Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah.
Semalam, kami ke HUKM. Sekali lagi, zauj kena buat skop. Kali ni hanya colonoscopy.
Sampai di HUKM dalam pukul 8.40 pagi. Tunggu zauj parking, dekat pukul 9.10 baru dapat parking kereta.
Sementara tunggu zauj parking, banyak yang ana dapat. Gelagat manusia yang macam-macam, manarik perhatian. Pasangan suami isteri veteran berpimpin tangan masuk dalam hospital. Anak hantar ayah ibu yang sakit, tolong pimpin tangan sampai ke pintu masuk. Mak ayah bawak anak kurang upaya, berdukung, berkerusi roda. - tersentuh -
Di HUKM, kaum cina boleh dikatakan majoriti. Memang agak ramai berbanding kaum lain. Ada seorang makcik chinese ni, datang dari Melaka. Memang dia tak tukar hospital meskipun dia dah berpindah ke Melaka. Jauh kan? Mungkin perkhidmatan di HUKM sangat baik sehinggakan beliau sanggup datang dari jauh.
Disekeliling, boleh tengok ramai orang dengan macam-macam penyakit. Ramai juga pesakit kanak-kanak. Ada seorang pakcik India, dah tua. Lingkungan 70an barangkali. Bila anaknya nak tolong keluarkan pakcik ni dari kereta, dia geleng-geleng kepala,tak mahu keluar. Lepas anak dan cucunya memujuk, barulah pakcik tadi setuju. Tapi, tangannya tetap memegang pintu kereta dengan sangat kuat, anaknya terus memujuk. Ana terus teringat apa yang Mek dan kakak pernah cerita pada ana. Pasal ayah. Masa pulang dari rawatan kali terakhir sebelum meninggal, ayah nak duduk dalam kereta je. Tak nak keluar, nak duduk dalam kereta je. Semua orang memujuk ayah, hinggakan anak buah yang paling kecik pun pujuk jugak, hampir 1 jam ayah duduk dalam kereta. Akhirnya keluar juga. Tu pun, bukan terus masuk, tapi jalan-jalan keliling rumah dulu.
Semalam, sempat berbual dengan seorang makcik chinese. Umur dalam 60an. Dia agah Ilham. Dia tanya ana datang hospital tengok siapa. Ana jawab la zauji kena jumpa doktor. Dia marah. "you tak payah datang la, jaga anak dekat rumah. Di hospital ni tak elok".. huhu. "kalau saya tak datang, macam mana suami nak bawak kereta balik rumah". Dia geleng kepala. "nenek dia mana?" (dia maksudkan mak ana). "Nenek dia duduk kampung" Dia tanya lagi "Nenek suami mana?" Jawablah "Nenek suami tak ada. Duduk kampung juga, jaga suami dia, sakit." Dia geleng-geleng kepada lagi. :) Lepas tu dia cakap " sekarang, semua orang sakit. Tua sakit, muda pun sakit. Makanan sekarang tak bersih. Ayam cucuk, sayur racun. Tak sihat. Nak makan ikan pun tak sihat. Makan nasi pun tak sihat. Dulu, bela ayam sendiri, sihat, masak sendiri, lagi sedap."
***
Bila di kantin, duduk ramai-ramai, kongsi meja. Cafe HUKM sangat padat. Orang ramai, tempat tak berapa luas. :). Masa tengah suap Ilham, ada seorang lelaki duduk kat depan ana. Kemudian datang pula pakcik pakai kerusi roda dan isteri. Lelaki yang baru duduk tadi terus angkat pinggan, nak cari tempat lain. Pakcik kerusi roda terus tahan "tak pelah makan sama-sama. Meja ni panjang." :). Lepas tu bila suami datang, masa makan siap sembang-sembang. Bila pakcik kerusi roda tadi beredar, datang pulak pasangan veteran yang lain. Sama macam tadi, peramah sangat. :) Kalau di Putrajaya, haih, tak adanya macam tu. Semua orang buat hal masing-masing. Tak bercampur sangat. Kita nak menegur pun tak ada keberanian. Huhu
Baru 3 kali ke HUKM. Setiap kali pergi, mesti dapat kenalan baru. Ilham dah semakin pandai. Boleh sesuaikan diri. Bila tengok orang ramai, dia pun senyap je. Dah tak nampak pelik tengok orang ramai. Dia yang bertambah ramah, menegur orang. :D
5hb Feb nanti akan ke sana lagi. Harap-harap keputusan pemeriksaan semalam tak teruk sangat.
Moga dipermudahkan segalanya.