Rezeki

Selasa, 10 Januari 2012

Terkenangkan Kampung Halaman Yang Indah Permai.. (^_^)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat hendaknya. Kepada yang sudi meluangkan masa menjengah blog ini, terima kasih ana ucapkan. Blog ini, tak banyak yang mampu dikongsi. Hanya sekadarnya sahaja.


Kepada yang nak merasa hidup sebagai anak kampung, bolehlah membaca sambil menggambarkan suasana. Hari ini, ana tertarik nak berkongsi tentang kampung ana. (^_~). Terdetik cemburu tatkala membaca blog sahbiah (k.Leen) yang bercerita tentang air bukit. Wahhh, tengok tajuk pun dah buat ana tak keruan. Hehe. Teringat kenangan lama. Membesar di kampung sebagai kanak-kanak yang nakal. :p. Baiklah, pengembaraan bermula. (^_^).

Rumah ana terletak di kaki bukit. Belakang rumah ada tanah yang luasnya lebih kurang satu ekar. Tepi rumah sebelah kanan, ada rumah jiran. Sebuah rumah saja. (Rumah kampung, memang jauh jaraknya.) Diantara rumah kami, ada kebun buah. Ada buah rambutan, langsat, nangka. Hmm, juga pokok pinang yang tinggi. Pokok ni sangat bahaya. Bila muslim tengkujuh, angin kuat. Pokok pinang ni selalu je nampak macam nak tumbang dan menghempap rumah kami. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang, pokok pinang ini masih berdiri teguh di tepi rumah kami. Hehe. Di hadapan rumah kami ada kebun getah. Luasnya, hmm, ana anggarkan lebih kurang 2 ekar. Tepi rumah sebelah kiri pula, ada tanah seluas 2 ekar. Milik datuk angkat ana. Dulu kat tanah tu ada tanam pokok getah. Tapi sekarang dah tak ada pokok getah, tukar dengan pokok kelapa pandan. Tapi seekar je tanam pokok kelapa. Yang seekar lagi, tanam pokok getah semula.

DULU (1995 - 1999)

Ini tahun-tahun yang ana masih ingat. Tahun 1995, ana baru darjah 1. Waktu ni, orang kampung masih giat mengusahakan penanaman padi di sawah belakang rumah jirang kami, di sebelah kanan. Suka sangat bila orang membajak. Hehe. Masa ni, ana baru nak mula berkawan. =p. Sebelum ni, hanya tinggal di rumah, bersama kakak-kakak yang sudah besar. Tak tahu nak main apa, mereka dah sekolah menengah, sedangkan  ana masih kanak-kanak yang comel dan lincah. (^_~). Maka, waktu ni, mek memberi ruang kepada ana untuk meneroka kampung. Hehe. Bila orang duk sibuk nak membajak, ana dan kawan-kawan yang lain, sibuk juga menahan ikan. Oh, bahagia. Cari je mana-bana bakul jarang yang nampak macam mek dah tak sayang. Kalau dapat yang besar, lagi bagus. (Kadang-kadang tu, guna je walaupun mek masih sayang, nanti balik, pandai-pandai lah mintak tolong kakak basuhkan. Dan bersedialah untuk mendengar ceramah umum dari cik kakak yang sulong. :p ) Ok, bila dah dapat ikan, bagi pada kawan-kawan. Suka sangat tangkap ikan kat sawah ni. Lintah pun sangat banyak. Tapi masa ni, tak geli sikit pon dekat lintah-lintah tu semua. Setakat lintah tu, pegang macam tu je. Sekarang, haa, memang tak boleh tengok lah lintah dan pacat yang meliuk lintuk tu. gelisss.

Seterusnya, masa tahun 1996, Ana dapat anak buah. Masa ni, ana dah kena kerah ke kebun. Kena tolong tanam sayur. Sangat penat. Tapi kan, sebenarnya ana tak tolong banyak pon. Duk main air sungai je banyak. Hehe. Almaklum saja bila kanak-kanak cimel jumpa air. Huh, tak dapat nak gambarkan perasaan. Darjah 2, dah pandai buat pancing sendiri. Hehe. Beli tali tasi kat kedai, baru 20 sen. Mata kail pun dalam 20 sen boleh dapat dah. Kayu mintak ayah carikan. Kalau malas nak mintak ayah carikan, ambik je botol air. Ikat di kepala botol tu, dan lilit je tali pada botol. Jangan lupa letak mata kail. Hehe. Bila sampai je, terus pergi sungai, letak pancing. Sejam lepas tu, datang tengok hasil. Walaupun kadang-kadang tu dapat anak haruan besar dua jari je, tapi, suka sangat. (^_^). Kami jarang makan ikan yang ana pancing. Biasanya bela je walaupun sesekali dapat ikan yang besar-besar.

Teringat pula kenangan masa kat kebun. Oh ya, lupa nak bagitahu. Bila dah ada anak buah ni, ana jarang dah main dengan kawan-kawan. Nak jaga anak buah pulak. Malah, bila pegi kebun pun, memang bawak anak buah. Masa anak buah umur 6 bulan, memang dah dibawa ke kebun. Mek buatkan buai untuk anak buah. Bawa tikar, bekal susu semua. Ana la yang menghayun buaian tu. Sambil-sambil mendodoi anak buah yang suka tidur tu, ana sempat lagi tangkap pepatung. :p. Kadang-kadang dengan kekreatifan yang ada, ana buatkan buai untuk semut-semut sekali. Hehe. Guna je daun-daun dan ranting-ranting kayu. Ikat-ikat dengan benang, pastu letak la semut atas buai yang comel tu. :p

Bila anak buah dah besar sikit, ayah buatkan pondok kecil. Tapi, tak best sangat pondok tu, sebab banyak nyamuk. Maka, lebih banyak masa dihabiskan kat tempat lama, bawah pokok.

Tahun 1997, dapat seorang lagi anak buah. Alhamdulillah, bertambah dah anak buah ana. Mulanya, memang masih lagi bawak kedua-dua anak buah ni ke kebun sepertimana masa anak buah masih seorang. Masa ni, ana sukalah, sebab yang seorang tu dah pandai nak jadi kreatif macam ana juga. :p. Boleh bawak main air sungai. Hehe. Suka la dia boleh main air. Jadi budak kampung macam ana. (^_~). Tapi tak lama lepas tu, ayah ambil keputusan untuk tanam sayur belakang rumah kami je. Yang ana duk bercerita panjang lebar kat atas tadi, kebun sayur yang lama. Kami sewa tanah orang.

Belakang rumah kami tu, asalnya macam hutan kecil. Pokok kayu hutan yang besar-besar. Ada macam-macam haiwan ada. Yang ekor pendek tu pun selalu keluar masuk. Huhu. Dulu kan nak sewa jentolak semua ni, sangat mahal. Tapi alhamdulillah, dah beberapa kali duk bercucuk tanam atas tanah orang, ada rezeki lebih, ayah pun sewa jentolak untuk buat kebun kat belakang rumah pula. Masa ni, sangat best. Hehe. Pergi habiskan buah samak, Sebab pokok dah nak kena tebang. Makan sampai puas.

Ok, bila kebun dah pindah belakang rumah, mula bercucuk tanam semula. Lagi senang kerja kami. Dekat. Ana pun jaga anak buah kat rumah je. Pernah sekali, masa ana darjah 3, rumah kami rosak sebab ribut kuat. Bumbung rumah hilang separuh. Buku teks sekolah memang rosak, sebab kan air hujan. Masa tu takut sangat kalau-kalau cikgu marah. Kalau tak silap, dalam 2 tahun juga ana fobia dengan bunyi hujan atau angin kuat. Kalau tengok langit gelap, mendung. Memang ana tak berenggang la dengan kakak atau mek ayah. Fobia. Sebab masa kejadian, ana dan anak buah serta kakak yang sulong ada dalam rumah. Ingat lagi, masa tu, kami dah tak tahu nak pergi mana. Tengok bumbung tu dah terangkat sikit-sikit. Takut sangat. Angin kat luar pulak sangat kuat. Pokok getah depan rumah macam nak tumbang je. Dahla gelap. Memang tak pernah lagi tengok angin angin kuat macam tu. Mek ayah masa tu pergi kebun. Masa angin kuat tu, memang kami dah tak tahu nak buat apa. Duk berlari dalam rumah je. Sekali, bunyi kuat, air hujan masuk. Bumbung dah tak ada. Kami berlari naik ke ruang tamu atas. Takut sangat. Tak lama lepas tu, barulah angin reda. Hujan pun tak lebat sangat. Mek cakap, masa dekat kebun dia tengok macam ada angin taufan, warna hitam. Dia nak berjalan pun susah. Macam kena tolak. Memang kenangan betullah. Huhu.

***

Hmm, penat menaip. (^_^). Sampai di sini saja ya. Dapat rasai suasana kampung? :p

Mungkin kalau ana ingat dan rasa bersemangat nak menaip cerita tentang kampun lagi, ana akan sambung. (^_^). Bila, wallahua'lam. Hee.

Ok, jom solat Zohor. Assalamua'laikum
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers