Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. (^_~)
Beberapa kali ditanya, kemana menghilangnya tuan blog Sesuci Kasih Ilahi seminggu dua ni. Sihat atau tidak. Hehe, hanya membalas dengan senyuman. Ana, sihat alhamdulillah. Cik adik kecil molek juga sihat alhamdulillah. Encik Zauj juga sihat. Cumaaa, tak berapa rajin untuk 'up-date' blog. Uhuk. Bila datang angin tak rajin ni, haa, memang masalah beso le, kata encik Zauj. ;p
***
Minggu lepas, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah diumumkan. Salah seorang anak buah ana pun terlibat sama. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH. Beliau dapat keputusan yang cemerlang. Menitis juga airmata ni bila dapat tahu result beliau. Hee.. Abe Amiey, Suwa kaloh ko abe Amiey.. =p
Nampaknya, anak buah sudah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Semoga adik-adik yang lain akan ikut jejak langkah Abe Amiey. Aminnn. (^_^)
Hmm, nak taip apa lagi ya? Ok lah, ana rasa, ana nak kongsi resepi laksa Kelantan lah. ;). Baru je masak hari Sabtu lepas. Pertama kali cuba memasaknya sendiri, hehe. (Sebelum ni rasanya dah pernah letak kat sini resepinya.. Tapi takpalah.. nak kongsi juga. Hehe)
Laksa Kelantan
(3 orang makan)
Bahan-bahan
Laksa 700 gram
Ikan Sardin / Selayang 4 ekor (yang besar)
Bawang Merah 4 biji
Halia 1 cm
Lada Hitam 7 biji
Asam Keping 3
Garam dan gula secukup rasa
Ulam:
Daun Kesom
Kacang Panjang
Timun
Tauge
Kubis
Cara masak Kuah Laksa:
1) Rebus ikan. Masukkan sekeping asam keping. Bila ikan dah masak, asingkan isi ikan dari tulangnya.
2) Tumbuk lada hitam. Kisar bawang merah, halia dan isi ikan yang direbus tadi. (Kalau nak manis, tulang ikan tu jangan dibuang. Kisar tulang ikan secara berasingan. Nanti tapis tulang ikan yang kita dah kisar tu, ambil airnya. Masukkan air tapisan tu dalam kuah yang kita nak masak nanti.)
3) Satukan bahan-bahan kisar tadi dalam periuk, campurkan juga santan. Jangan lupa kacau kuah tu. Takut berketul. (^_~). Masukkan gula dan garam serta asam keping. Kacau lagi sehingga mendidih.
p/s : Santan tu lagi sedap kalau guna yang tak pekat. Nanti lebihkan ikan. Sedapp! (^_^).
Bila kuah dah masak, bolehlah mula potong ulam-ulaman tu. Dah siap, boleh dihidangkan.
Oh ya, nak menambahkan keasyikan menikmati laksa ni, kenalah ada sambal. Jom buat sambal pula. (^_~)
Bahan : Cili, garam, gula.
Caranya : Tumbuk semua bahan tersebut. Kena pandai-pandai ubah kuantiti bahan, ikut tahap kepedasan yang kita nak. (^_~)
Itu saja, selamat mencuba.
*****
Kalau di Kelantan, di kampung-kampung lah biasanya.. Bila ada majlis doa selamat, kalau buat malam, memang ramai juga yang masak laksa. Kuah laksa ni memang sengaja dimasak kurang masin. nanti akan disediakan pinggan yang ada garam, belacan, limau nipis dihadapan tetamu-tetamu. Sesiapa yang nak masin, boleh tambah garam sesuka hati mereka. hehe.
Pernah suatu hari tu, mak mintak ana pergi tolong orang masak. Tuan rumah tu nak buat solat hajat. Masa tu kalau tak silap baru tingkatan 2. Ana pergi dengan jiran sebelah rumah. Bila dah siap masak semua, tuan rumah akan hidang untuk yang datang tolong masak ni. Hehe. Ana ni punyalah suka/ excited masa nak makan tu (budak-budak lagi, memang ginilah perangainya.. ;p ). Ana ambik laksa banyak, penuh pinggan. Huhu, tamak haloba betul. Kebetulan memang masa tu agak lapar tambah penat duk menyusun pinggan cawan. Ambik kuah pun banyak juga. Sekali, bila suap je, uhuk, tawarrrrrrr.. Ana dah tak tahu nak buat macam mana. Hehe. Oleh kerana ana ni malu nak bertanya kat makcik-makcik tu, maka, nak tak nak memang kena makan sampai habis la.
Balik rumah, ana pun bagitahu mak. Tadi makan laksa, kuah dia tawar. Mak gelakkan ana. Mak tanya : Ada tak orang letak pinggan yang ada garam, belacan masa makan tu? Ana cakap, rasa ada nampak tadi. Masa tu la mak bagitahu ana. Memang orang sengaja buat kuah laksa tu tak berapa masin. Sebab takut ada orang yang tak nak masin. Tapi garam tu memang ada disediakan dalam pinggan. Siapa yang nak tambah garam, ambik sendiri.
Uhuk. Pengajaran. Lain kali, kena rajin-rajin bertanya. Hehe. So, dikesempatan ini, ana pun nak berkongsilah dengan sahabat-sahabat pula. Kalau ada yang terkena situasi macam ni, jangan segan-segan nak bertanya atau mencari pinggan yang ada garam tu ye. (^_~)
Sampai di sini saja untuk kali ini. Assalamua'laikum.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *