Rezeki

Isnin, 26 Mac 2012

Tenanglah di sana, sementara menanti hari kebangkitan

Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untukNYA, yang tidak pernah putus memberi nikmat dan rahmatNYA kepada kita semua.

Alhamdulillah, hari ini, ALLAH izinkan untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala; ke klinik untuk urusan checkup yang sepatutnya pada 19 Mac lalu, ke Hospital untuk atur semula temujanji doktor dgn suami, masuk ofis selesaikan saki baki kerja sebelum mula bercuti selama 90 hari. (^_~)




DariNYA kita datang, kepadaNYA kita akan dikembalikan.

Pada 16 Mac 2012 (Jumaat) yang lalu, ayah ana, Omar b. Arsad telah kembali ke rahmatullah. Menyahut panggilan Ilahi setelah 68 tahun 4 bulan mengutip bekalan di dunia ini.

Mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah, semoga roh ayah dicucuri rahmatNYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin.

Al-Fatihah...
***

ALLAHu ALLAH.

16 Mac, pulang saja dari klinik, terus makan malam. Jam 9.15 malam. Duk makan-makan dengan zauji, ada deringan telefon. Terkejut juga sebab numb telefon rumah yang tertera pada skrin. Tapi sengaja biarkan dulu, sebab bercadang lepas siap makan, akan call semula. Siap makan, terus saja call numb rumah di Kelantan, tanpa sempat membasuh tangan terlebih dahulu. Pelik, sebab 'line busy'. Call telefon mak. Kakak yang numb 2 jawab. Dia seakan kelu, dan dalam keadaan masih tekejut dia cakap :"Wa, ayah dah tak ada".

~ kejutan buat ana juga. Seakan mimpi. Berulang kali tanya kakak, betul ke? Lepas tu kakak pun cerita. Tak sampai 5 minit, terus putuskan talian. Ana masih tidak berganjak. Masih terkejut. Pandang je wajah zauji yang baru siap basuh pinggan kat dapur. Zauj datang dekat baru macam 'tersedar'.. Cakap pada zauj "Ayah dah tak ada".

Segala persiapan balik, zauj yang uruskan. (Masa ni ana duk fikir dan berharap kakak akan call semula dan bagitahu, ayah cuma hipo/pengsan). Tak tahu apa dalam kepala. Nasib baik zauj tak jadi macam ana. Heeee. Kalau tak, dua2 duk bersimpuh je kat ruang tamu tu, tak buat apa-apa. (^_^).

Siap angkut semua barang, jam 11 malam kami bertolak balik Kelate.Tak pernah lagi rasa macam tu. Pelik je rasa. Sepanjang perjalanan balik tu, memang sentiasa berharap kakak akan call semula, bagitahu ayah dah sedar. Hadoi, macam mimpi je semua ni. Waktu solat Subuh di Gua Musang, barulah ada air mata yang keluar. ALLAH. Masa tu doakan arwah ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Menangis tak nak henti. Macam baru sedar dari mimpi. Baru dapat rasakan macam mana perasaan kehilangan orang yang tersayang. Ana tak pernah rasa macam ni. Sebab sepanjang hidup selama hampir 24 tahun ni, memang saudara jauh2 je yang meninggal. Ahli keluarga dekat2 dan rapat, memang tak ada. Bila sekali jadi macam ni, tak tahu nak cakap macam mana perasaan.

Tapi bila dah sampai rumah, tengok jenazah ayah, rasa gembira. Tak tahu kenapa, cuma terdetik dalam hati : "dah selesai urusan ayah di dunia ni. dah tak perlu sakit-sakit kena cucuk jarum, cuci darah, jatuh tersungkur atas lantai, atas tanah. Semoga arwah ayah tenang di sana". Bila tengok ayah, pegang tangan ayah, memang sedih. Tapi semua tu tetap perlu kita lalui. Samada cepat atau lambat, kita semua tak boleh lari dari fitrah sebuah kematian. Bila mak dan kakak cerita betapa mudahnya ayah meninggal, hati ni seakan menangis kegembiraan. Syukur pada ALLAH. Kerana permudahkan urusan ayah. ALLAH dah bagi kerehatan pada ayah. Kita yang masih dipinjamkan masa dan nyawa ni, perlu teruskan kehidupan. Kutip bekalan, teruskan perjuangan. Kalau dah sampai masa, takkan lewat atau awal walaupun sesaat.

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat kesayangan sekalian diatas doa dan sokongan yang tak berbelah bagi. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Sehingga bertemu lagi dilain masa, wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers