Apa khabar semuanya hari ini? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya. :). Kami, alhamdulillah, sihat seadanya dengan izin ALLAH.
Hari ini sudah bertarikh 1 Disember. Bulan terakhir di tahun 2011. ALLAH, pantas masa berlalu. Kadang-kadang tak sedar pun. Tengok-tengok kalendar, dah bulan 12.
Banyak perkara bermain di fikiran. Semuanya berlumba-lumba nak keluar, :). Tapi apakan daya, ada saja yang menghalang. :P. Apa nak jadi dengan Puan Syuhada ni? :p.
***
Pertamanya, tentang ayah. :). Alhamdulillah, kesihatan ayah makin baik. (baik cara orang berumur). Cuma demam tu belum kebah sepenuhnya lagi.
Keduanya tentang sahabat. Nak ucapkan terima kasih kepada semua, atas doa yang tak putus-putus. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua. :)
***
Sepertinya nak minta undur diri dulu. :). Nanti, ada masa, kita jumpa lagi.
Wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *