Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah.
Semalam, kami ke HUKM. Sekali lagi, zauj kena buat skop. Kali ni hanya colonoscopy.
Sampai di HUKM dalam pukul 8.40 pagi. Tunggu zauj parking, dekat pukul 9.10 baru dapat parking kereta.
Sementara tunggu zauj parking, banyak yang ana dapat. Gelagat manusia yang macam-macam, manarik perhatian. Pasangan suami isteri veteran berpimpin tangan masuk dalam hospital. Anak hantar ayah ibu yang sakit, tolong pimpin tangan sampai ke pintu masuk. Mak ayah bawak anak kurang upaya, berdukung, berkerusi roda. - tersentuh -
Di HUKM, kaum cina boleh dikatakan majoriti. Memang agak ramai berbanding kaum lain. Ada seorang makcik chinese ni, datang dari Melaka. Memang dia tak tukar hospital meskipun dia dah berpindah ke Melaka. Jauh kan? Mungkin perkhidmatan di HUKM sangat baik sehinggakan beliau sanggup datang dari jauh.
Disekeliling, boleh tengok ramai orang dengan macam-macam penyakit. Ramai juga pesakit kanak-kanak. Ada seorang pakcik India, dah tua. Lingkungan 70an barangkali. Bila anaknya nak tolong keluarkan pakcik ni dari kereta, dia geleng-geleng kepala,tak mahu keluar. Lepas anak dan cucunya memujuk, barulah pakcik tadi setuju. Tapi, tangannya tetap memegang pintu kereta dengan sangat kuat, anaknya terus memujuk. Ana terus teringat apa yang Mek dan kakak pernah cerita pada ana. Pasal ayah. Masa pulang dari rawatan kali terakhir sebelum meninggal, ayah nak duduk dalam kereta je. Tak nak keluar, nak duduk dalam kereta je. Semua orang memujuk ayah, hinggakan anak buah yang paling kecik pun pujuk jugak, hampir 1 jam ayah duduk dalam kereta. Akhirnya keluar juga. Tu pun, bukan terus masuk, tapi jalan-jalan keliling rumah dulu.
Semalam, sempat berbual dengan seorang makcik chinese. Umur dalam 60an. Dia agah Ilham. Dia tanya ana datang hospital tengok siapa. Ana jawab la zauji kena jumpa doktor. Dia marah. "you tak payah datang la, jaga anak dekat rumah. Di hospital ni tak elok".. huhu. "kalau saya tak datang, macam mana suami nak bawak kereta balik rumah". Dia geleng kepala. "nenek dia mana?" (dia maksudkan mak ana). "Nenek dia duduk kampung" Dia tanya lagi "Nenek suami mana?" Jawablah "Nenek suami tak ada. Duduk kampung juga, jaga suami dia, sakit." Dia geleng-geleng kepada lagi. :) Lepas tu dia cakap " sekarang, semua orang sakit. Tua sakit, muda pun sakit. Makanan sekarang tak bersih. Ayam cucuk, sayur racun. Tak sihat. Nak makan ikan pun tak sihat. Makan nasi pun tak sihat. Dulu, bela ayam sendiri, sihat, masak sendiri, lagi sedap."
***
Bila di kantin, duduk ramai-ramai, kongsi meja. Cafe HUKM sangat padat. Orang ramai, tempat tak berapa luas. :). Masa tengah suap Ilham, ada seorang lelaki duduk kat depan ana. Kemudian datang pula pakcik pakai kerusi roda dan isteri. Lelaki yang baru duduk tadi terus angkat pinggan, nak cari tempat lain. Pakcik kerusi roda terus tahan "tak pelah makan sama-sama. Meja ni panjang." :). Lepas tu bila suami datang, masa makan siap sembang-sembang. Bila pakcik kerusi roda tadi beredar, datang pulak pasangan veteran yang lain. Sama macam tadi, peramah sangat. :) Kalau di Putrajaya, haih, tak adanya macam tu. Semua orang buat hal masing-masing. Tak bercampur sangat. Kita nak menegur pun tak ada keberanian. Huhu
Baru 3 kali ke HUKM. Setiap kali pergi, mesti dapat kenalan baru. Ilham dah semakin pandai. Boleh sesuaikan diri. Bila tengok orang ramai, dia pun senyap je. Dah tak nampak pelik tengok orang ramai. Dia yang bertambah ramah, menegur orang. :D
5hb Feb nanti akan ke sana lagi. Harap-harap keputusan pemeriksaan semalam tak teruk sangat.
Moga dipermudahkan segalanya.
Rezeki
Khamis, 10 Januari 2013
Selasa, 8 Januari 2013
Telefon Dan Ayah
Ayah pernah ada telefon sendiri.
Dulu-dulu, masa telefon Nokia 3310 tengah naik.
Tapi, selalu habis kredit macam tu je. Telefon ayah tak boleh 'auto-lock', ayah tak pandai nak buka semula.
Jadi, bila ayah letak telefon dalam poket, mesti terdail nombor telefon sape-sape. Selalunya telefon rumah lah.
Bila telefon rumah berdering, angkat, dengar bunyi angin, ekzos motor, lepas tu dengar suara ayah duk menegur orang lain. Hehe.
Ayah balik, terus check kredit. Memang dah habis. ;p
Rasanya tak sampai setahun,
sebab ada sekali tu, ayah bawak telefon. Tapi dia lupa letak telefon kat mana. Hilang. Lepas kejadian tu, beli telefon dan bagi pada Mek je. Ayah dah tak guna telefon.
Bila nak cakap dengan ayah, telefon nombor Mek. Sembang lama-lama dengan mek dulu, pastu baru cakap dengan ayah pulak. :D. Sembang lama-lama lagi, sampai ayah cakap "DAH LA, TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI DAH". Hehehe. Selang 2 hari, telefon lagi. :p. Tak tahu nak sembang apa, jenuh cari idea. Selalunya tanya "makan apa hari ni, mek masak sedap tak, hari ni pergi mana, duit ada lagi tak" Hehe..
***
~ seminggu sebelum ayah menyahut panggilanNya. Ni masa buat hemodialisis di Hospital Kuala Krai. Ayah sangat penat. Rindu ayah ~
Sekarang, bila telefon Mek, mesti nak tersasul tanya pasal ayah. Nak tanya ayah tengah buat buat. Ayah sihat tak hari ni.
Nasib baik sempat sedar sebelum tanya Mek.
Rindu nak nak dengar suara ayah. Rindu nak mengurut ayah. Rindu nak cabut uban ayah. Rindu nak pegang tangan ayah.
Semoga kita semua dipertemukan lagi di Syurga nanti. Al-fatihah untuk ayah tersayang.
Khamis, 3 Januari 2013
Masakan Mak Sentiasa Di Hati, kan? :)
Dulu-dulu, tiap kali waktu makan (memang kami makan sama-sama satu keluarga), mesti tanya siapa yang masak. :)
Dan semestinya jawapan yang kakak-kakak cakap : Mek lah yang masak.
Bila dah dapat jawapan, makan dengan laju, puji-puji masakan mak. :) (walaupun ditipu oleh kakak-kakak, huhu).
Pernah, bulan Ramadhan, dipanggil untuk menjadi 'tukang rasa' (oh, masa kecik dulu, kadang-kadang datang angin malas puasa. T_T sungguh teruk perangai ana). Bila dah rasa, tanya dulu siapa yang masak. Kakak akan cakap Mek yang masak. Maka, terus saja cakap : Sedap sungguh lauk ni. Cukup rasa. :D
Bila lepas SPM, belajar di Kuantan. Cuti je, balik kampung. Mesti mintak mek masak sedap-sedap. :). Semester 1, pertama kali melalui bulan Ramadhan berjauhan dari keluarga. Tiap-tiap hari ayah dengan mek telefon, tanya makan apa. Huhu. Masa ni, sebak je. Duk teringat masakan mek. Sedapnyaaa. Ayam percik, gulai ayam.. Sup perut.. huu.. Seminggu sebelum raya, balik kampung. Mek ayah jamu macam-macam. Sedapppp..
Bila dah habis belajar, sempat duk rumah 5 bulan. Masa ni, bukan main berselera makan. Hehe.. Bulan ke-6 lepas habis belajar, kena kerja pulak. Hoho, rindu kat masakan mek semula. Tiap-tiap bulan balik kampung, boleh makan sedap-sedap. :D.
Semua yang mek masak, memang sedap tak terkata!
Sekarang, dah ada keluarga sendiri. Kena pandai masak sedap-sedap. Tapiiii, masakan mek tetap di hati. Tiap kali balik, mesti nak makan gulai ayam kampung mek, Hari-hari makan pun tak pe, :p.
Selalu berangan nak belajar masak sedap-sedap dari mek. Tapi berangan je lebih. Sebabbb, bila balik rumah, rasa macam tak cukup masa. Banyak je hal nak buat. Mek pun dah mula menunjukkan kuasanya. Hehe. Bila anak-anak berkumpul kat rumah, arah-arah je. Mek duduk layan cucu. Tak pun, duk keliling rumah, tengok pokok-pokok yang Mek tanam,hehe.. Bila siap beli barang nak masak lauk kegemaran. mek cakap :"masak sendirilah, mek malassss" waaaa, tercedera hati ni kejap. Pastu bila hati dah cedera sikit, mula buat muka sedih.. Siang lauk pun lambat-lambat, potong sayur lambat-lambat, Mek tak senang hati tengok orang buat kerja lambat, Mek akan ambik semua barang, masak sendiri. Kikiki, menjadi! Boleh rasa masakan Mek lagi. Hoyehh.. (anak manja mek ni, memang macam ni.;p walaupun dah jadi isteri, dah ada anak, tapiiii, manjaaanyaa makin menjadi.)
Tapi tak selalu la buat perangai macam tu. Kalau tengok mek duk rehat-rehat, biarkan je. Masak lah apa yang patut. Orang lain makan je. Paling best bila ada kakak-kakak yang lain kat rumah. Fuhhh, anak bongsu boleh lepas tangan, gelak-gelak layan anak buah, anak sendiri kat ruang tamu. Tunggu masak semua lauk pauk, anak bongsu tolong hidangkan. :). Best tau jadi anak bongsu ni. Hehehe.
~ rindu kat mek.. Macam dah lama tak balik Kelate... :( ~
* Ilham, ibu nak masak sedap-sedap, untuk keluarga kita. Moga bila anak-anak dah besar nanti, rindu nak makan masakan ibu sebagaimana ibu rindu nak makan masakan air tangan Mok. :)
~ Ilham, sila makan apa saja yang ibu masak, walaupun kurang sedap, ya. ;p.
Satu Harapan
Assalamua'laikum
Alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan kesihatan. Masih panjangkan usia. Alhamdulillah.
Moga dengan kesempatan yang masih ada, kita semua terus berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
Hari ni 3 Januari 2013. Awal-awal tahun ni, kesilapan menulis angka 2012 dan 2013 adalah perkara biasa bagi ana. ;p. Asyik silap taip je. Huh
Semalam, 2hb Januari, kami ke HUKM. Temujanji zauji. Kena ambik darah. Kalau tak ada aral, 9hb Januari nanti kena buat 'colonoscopy' sekali lagi. Kali ni di HUKM pula. Sebelum ni memang dah buat, tapi memandangkan baru saja di'refer' ke HUKM, kena buat sekali lagi. Maka, akur saja. Mudah-mudahan lepas ni dapat tahu apa punca sakitnya.
2013. Angka di hujungnya dah berubah. Bermakna angka penghitung usia juga berubah. Harapannya, semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah jugalah amal ibadat kita semua. :)
~ Ilham dah besar, ;p ~
Langgan:
Catatan (Atom)






