Apa khabar semuanya? Moga sihat-sihat saja hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.
Berhari-hari tidak mengupdate blog. Ada tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Hari ini, telah bertarikh 18 Jan 2012. 18 hari berada di tahun baru. Sekejap saja, bukan? Masa semakin cepat, kematian semakin dekat, apakah masih ada masa untuk terus membuang masa? ALLAHu ALLAH.
Mati itu pasti! Tiada sesiapapun yang mampu menolaknya. Walau tiada tarikh yang jelas tentang kematian kita, namun, harus diyakini dengan sepenuh hati, bahawa ia pasti berlaku. Bila-bila masa.
Semalam, medapat perkhabaran dari sahbiah seangkatan. Suami kepada sahabat beliau baru saja menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 2 minggu cedera akibat kemalangan. Arwah dan sahabat tersebut baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 17 Disember 2011 yang lalu. Dan semalam, pada tarikh 17 Januari 2012, genap sebulan usia perkahwinan mereka, ALLAH takdirkan perpisahan yang abadi. Si suami menerima panggilan dari Ilahi. Meninggalkan isteri yang baru sebulan dikahwini.
ALLAH, sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Peringatan bagi yang masih punya nyawa.
Ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat! ALLAH takkan bagi sesuatu ujian yang melebihi kemampuan hambaNYA. Itu juga pasti!
Walau tak pernah mengenali kedua-dua mereka, namun hati ini sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Bagai dapat sama menyelami hati seorang isteri. Terbayangkan saat menemani zauj yang terlantar di katil hospital, terasa kenangan bersama zauj pada tahun lepas kembali semula menerjah fikiran ana.
Namun , ketabahan Kak Fiza sangat dikagumi. Semoga beliau terus dilimpahi rahmat dan segunung ketabahan mengharungi hari-hari yang bakal dilalui.
Emel terkini dari Kak Fiza yang diterima pagi tadi :
Salaam. Terima kasih yg tidak terhingga atas kunjungan hebat semua shbt2, dr dekat dan jauh, mengiringi urusan pkebumian Allahyarham suami ana dunia akhirat insyaAllah..(yg ana syg, tp Allah lebih syg dia).
Alhamdulillah, terasa sgt dpmudahkan sgl urusan setakat ini.Meskipon hanya 17 hari bsama2 Allahyarham dlm keadaan sihat, tlalu byk kenangan yg ditinggalkan. Seperkara ttg Allahyarham yg bole ana kongsikan adalah allahyarham sgt suka bkongsi ilmu dan x pnah mnolak pmintaan tazkirah dr isteri. D hari kemalangan, allahyarham bgn awal pg berqiamullail, sambil ana masak utk sarapan n bekal Allahyarham. Kami subuh bjemaah dan buat ptama kali berjemaah solat dhuha..(biasanya buat sendiri2)... AllahuAkbar! AllahuAkbar!
Moga kita dpt mengambil iktibar dr setiap yg blaku, dan kekal istiqamah dlm pjuangan Islam dan mdoakan shbt2 lain juga istiqamah, dlm keadaan ringan atau berat, rajin atau malas, kaya atau miskin, sihat atau sakit, lapang atau sibuk..amiin...
Truskan sama2 berdoa spy ketenangan dan kesabaran trus mengisi hari2 yg bakal dilalui oleh semua yg terlibat terutama isteri allahyarham..
WAllahualam
***
Al-Fatihah buat allahyarham Cikgu Fikri (Mohd Fikri bin Ismail). Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *