Rezeki

Khamis, 3 Januari 2013

Satu Harapan

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan kesihatan. Masih panjangkan usia. Alhamdulillah.

Moga dengan kesempatan yang masih ada, kita semua terus berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

Hari ni 3 Januari 2013. Awal-awal tahun ni, kesilapan menulis angka 2012 dan 2013 adalah perkara biasa bagi ana. ;p. Asyik silap taip je. Huh

Semalam, 2hb Januari, kami ke HUKM. Temujanji zauji. Kena ambik darah. Kalau tak ada aral, 9hb Januari nanti kena buat 'colonoscopy' sekali lagi. Kali ni di HUKM pula. Sebelum ni memang dah buat, tapi memandangkan baru saja di'refer' ke HUKM, kena buat sekali lagi. Maka, akur saja. Mudah-mudahan lepas ni dapat tahu apa punca sakitnya.

2013. Angka di hujungnya dah berubah. Bermakna angka penghitung usia juga berubah. Harapannya, semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah jugalah amal ibadat kita semua. :)

~ Ilham dah besar, ;p ~


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers