Rezeki
Rabu, 10 Oktober 2012
Kamu Tetap Sahabatku
Di hujung sana,
kulihat satu jiwa muda
yang sedang bertarung dengan aqalnya
memberontak, inginkan kebebasan
mahukan kesenangan
impikan kemanisan dunia yang sementara
Sedangkan dia tahu
bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya
dunia ini hanya tempat persinggahan.
Namun, tetap juga ia mahukan.
Ku rindukan senyuman di bibirmu
Ku rindukan kata-kata penguat semangat darimu
Ku rindukan belaian tarbiah darimu.
Sahabat,
kamu masih punya waktu
Ayuh, u-turn semula
Kembali ke medan tarbiah
Masih ada ruang untukmu
kembali semula ke jalan ini
Ku tahu, kamu malu
dengan apa yang telah berlaku
Ketahuilah sahabat
Walau apapun yang berlaku
Kamu tetap sahabatku