Rezeki

Khamis, 11 Oktober 2012

Memori Silam

Assalamua'laikum

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. :)

Jenguk-jenguk FB. Banyak yang menarik hati. Banyak ilmu berguna. Tak kurang jua yang mencuit hati. Tapi dalam banyak-banyak tu, yang ini sempat di'download' dalam PC. Menarik!



Bila tengok, terus teringatkan ayah. :) Kenangan, walaupun dah lama masa berlalu, tetap terpahat dalam ingatan. :)

Rumah kami, yang lama, hanya ada 1 kipas syiling. Biasalah, rumah kampung. Dalam rumah hanya ada 1 kipas syiling dan 1 kipas meja. Dalam bilik, tak perlukan kipas, sebab rumah tepi bukit. Malam-malam, walau tak pasang kipas, sejuk sampai kena tarik toto. ;p

Ok, berbalik kepada gambar di atas. Suatu hari, kalau tak silap, masa darjah 6. Pada malamnya, buat kerja rumah. Sorang-sorang je kat ruang tamu utama sebelah atas (bayangkan rumah kampung, yang ada 2 ruang tamu. rumah kami ada 3 pintu..huhu.. 1 pintu dapur, 1 pintu masuk ruang tamu utama/ kena naik tangga, 1 lagi ruang tamu  yang bersambung dengan dapur terus).

Masa buat kerja rumah tu, banyak la pulak lambakan buku atas lantai. Dulu mana ada fikir nak meja tulis bagai, kan? So, buat kerja atas lantai gitu je. Tak tahulah pukul berapa terlelap. Pagi esoknya, sedar-sedar dah atas tilam single, siap berbantal, bertoto. hehehe.. Tak delah sama macam dalam gambar tu, ada orang angkat tido atas katil dalam bilik, sebab dari ruang tamu nak masuk bilik, kena turun tangga. Dan salah satu sebab kenapa takkan ada orang kejut, sebab once dah bangun susah nak sambung tidur. :p.

Dan semestinya ayahla yang sediakan semua tu, sebab ayah je yang selalu rajin nak meronda rumah malam-malam. Hehe. Tengok tingkap dah tutup semua ke belum, pintu dah kunci ke belum. Tangok siapa yang tak tidur lagi :)

Rumah kami, pukul 10 malam, dah sunyi. Sebab memang semua orang tidur awal, bangun awal. Huhu. Sampai sekarang, kalau dah pukul 9.30 malam, janganlah nak berharap nak telefon mak. ;p. Dah lama lena.  Mungkin sebab dah terbiasa. Dulu kami kan petani. Siap-siap makan, bekal makanan, terus ke kebun. Pukul 7.30 dah ada kat kebun. :). Makan nasi pun memang dah biasa makan berat pagi-pagi lagi, sebab nak guna tenaga kat kebun kan. Huhu. Sampai sekarang, memang makan nasi pagi-pagi walaupun kerjanya dalam air-cond, duduk atas kerusi,depan PC, layan orang . ;p.

Apapun, kenangan memang indah, kan? :)


Rindu pada ayah membuak-membuak.
Ya ALLAH, tempatkan ayahku bersama hambaMu yang beriman dan beramal soleh.
Lapangkanlah dan terangilah kuburnya..
Aminnn

Al-Fatihah


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers