Rezeki

Isnin, 5 Disember 2011

Bila jari mula menari...

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Moga dalam kalungan kesihatan yang baik hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.



Sedikit coretan perkongsian : pagi tadi ke Klinik Kesihatan. Ada temujanji bulanan. Untuk kali pertama, zauji dapat tengok 'anaknya'. Senyum terukir diwajah seorang bakal ayah. Doktor menerangkan kedudukan bayi dan menunjukkan bentuk tubuh si anak. Ayahnya mendengar dan melihat monitor dengan wajah berseri-seri. *excited*. Ana pula duk pandang saja wajah bakal ayah tersebut. Senyum sendirian. Melihat kegembiraan seorang suami yang teruja dengan perkembangan anak yang bakal lahir, menguntum senyuman dalam diam. Bila dalam kereta, zauji duk cakap "nampak jari baby tadi". Hehe.. Comel je zauji ni.. Siap tunjuk lagi, anaknya tunjuk 5 jari kat dia.. (^_~). Paling tak tahan, bila zauji sempat mengusik, "tadi baby buat 'peace'.."Hehe, tergelak ana dengar.. Pastu ana cakap kat zauji : 'mesti terikut-ikut dengan Wa, suka sangat buat 'peace'.. :p. Macam-macam.

Dulu, hanya berkongsi rasa dengan bakal-bakal ibu. Seronok dengar mereka bercerita tentang anak-anak. Seronok dengar mak cerita pengalaman mengandungkan ana. Sekarang, ALLAH bagi peluang merasainya sendiri. ;). Alhamdulillah, nikmat kurniaanNYA, tiada bandingan. Memikirkan amanah yang bakal diberi. kadang-kadang risau juga. Ia, memang risau. Apapun, kebergantungan kepada ALLAH, harus menjadi tonggak. Semoga dipermudahkan segalanya.

Meninjau-ninjau blog sahbiah-sahbiah seangkatan, beza dalam sebulan dua. :). Bila jumpa nanti, mesti siuh. Tahun depan, alumni kami bakal menerima kehadiran 4 orang anak buah baru. (^_~). Tak sabar rasanya nak jumpa dengan Cik Farah, Cik Jannah, Cik Khalidah, Puan Dayah aka Angah. Hehe.. rindu sangat pada kalian. (^_~). Moga ALLAH permudahkan urusan pertemuan kita semua. (baby dah bagi hint ni, makcik-makcik kena doakan baby jadi anak soleh ya) :).

Kepada Cik Isma sayang.. Haih, nanti adik buat list lah untuk akak ya.. Hehe.. Makciknya dah terlebih excited ni. Macam-macam nak beli untuk baby ya? Murah betul rezeki baby.. :). Alhamdulillah.

Baiklah.. Nampaknya sampai di sini dulu pertemuan kita untuk hari ini. Semoga ALLAH meredhai segalanya. Ilal liqo'.. Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers