Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA sentiasa.
Kehidupan adalah medan tarbiah. Setiap hari kita dapat ujian yang berbeza, ilmu yang berbeza.
Semua orang akan lalui fasa yang sama, cuma jalan cerita tak sama. :)
Dulu, manalah nak ambik tahu pasal jaga budak kecik.
Tapi sekarang, haaaaa, kalau tak tahu, memang cepat-cepat telefon keluarga, kawan-kawan, tanya.
***
Demam
Tanda-tanda bayi kekurangan air dalam badan / dehydrated:
- Mata cengkung / dalam
- Bila cubit, lambat hilang garisan-garisan
- Ubun-ubun akan lekuk
- Badan tak bertenaga
Bila bayi demam, selain ubat-ubatan, kita boleh kawal suhu badan dengan:
- guna daun bunga raya... Ramas-ramas sampai keluar lendir, campur dalam air, lap badan dia.
- guna air asam jawa... Campur asam jawa yang dalam paket utk masak tu dengan air, lumurkan di badan bayi.
- Sentiasa jelum kepala bayi / lap seluruh tubuh. Tempat tumpuan kalau suhu tinggi : Kepala, bawah lengan (ketiak), celah paha, lipatan lutut. Doktor cakap banyak urat-urat besar kat sini.
Bila nak lap badan bayi, gunakan air suam. Takut saraf 'terkejut".
***
Kalau ada masalah 'nappy rashes"
Biasanya kita beli krim di farmasi. Setakat ni, yang serasi dengan Ilham, krim keluaran Pureen. Yang tiub warna pink. Alhamdulillah.
Tapi, nak senang, dan antara cara yang kita boleh guna untuk mencegah :
- Bila nak pakaikan pampers pada anak, gunakan pelapik / nappy liner.
- Sapu tepung jagung atau tepung ubi sebelum pakaikan pampers.
- YANG PENTING, jangan biarkan anak pakai pampers yang sama dalam tempoh masa yang lama. Huhu.. kalau tak, pakailah apapun, merahhh la jawabnya.
***
Bukan mudah nak membesarkan seorang anak. Lebih-lebih lagi anak pertama. Banyak perkara yang kita tak tahu. Bila dah kena, barulah nak mencari, nak tanya. Heeeeeee... Ana lah tu.
Sekarang ni musim selsema n batuk. Dengar Ilham batuk malam-malam, haih, kesian sangat. Semoga cepat sembuh anakku. :)