Rezeki

Isnin, 1 April 2013

SENYUM JER

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

:)

Hari ni dah 1 April.. Cepatnya masa berlalu. Lagi 15 hari, insya'ALLAH Ilham genap umur setahun.. Dah setahun? Huuu, kejap sungguh masa berlalu. Macam baru je tengok Ilham yang warna biru, muka sembab, dalam bilik bersalin dulu.

Semalam bawak Ilham pergi Shah Alam. Hajat di hati nak ziarah adik comel, tapi tak ada rezeki. Insya'ALLAh, lain kali. :) Semalam pergi Masjid Shah Alam.

Ramai orang tegur Ilham yang duk senyum-senyum bila nampak orang. Ada seorang makcik tu, siap duduk nak main dengan Ilham. Tapi Ilham biasalah. Senyum-senyum boleh, sentuh tak boleh. Heeee. Buat orang geram.

Ramai duk cakap Ilham macam mat saleh. Duk tanya, "ayah dia orang puteh ke?". Hehe, yang paling tak tahan : "mak ayah dia orang puteh yer?" :D

Heeheee, jawab sambil senyum jer. " Tak lah, orang biasa jer.. Melayu. Dia banyak ikut nenek n atuknya."

* dapat kopiah baru.. Geram budak kecik nih.. Suka nau tayang gigi, hehehe. *


* nampak sangat anak tak sama dengan ibunya, sampai orang ingat ibu yang duk dukung Ilham nih baby sitter.;p

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers