Rezeki

Rabu, 28 Mac 2012

...Sujudlah PadaNYA Dengan Penuh Rasa Kehambaan...

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya.

Kebelakangan ini, akhbar sering memaparkan kisah-kisah penculikan, pembunuhan yang menyayat hati. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita, bagaimana seorang manusia sanggup melakukan perkara sedemikian kepada seorang manusia yang lain.

Kes penculikan dan jenayah rogol juga semakin kerap terjadi di kalangan kita pada hari ini.

Sudah hilangkah rasa belas didalam hati makhluk bernama manusia sekarang? Dimanakah letaknya nilai sebuah kehidupan dan nyawa sesama manusia?

Mengapa perkara sebegini terjadi dalam masyarakat hari ini?


ALLAHu ALLAH.




Manusia semakin alpa. Manusia semakin lupa. Bahawa dunia hanya tempat persinggahan sementara. Lupa bahawa setiap perkara yang dilakukan, hatta sebesar biji sawi sekalipun, pasti akan mendapat pembalasanNYA. Mungkin ramai yang terlepas dari hukuman di dunia, namun harus disemat didalam fikiran, bahawa mahkamah Akhirat tidak akan mampu dilepasi sewenang-wenangnya.

CCTV ALLAH ada dimana-mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Disaat itu, kita tidak akan dapat menyorokkan muka dari ALLAH. Sekarang, masih mampu tersenyum gembira diatas kejayaan melepaskan diri dari hukuman dunia, mampu menundukkan sistem kehakiman yang ada. Tapi, ingatlah... Suatu masa nanti, dihari pembalasan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Segala kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan penuh adil dan setimpalnya.

Dengan masa yang masih bersisa, ayuh kita sama-sama menyerahkan diri kepadaNYA. Dia, Tuhan yang maha kuasa, yang maha Pengampun, yang maha Penyayang. Sujudlah padaNYA dengan penuh rasa kehambaan. Betapa hinanya kita, hamba yang penuh dengan palitan dosa. Setiap masa, pasti akan melakukan kesilapan, samada kepada sesama makhluk mahupun terhadapNYA. Antara sedar atau tidak.

Ayuh, jangan membuang masa. Hidup ini, bakal berakhir pada bila-bila masa sahaja. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Cuma kita yang tidak mengetahui titik noktahnya. Sampai masa, akan pergi jua. Selagi masih dipinjamkan masa dan nyawa, usah diulang kesilapan semalam. Jangan abaikan perintah Tuhan Sekalian Alam. Tunaikan kewajipan sebagai hamba dengan sebaiknya. Taatlah perintahNYA, jauhilah laranganNYA. Contohi peribadi rasul junjungan. Berbaktilah kepada kedua orang tua, sementara mereka masih ada. Berbuat baiklah sesama manusia. Moga redha ALLAH mengiringi kita, menjadi bekalan untuk ke SyurgaNYA.

Salam sayang buat semua,
berpesan-pesan sesama kita. Moga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.


~ Al-Fatihah buat ayahanda tercinta (Omar b. Arsad) yang telah kembali rahmatullah pada 16 Mac 2012 yang lalu ~

Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers