Rezeki

Khamis, 3 Januari 2013

Masakan Mak Sentiasa Di Hati, kan? :)

Dulu-dulu, tiap kali waktu makan (memang kami makan sama-sama satu keluarga), mesti tanya siapa yang masak. :)

Dan semestinya jawapan yang kakak-kakak cakap : Mek lah yang masak.

Bila dah dapat jawapan, makan dengan laju, puji-puji masakan mak. :) (walaupun ditipu oleh kakak-kakak, huhu).

Pernah, bulan Ramadhan, dipanggil untuk menjadi 'tukang rasa' (oh, masa kecik dulu, kadang-kadang datang angin malas puasa. T_T sungguh teruk perangai ana). Bila dah rasa, tanya dulu siapa yang masak. Kakak akan cakap Mek yang masak. Maka, terus saja cakap : Sedap sungguh lauk ni. Cukup rasa. :D

Bila lepas SPM, belajar di Kuantan. Cuti je, balik kampung. Mesti mintak mek masak sedap-sedap. :). Semester 1, pertama kali melalui bulan Ramadhan berjauhan dari keluarga. Tiap-tiap hari ayah dengan mek telefon, tanya makan apa. Huhu. Masa ni, sebak je. Duk teringat masakan mek. Sedapnyaaa. Ayam percik, gulai ayam.. Sup perut.. huu.. Seminggu sebelum raya, balik kampung. Mek ayah jamu macam-macam. Sedapppp..

Bila dah habis belajar, sempat duk rumah 5 bulan. Masa ni, bukan main berselera makan. Hehe.. Bulan ke-6 lepas habis belajar, kena kerja pulak. Hoho, rindu kat masakan mek semula. Tiap-tiap bulan balik kampung, boleh makan sedap-sedap. :D.

Semua yang mek masak, memang sedap tak terkata!

Sekarang, dah ada keluarga sendiri. Kena pandai masak sedap-sedap. Tapiiii, masakan mek tetap di hati. Tiap kali balik, mesti nak makan gulai ayam kampung mek, Hari-hari makan pun tak pe, :p.



Selalu berangan nak belajar masak sedap-sedap dari mek. Tapi berangan je lebih. Sebabbb, bila balik rumah, rasa macam tak cukup masa. Banyak je hal nak buat. Mek pun dah mula menunjukkan kuasanya. Hehe. Bila anak-anak berkumpul kat rumah, arah-arah je. Mek duduk layan cucu. Tak pun, duk keliling rumah, tengok pokok-pokok yang Mek tanam,hehe.. Bila siap beli barang nak masak lauk kegemaran. mek cakap :"masak sendirilah, mek malassss" waaaa, tercedera hati ni kejap. Pastu bila hati dah cedera sikit, mula buat muka sedih.. Siang lauk pun lambat-lambat, potong sayur lambat-lambat, Mek tak senang hati tengok orang buat kerja lambat, Mek akan ambik semua barang, masak sendiri. Kikiki, menjadi! Boleh rasa masakan Mek lagi. Hoyehh.. (anak manja mek ni, memang macam ni.;p walaupun dah jadi isteri, dah ada anak, tapiiii, manjaaanyaa makin menjadi.)

Tapi tak selalu la buat perangai macam tu. Kalau tengok mek duk rehat-rehat, biarkan je. Masak lah apa yang patut. Orang lain makan je. Paling best bila ada kakak-kakak yang lain kat rumah. Fuhhh, anak bongsu boleh lepas tangan, gelak-gelak layan anak buah, anak sendiri kat ruang tamu. Tunggu masak semua lauk pauk, anak bongsu tolong hidangkan. :). Best tau jadi anak bongsu ni. Hehehe.

~ rindu kat mek.. Macam dah lama tak balik Kelate... :( ~


* Ilham, ibu nak masak sedap-sedap, untuk keluarga kita. Moga bila anak-anak dah besar nanti, rindu nak makan masakan ibu sebagaimana ibu rindu nak makan masakan air tangan Mok. :)
~ Ilham, sila makan apa saja yang ibu masak, walaupun kurang sedap, ya. ;p.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers