Rezeki

Rabu, 10 Oktober 2012

Perancangan ALLAH Mengatasi segalanya

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat dan ceria sentiasa hendaknya. :)

Alhamdulillah, Rabu menjelma lagi. Lagi dua hari, cuti semula. :p. Biasalah, bila dah jadi 'orang makan gaji', hujung minggu lah yang paling dinanti. Penat menghadap skrin komputer, duduk di kerusi hampir 7 jam sehari, menaip, menjawab panggilan. Nasib baik "partition" tinggi. Kalau tak, bertambah penat melihat muka orang ramai lalu lalang.;p

Insya'ALLAH, hujung minggu ni keluarga biras dan kakak ipar akan bertandang. Untuk urusan konvokesyen di UPM. Oleh kerana tak jauh sangat dari rumah, maka mereka akan bertamu di sini. Semoga perjalanan mereka nanti dipermudahkan. Nak bawak budak tecik Umar Khalis, wahh, tak sabar nak jumpa. Umar ialah sepupu Ilham. Beza umur 2 bulan je. :). Tak sabar nak tengok Ilham main dengan Umar. :)

PMR telah bermula semalam. Tahun ni, ada dua orang anak buah ana yang akan menduduki PMR. Semoga keduanya mendapat kecemerlangan. :)

***



Raya Aidil Adha kali ni, kami tak balik beraya di kampung. Kemungkinan besar akan beraya di Pontian. Ziarah keluarga angkat zauji, dan sahabat-sahabat beliau. Orang sana belum tengok Ilham lagi. Selalu bertanya khabar melalui telefon saja. Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, sampailah nanti. :)

Cuti dah tak banyak. Kes zauji telah di'refer' ke HUKM. Maka, memang harus menggunakan cuti dengan bijak. Tak dapat nak balik beraya di Kelantan. Raya hari Jumaat. Hmm, pastinya kena ambil cuti awal kalau nak balik Kelantan. Tak cukup cuti. :(. Tak pelah. Insya'ALLAH, hujung tahun ni kami balik. Kebetulan kakak akan bersalin nanti. :). Boleh balik lama sikit, sambung dengan cuti tahun depan. ;p.

***

Kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan. :)

Banyak perancangan kita yang kita rasakan ia terbaik buat kita, namun pada penghujungnya, ALLAH taqdirkan yang lain buat kita. Yang kadangkala kita tak pernah terfikir tentang ia.

~ Sebelum bersalin, untuk cuti tahun 2012, memang dah 'excited' sebab cuti ada banyak lagi. Baru guna 2 hari daripada 25 yang diperuntukan. Dah plan, nanti balik cuti bersalin, akan berada lama di kampung. Tak perlulah nak cuti sebelum bersalin. Lagipun jangkaan bersalin bulan 4, memang bulan 1-3 plan tak balik kampung.

Tapi perancangan ALLAH itu melebihi jangkauan kita. Pada 6 Mac, dapat panggilan dari kakak, suruh balik,  Ayah dalam wad. Sempat ke ofis siapkan kerja, bimbang kalau bersalin awal. Kemudian terus cuti 1 minggu. Kembali semula, teruskan kerja setelah ayah nampak stabil dan dah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 16 Mac 2012, detik bersejarah buat kami. Kembalinya ayah ke rahmatullah. Maka, cuti kecemasan, selama seminggu. Uruskan apa yang patut. Dalam keadaan kandungan telah mencecah angka 9 bulan. :). Bila dah selesai urusan ayah, kembali semula bekerja. Sepatutnya mula bercuti pada 4 April, tetapi sekali lagi balik kampung secara mengejut, kerana ada tanda-tanda nak bersalin. Ambil cuti rehat lagi. :). Maka, cuti rehat yang disimpan pada awalnya (plan nak balik cuti raya lama tahun ni), hampir habis.

Bila difikirkan, nasib baik kami simpan cuti sejak awal tahun. Kalau tak, mesti tak boleh balik lama masa ayah sakit, minggu-minggu terakhir ayah di dunia.

Perancangan kita, ada kalanya, selari dengan perancangan ALLAH, ada kalanya jauh berbeza. :). 

Al-Fatihah buat ayah (Omar bin Arsad). Semoga ayah tenang di sana. Al-fatihah. 


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers