Apa khabar sahabat sekalian? Macam mana kesihatan iman hari ini? Baikkah? Semoga dalam lembayung rahmatNYA sentiasa. :). Kami alhamdulillah, sihat walafiat. Syukur padaNYA atas nikmat dan kurnia yang tak pernah putus.
Hari ini, 9 Disember 2011 (Jumaat). Insya'ALLAH, jam 9.15 malam nanti, ana ditemani cik adik kecil molek, akan kembali ke kampung halaman. Di mana?? Mana lagi kalau bukan Kuala Krai, Kelantan. :). Perjalanan yang akan ditempuh, lebih kurang 8 jam. :). Moga dipermudahkan segala urusan. Hmm, dapat seat tingkat atas. Rasa macam nak pujuk rayu kakak yang jual tiket tu supaya tukarkan seat ke tempat duduk bawah. :p. Tapi, memang melampaulah kalau ana buat macam tu, sedangkan memang dah tahu hakikat yang seat bawah tu dah penuh, dan kita yang beli tiket saat-saat akhir ni memang tak ada pilihan! Hehe.. Kalau buat jugak???! Nak kena 'sound' dekat akak tu ke Puan Syuhada oii? :p Maka, nak tak nak, terima hakikat ye Puan! :) (but, still berharap, semoga ada orang lembut hati tukar tempat duduk dengan ana nanti.. Doa, doa.. :) )
***
Mulanya rancang untuk balik minggu lepas, kebetulan masa tu zauji balik sini... tapi, takdir ALLAH, zauji kena astma, dan demam serta selsema. Maka.. Terpaksa batalkan rancangan asal. Minggu ni balik dengan cik adik kecil molek je, sebab zauji memang tak dapat teman. :).
Beberapa hari ni, dah terbayang-bayang gulai ayam kampung masakan bonda tersayang. Etok salai pon sodap nih. Hehehe... Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, pukul 4.00 pagi esok akan mendarat di Kuala Krai.. :p. Pukul 8.00 pagi tu dah boleh serbu pasar tani di Guchil. (^_~). Lompat tikam, cream puff, etok... Haih, makan je ye?
Mr. Zauji kecintaan, sabar ya. Nanti cuti raya Cina, kita balik sama-sama... Nanti Wa belanja minum air kelapa pandan banyak-banyak. Kita pi Telekong, ambil buah kelapa free banyak-banyak. Minum puas-puas. Cedapnyaaaaaa... (^_~)
***
Mohon doakan kami selamat pergi dan kembali ye. Terima kasih. Jaga diri, hiasi peribadi. Ayuh cari redha ALLAH dalam setiap perkara, tak kira masa. Moga ALLAh berkati segalanya.
Sehingga bertemu lagi dilain masa, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *