Rezeki

Isnin, 31 Disember 2012

2012 ---> 2013

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Moga setiap hela nafas diredhaiNYA sentiasa.

Malam ni, malam tahun baru. Banyyyaaaakkk sangat program akan berlangsung. Dalam dewan, luar dewan, atas padang, di dataran, dalam masjid, luar masjid, dalam TV pon banyak jugak. Tapiii, yang paling kita takut ialah program kat dalam semak, program kat tepi pantai, program kat hotel oleh adik2, kawan2 kita yang bukan suami isteri tu. Takuttt sangat. Tunggu 8 - 9 bulan lagi, banyak kes bayi kena buang. Semalam pun dah ada yang kena buang, nampak bayi terapung, tanpa nyawa :(. Wahai adik-adik yang cerdik pandai di luar sana, semoga malam ini diisi dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu bersuka ria hingga tergadai kesucian, hingga tergadai nyawa.

Wahai ibu bapa yang budiman sekalian, jagalah anak amanah dari ALLAH sebaik mungkin. Kita akan disoal terhadap apa yang diamanhkan keatas kita. Ambik tahu kemana anak-anak pergi malam ni. Ambik peduli apa yang mereka lakukan.

Yang terbaik, buat aktiviti berfaedah bersama keluarga. Pergi program sama-sama, balik sama-sama. Jangan sampai ada yang hilang malam ni. Kalau anak-anak tiada di sisi, kena cakna kemana mereka, apa yang mereka lakukan.

Sekarang, macam-macam boleh jadi. Kat rumah sendiri pun dah tak mustahil. Jadi, berhati-hati!


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers