Rezeki

Khamis, 15 Mac 2012

Lembaran Kehidupan

Assalamua'laikum.

Sedikit rancak menaip di laman sesawang dalam beberapa hari ini. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang. Apa khabar sahabat-sahabat diluar sana ya? Moga sihat dan ceria sentiasa hendaknya.

Kadang-kadang ALLAH uji dengan sedikit kesakitan. Moga jadi kifarah.



Minggu lepas, pada 6 Mac, mendapat panggilan dari kakak di Kelantan. Seawal jam 6 pagi! Masa tu, macam pelik je. Selalunya mak je yang telefon pagi-pagi macam ni. Bila jawab, memang agak terkejut dengan apa yang kakak sampaikan.

Mulanya kakak sekadar berbasi-basi. Tanya bila nak balik Kelate. Haih, rasa dah bagitahu banyak kali. Kakak pun macam kelu je, tak tahu nak cakap. Terus desak dia bagitahu perkara sebenar. Kemudian barulah kakak bagitahu : "Mak cakap kalau nak balik, baliklah. Ayah duk hospital lagi. Tak teruk pun. Saja nak panggil balik".

Kakak ana memang sangat tidak pandai nak menipu. (^_~). Memang dari dulu, mak dan ayah bukanlah yang senang-senang je nak panggil anak balik rumah melainkan kes yang betul-betul penting. Bila kakak dah bagitahu macam tu, terus tak senang duduk. Lepas solat, terus bincang dengan zauj, nak balik Kelate.

Dalam pukul 6.30, dapat keputusan. Memang akan terus bergerak ke Kelate pada pagi tu jugak. Nasib baik semalam dah rendam bihun n prepare barang-barang nak masak untuk sarapan. Maka, terus saja sediakan bekal untuk dimakan dalam perjalanan. Pagi tu kena masuk ofis dulu, selesaikan kerja. Bimbang juga kalau bersalin awal. Ialah, sekadar persediaan. Maka, kena settlekan kerja di ofis, dan inform pada bos. Dalam jam 12.00 t/hari, kami bertolak pulang ke Kelate.

Jalan agak lengang, mungkin kerana hari minggu. Alhamdulillah, jam 7 petang kami selamat tiba di Kuala Krai, Kelantan. Terus ke Hospital Kuala Krai, jenguk ayah dan mek.

ALLAHu ALLAH.

Sedih tengok keadaan ayah. Badannya sangat-sangat lemah. Pandang orang pun macam tak ada perasaan. Huu. Bila ayah angkat tangan, nak tongkat dagu, tangannya menggigil. Mak cakap, nurse dah bagi air gula n inject air gula dalam badan ayah. Mulanya memang naik jadi 8. Tapi lepas tu turun jadi 1.9. Nurse pun dah tak tahu nak buat macam mana. Ayah jadi hipo, sebab tak ada gula dalam badan dia. Masa kami sampai tu, ayah memang tak nak bercakap. Mak cakap, memang dah 2,3 hari ayah tak nak cakap dengan orang. Sebab tu mak minta kakak inform pada ana n kakak yang duk kat Gemas suruh balik. Risau kalau ada apa-apa yang bakal terjadi.

Tapi, alhamdulillah, hari kedua, ayah dah bertambah baik. Ayah dah kenal orang, makan pun penuh berselera. (^_~). Mungkin sebab semua anak dah balik Kelate. Alhamdulillah. Syukur padaNYA.

Hari ke-3 ana di Kelate, ayah dibenarkan pulang. Percaturan ALLAH, ayah saudara ana telah meninggal pada hari yang sama. Arwah adalah suami kepada adik Mek ana. Arwah meninggal dalam tidur. ALLAH bagi peluang untuk ana dan zauj ziarah arwah buat kali terakhir dan membantu urusan pengebumian.

Hari ke-4 ana di Kelate, kami ke KB pula. Memandangkan kesihatan ayah dah agak stabil, maka dapatlah kami pulang ke rumah zauj. Alhamdulillah, kedua ibu dan ayah mertua sihat walafiat. Kebetulan kakak ipar pun ada di Kelate, cuma adik ipar saja yang tidak pulang bercuti. Walaupun hanya berpeluang berada di KB selama 2 hari 2 malam sahaja, ia tetap menggembirakan hati kami. Dapat juga bersama keluarga di kedua belah pihak. (^_~). Kebetulan minggu lepas, banyak program berlangsung di Kelate. Pada hari Sabtu, sempat menjejakkan kaki ke Kelantan Trade Centre (KTC), mendengar forum yang best! Ramai sangat orang, dan jalan penuh sesak. Kerana pada masa yang sama, perlawanan bola sepak antara pasukan Red Warrior dan Kuala Lumpur sedang berlangsung. Suara dari stadium, memang sangat meriah. Bak kata orang Kelate: Gege Gepok. Hehe

Habis forum, kami terus gerak ke Kuala Krai pula. Jam menunjukkan angka 12.00 t/malam. Sedikit lapar, singgah di kedai makan sebelah stesen minyak Caltex di Wakaf Che Yeh. Pada asalnya, tak nak makan apa-apa. Sekadar nak teman zauj saja. Tapiiiii, bila tengok tukang masak kedai tersebut, terus saja terbayang-bayang mee tomyam yang sedap! =P. (tukang masak ada ciri-ciri orang Thailand. Cara berpakaian, raut wajah). Maka, bila tuan kedai datang ambik order, selesai saja zauj order air n roti canai, ana terus order Mee Tomyam. Heee. Ternyata, memang jangkaan ana tidak silap. Sangat Sedap!! Dah lama tak makan tomyam sesedap itu. Yelah, kat kota konstantinopel malaysia ni, mana nak dapat makanan yang sedappp n  murah macam kat Kelate, kan? Mee tomyam tersebut penuh satu mangkuk, lauknya banyak : ada udang besar 2 ekor, sotong 1 ekor, dan hirisan-hirisan ayam yang fresh. Harganya cuma RM4.00 saja.. Heeee.. Best kan? Kepada penggemar tomyam, kedai tersebut boleh dijadikan pilihan ya. Betul-betul sebelah stesen Caltex di Wakaf Che Yeh. =P. Kedai tersebut dibuka sehingga jam 2.00 pagi, sebab lepas tu tuan kedai akan berniaga di pasar malam Wakaf Che Yeh pula. (Berdasarkan temu bual zauj dengan tuan kedai tersebut).(^_~)

Sampai di Kuala Krai, jam 2.00 pagi. Masa tu anak buah dan mek belum tidur lagi. Jaga ayah. Kebelakangan ini, ayah memang selalu sangat berjaga malam, dan tak boleh duk diam. Asyik nak berjalan. Mek cakap, mungkin sebab dah 5 hari duk dalam wad, asyik baring je, tu yang dia jadi macam tu. Lenguh badan.

Keesokan harinya, jam 12 t/hari kami bergerak pulang ke kota konstantinopel Malaysia. Jalan jem. Terutama bila dah masuk lebuhraya Karak. Kebetulan pula hujan turun membasahi bumi, tak boleh nak laju sangat. Dan akhirnya, jam 10 malam, kami selamat sampai di rumah. Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA. Kerana telah melindungi kami sepanjang perjalan pergi dan kembali. Memberi peluang kepada kami untuk bertemu keluarga di kampung. Insya'ALLAH, 3 minggu lagi bakal kembali ke Kelate, untuk jangka masa yang agak lama pula. (^_^). Moga dipermudahkan segalanya.

***

Panjang betul coretannya. Sekadar catatan untuk kenangan sendiri.

Perkembangan k.Dila:
Alhamdulillah, sekarang beliau dalam keadaan stabil. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Temerloh (kampung halaman beliau). Sebelum ni, doktor ada gunakan 1000 ekor ulat untuk makan daging dan tisu yang rosak. 500 ekor digunakan untuk setiap sesi. Sekarang memang tempat yang kena gilis tu, dah tak ada daging langsung. Nampak tulang. Tapi alhamdulillah, tak perlu potong. Mohon doakan beliau, agar terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih.

DIA INSAN ISTIMEWA

Dia yang kukenali,
seringkali tersenyum dalam apa jua keadaan.
Walau sakit, sedih, kecewa apatah lagi gembira,
wajahnya sentiasa dihiasi senyuman yang manis.

Dalam tangisan dan sendu,
masih disulam dengan senyuman menawan qalbu.

Sakit yang ditanggung,
dia hadapi dengan tabah.
Moga segala yang berlaku,
menjadi kifarah.

Kusentiasa merinduinya, kak Dila ku sayang.
Naqibah yang telah banyak mengajarku erti kehidupan.
Yang telah membimbingku hingga menjadi seperti sekarang.

"Andai ingin berubah, jangan pernah bertangguh. Bimbang kalau ALLAH tarik semula kekuatan tu. Adaa tak boleh lemah" - pesan dari k.Dila suatu ketika dahulu, (^_~)

Terima kasih ya ALLAH.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers