assalamua'laikum.. alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. serta masih lagi berupaya untuk beribadat kepadaNYA...
wah, best betol la baca blog sahabat-sahabat.. mantap.. hehe..apakan daya, ana tak semantap antum semua.. tak pe, ana akan berusaha, berusaha dan terus berusaha.. hehe... tingkatkan kuasa..super-super-super ring....oppss, silap.. nak jadi PUTERI BULAN lah.. hehe..
hmm, teringat pulak zaman muda-muda dulu(hehe, sekarang kan dah 21, tua sikit), ana ni ganaznya banyak.. masa kecik-kecik dulu, memang aktiviti harian ana, memancing di kolam belakang rumah arwah atuk angkat ana.. biasanya lepas balik sekolah, dalam pukul 4 lebih, lepas asar tu, ana dah mula merayap.. masa tu jalan kaki jer, tak mampu nak beli basikal.. hehe.. paling tidak, dapat la ikan 2, 3 ekor.. masa ana tengah kemaruk memancing tu, umur ana dalam lingkungan 7-10 tahun, memang best sangat.. selalu jugak masuk tali air, dalam parit, sungai cari anak ikan.. musim orang nak tanam padi, ana sibuk jugak masuk sawah.. cari ikan.. hehe.. bestnya.. kelengkapan utama sepanjang program ni, mesti ada joran, bekas plastik atau juga dikenali sebagai serkap jarang (untuk kerja-kerja menangkap ikan), umpan (tak kisah umpan apa pun, roti ke, sarang anai-anai ke, udang kecik ke, terpulang pada selera masing-masing).. hehe
umur 10 tahun, dapat hadiah basikal dari kakak.. wah, best betul.. rasa bangga je dapat naik basikal Lerun dalam kampung masa tu, sebab tak ramai orang yang ada basikal @ motor @ kenderaan masa tu (wah, riak dah ni).. bila dah dapat basikal tu lagilah rancak program ziarah ana.. hari-hari menjenguk sungai dan kolam.. ziarah ikan-ikan.. pacat-pacat kat tepi-tepi sungai beserta lintah-lintah tu, memang dah selalu jadi teman ana.. ada je yang datang bertandang kat badan, mintak derma.. ana pun bermurah hatilah.. bagi jer.. kan yang memberi tu lebih baik dari yang meminta?? betul tak?? hehe...
aktiviti memancing dan menangkap ikan dalam parit/sungai/tali air/sawah ni berlanjutan hingga umur ana 11 tahun je.. sebelum cuti akhir tahun darjah 5, ana dah jadi gadis ayu yang sopan tambah santun dah.. duk kat rumah jer.. hehe.. (alkisahnya sebab mak suruh bagi basikal pada anak saudara yang duk di Wakaf Bharu, sebab dia nak pergi sekolah susah kalau tak ada basikal).. tapi hujung minggu, hari jumaat sabtu atau mana-mana kelapangan, terlepas jugak.. hehe, sambil-sambil bawak anak.. sampai sekarang pun, ana still teruskan program riadah ana tu.. hehe.. bawak anak-anak pulak.. sebelum ni sorang-sorang je.. bila sampai kawasan-kawasan stategik, mulalah ana menurunkan ilmu dan segala kepakaran yang ada... ada 2 orang anak yang betul-betul copy and paste perangai ana dulu... haha, pantang je dengar ana nak balik rumah, mulalah duk menelefon, ajak pergi kolam.. dah sampai rumah, biasanya ana sampai dalam pukul 4 pagi, pukul 7 tu, semua dah berkumpul kat ruang tamu.. yang bestnya, semua keperluan ana dah tersedia.. tudung, stoking, selipar, tuala kecik.. hehe.. tunggu sarung jer.. bertuah betul anak-anak ni.. kalau buat-buat malas, mulalah ada yang lembik tengkuk, merengek-rengek memujuk ana.. haha, best seksa jiwa budak-budak ni.. yang tak tahan, bila si kecik tu, Atiq yang datang pujuk ana.. "Suwa, jom..jomlah.." sambil-sambil tarik tangan.. wah, cair terus.. hehe..mak dah tau sangat dah perangai budak-budak dan Su dia ni.. kalau balik rumah, tak lekat dah.. mesti pergi kolam.. so, as a preparation, memang dah tersedia lah bekalan-bekalan makanan dan sarapan untuk kami semua.. Su dan anak-anak.. hehe.. lepas sarapan dan dhuha, bermulalah aktiviti kami semua... "JALAN-JALAN CARI IKAN".. (^_^).. tiap-tiap kali balik kelantan, memang tak miss dah aktiviti rapat ukhuwwah ni.. best...
............................................................
hmm, ok, sambung cerita lagi.. hehe.. masa umur 10 tahun jugak, ana dapat hadiah tau.. cube teka, apa yang ana dapat? hehe, bukan anak patung, bukan pen, bukan jam, bukan sebarang bentuk hadiah yang biasa diterima oleh "anak dara yang lain".. hehe... ana dapat anak monyet!!! pak ngah yang bagi.. hehe.. ana panggil dia Jali.. chomey je dia.. manja pulak tu. ayah letak dia kat sebelah kandang lembu.. ikat tali dia di pokok mengkudu..
sebelum pergi sekolah, ana akan bagi nasi dan letak pisang dekat-dekat ngan dia.. balik dari sekolah, lepas siap khidmat diri, ana pergi ziarah dia lagi.. tengok air dia cukup ke tak.. hehe.. sayang betul ngan Jali ni.. =P
balik dari memancing, bawak Jali jalan-jalan naik basikal.. eh, jalan-jalan naik basikal?? betul tak ayat ni? hehe.. nanti tak pasal-pasal kena audit karang.. maaf ye.. buat-buat faham jelah ye.. (^_^)
hmm, tapi Jali duk sekejap je dengan ana.. lepas 5 bulan, pak cik ana ambik dia.. bawak balik Wakaf Bharu... waaa, sedihnya.. ana ngamuk-ngamuk jugak masa tu.. pak cik datang bermalam kat rumah ana.. sebelum pergi sekolah, elok je ana tengok dia kat "rumah" dia tu.. balik je dari sekolah, dah tak de.. ana terus panggil ayah... "Ayoh, mano Jali nih? hilei doh ko? tali pong takdok ni?" (translation : Ayah, mana Jali? dah hilang ke? tali dia pun tak de jugak ni)
bayangkan ana menjerit panggil ayah yang duk rehat dalam rumah....hehe.. ayah dengan selambanya hulur duit RM50 kat ana.. "Pok Cik Uji bui takdi, baya hargo Jali" (translation: Pak Cik Uji bagi tad, bayar harga Jali)... waaaa, Jali, kenapa tinggalkan daku??? (hehe, menangis-menangis jugak, duit masuk poket terus ye)...
tapi memang rindu kat Jali.. untuk menghilangkan kerinduan pada Jali, tiap-tiap petang, ana main dengan anak ayam serama ayah yang baru menetas tu.. yang paling best, ana pegang dia sambil naik buai yang ayah buat..(buai kat pokok jambu.. bukan macam orang sekarang, ada buai besi.. ana dulu ikat tali, ada tempat duduk, jadi la buai.. hehe...).. bila dah berayun laju-laju, ana ajar dia terbang.. lalalala, terlepas.. oppss, terbang betul-betul la pulak.. huhu, nasib baik selamat dan masih bernafas.. takut betul.. kalau tak, mesti dah masuk penjara, sebab membunuh dengan sengaja.. hehe.. lepas tu, ana dah tak pegang dia lagi dah.. risau jugak kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, ana disabitkan kesalahan pulak.. (^_^)...
hmm, macam dah panjang jer bercerita.. banyak lagi sebenarnya.. tapi, stop lah dulu.. nak hantar barang kat aras 2 jap.. hehe.. nanti kalau ada masa, dan ada yang sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ana yang tak seberapa ni, ana akan cuba berkongsi kisah hidup ana.. salam ukhuwwah.. (^_^)