Rezeki

Jumaat, 29 Mac 2013

:) Santai

Assalamua'laikum.

Semoga sihat sejahtera hendaknya.

- Anak buah yang comel. ;p gambar 14 tahun yang lalu -
Duk atas tangga, tempat kami sekeluarga selalu minum setiap petang


Tengahari tadi balik rumah. Dalam perjalanan, nampak ada sekumpulan budak lelaki lingkungan umur 10 tahun, ada dalam 5-6 orang berjalan kaki tepi jalan. Berjalan sambil sembang-sembang.

Terus teringat kenangan lama, dan terfikir ; kalau budak-budak ni duk di kampung, mesti seronok. Pagi-pagi keluar cari buah jambu, pasang perangkap burung punai, pancing ikan. Heee. Balik tengahari, makan solat rehat. Petang dalam pukul 4-5, keluar main lagi.. Gi padang, main bola. Takpun kejar-kejar, kayuh basikal keliling kampung. ;p

Dulu, suka sangat bila musim cuti sekolah. Boleh main dengar gumbira. Kadang-kadang ada ustaz datang bagi borang kat ayah. Ada ustaz ustazah datang buat kelas fardhu ain kat kampung sebelah. Jalan kaki ramai-ramai, pergi kelas. Dalam 4 km, jalan kaki. Tak terasa sangat penatnya. Sebab banyak lari dari berjalan.;p Penat lari, baru jalan. Tak lupa beli ais krim pop. Hehe, seorang beli 5 batang, buat bekal. Dahaga kan jalan jauh. Lari laju-laju, pastu duduk bawah pokok, sambil makan ais krim pop, tunggu kawan-kawan yang lambat..hehehe.. Patahkan aiskrim pop, makan satu-satu.. Nikmat!

Kerja sekolah, cikgu bagi banyak-banyak. Petang, lepas ngaji, buat kerja sekolah ramai-ramai dekat tangga rumah tok guru ngaji. ;p. Tok guru pun hidangkan air teh dengan biskut. Seronok! Dah la boleh tiru-tiru jawapan, dapat makan free pulak. Ahaha. Kalau tak siap hari ni, petang esok bawak lagi. Alaaa, cuti kan lamaaaa.. ;p

Kalau pagi-pagi, mak tak bagi keluar pi mana-mana, duduk atas tangga depan rumah sambil baca buku. Tengok orang jalan, naik motor nak pergi menoreh... Tegur orang tu, orang ni. Heehee, suka. Tambah pulak kalau orang puji. Ohoiii, sape tak suka bila kena puji, kan? Heeeeee

Kadang-kadang, tangga depan rumah tu jadi tempat makan, tempat tidur. ;p. Duk kampung, bukannya ramai orang lalu depan rumah. Heeeeee, memang seronok lah boleh duk berkelah depan rumah macm tu. Memang selalu pun, petang-petang, satu keluarga duk minum air teh cicah biskut atas tangga depan rumah. Bila ada orang lalu, ayah ajak singgah, minum air teh cicah biskut. :)

Hee, seronok kan duk kampung? Jiran tetangga semua rapat, macam sedara mara. Kalau tak cukup apa-pa kat dapur, haa, tak malu pun nak pergi minta.. Kalau belakang rumah jiran ada bunga kantan, ada pucuk ulam, haa, mintak je. :) Hehe, rindulah kat kampung.



Zauji tak sempat merasa semua tu. Jalan cerita dia lain.. Maklumlah, orang bandar.. Ahaha. Sebab tu dia seronok balik kampung ana. Boleh petik buah fresh dari kebun, mandi air kolah yang sejuk macam ais. Heee...

ALLAH dah aturkan yang terbaik. :) Yang tak pernah rasa hidup di bandar, dapat rasa. Yang tak pernah rasa hidup di kampung, dapat rasa jugak. :). Complete each other. :) Alhamdulillah

# Ilham, ibu tak sabar nak bagi merasa main air kolah rumah che wal yang sejuk tuuuu ..heeeeeeeeee

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers