu khatam al-Quran. Lebih-lebih lagi Ramadhan disebut “Sahrul Quran” iaitu bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

إِقْرَؤُا الْقُرْاءنَ فَاِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ.

Maksudnya : “Bacalah oleh mu al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran itu akan menjadi Syafa’at (penolong) bagi pembacanya di hari kiamat ”

( H.R. Muslim )

*********************************
Dah dapat kekuatan untuk kembali aktif beribadah di bulan Syawal? semoga bermanfaat untuk semua, dan menjadi pemangkin untuk kita menjadi hambaNYA yang taat dan bersyukur..
Suka untuk ana ulang sekali lagi, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu :

عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَ، عَنِ النَبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَتْ كَصِيَامِ الدَّهْرِ كُلِّهِ.


Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ".

( H.R.Muslim )
Jom puasa 6.. kepada yang dah raya, alhamdulillah.. kepada yang belum, cubalah guna saki baki masa yang ada untuk cukupkan puasa enam anda.. moga amalan kita diterima ALLAH..

Kepada muslimin dan muslimat sekalian, sebelum mengundurkan diri, ana menyeru diri ana dan antum semua, ayuh, kita bangkitkan aura dakwah.. SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT...

KEMPEN TUTUP AURAT

24 JAM 365 HARI SETAHUN...

JANGAN LUPA TUNAIKAN AMANAHMU... (^_^)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers