Segala puji dan puja untukNYA, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita pada hari ini. Apa khabar semuanya? Moga dalam kalungan kasih sayang dan perlindungan ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Alhamdulillah.
9 Januari 2012 - 15 Safar 1433 - Isnin
Hari ini menemani zauj ke Hospital. Sepertimana kebiasaan, tempoh menunggu tidak kurang dari 30 minit. (^_^). Sabar menanti giliran. Kami tiba di sana lebih kurang jam 8.15 pagi (setelah berpusing-pusing mencari parking). Masa tu dah ramai yang beratur. Nombor giliran kami ialah 3207. Manakala nombor yang sedang dipanggil sekarang ialah 3052. Hehe, kena banyak-banyak bersabar ya. Biasalah, tempat tumpuan. Memang ramai sangat orang. Nasib baik prut telah diisi, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Menunggu dan terus menunggu.
Kadang-kadang tersenyum sendirian melihat gelagat orang sekeliling, lebih-lebih lagi bila tengok budak kecil. Alahai, comel je. Ada sorang budak lelaki ni, umur lebih kurang 2 tahun (rasanya), sangat excited dia bawak kuih pau. Hehe, plastik tu dah nak mencecah lantai, tapi memang semangat betul tengok dia bawak. Sambil mulut dia tak henti-henti berceloteh. :p. Comel sangat. Laju je jalan, berhenti kejap, pandang belakang tunggu neneknya datang. Lepas tu jalan laju-laju lagi. (^_^). Ada bayi perempuan dalam kereta sorong. Alahai, sangatlah solehah. Pandang kiri kanan, mulut tak bunyi apa pun. Hehe. Tangan pun tak bergerak-gerak. biasanya budak kecik kan suka gosok mata, tarik-tarik kain semua. Tapi dia sangat cool. (^_~).
Pandang kiri, pandang kanan. Bila kita pergi hospital. Memang banyak peluang untuk muhasabah. Ada orang sakit tangan, ada yang sakit kaki. Ada yang cakap sorang-sorang, ada yang tak bercakap langsung. Semuanya ada cerita tersendiri. Perit, sakit. Kita yang masih sihat, harus ambil iktibar dari sekeliling.
Bila ALLAH bagi rasa sakit, barulah kita nak mensyukuri nikmat sihat. Bila dah kehilangan, barulah kita sedar, betapa indahnya sewaktu ia masih ada. Sering, itu yang terjadi. Kita, sangat jarang bersyukur.
***
Tadi jumpa doktor, dapatkan hasil ujian endoskopi yang dijalankan bulan September tahun lepas. Tapi, doktor pun masih tak dapat berikan jawapan. Semuanya tak ada masalah, tapi zauj masih macam dulu. Maka, ujian lain pula yang akan dijalankan. Temujanji seterusnya ialah pada 9 dan 16 Mac nanti. Moga ALLAH permudahkan segelanya.
***
Beberapa hari ni, cik baby sangat suka main-main dengan ayahnya. Amboi-amboi, suka sangat ya bila ayah balik. Hehe. Nak main sokmo. Semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah. Minggu ni ialah minggu membeli belah. Suka tengok zauj yang 'excited' belikan barang-barang untuk bakal anaknya. Nanti nak kena bawa balik barang-barang ke Kelantan. (^_^). Tinggalkan barang-barang yang penting je atas kereta. Makin berdebar. Semoga ALLAH permudahkan.
Rasanya sampai di sini saja. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, melimpahkan rahmat dan redhaNYA ke atas kita.
Sekian, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *