Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik, hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untukNYA.
ALLAH, Tuhan yang satu.
DIA punya kuasa atas segala.
DIA punya hak atas setiap perkara.
DIA tahu sebelum dan selepas sesuatu peristiwa.
DIA, tiada Tuhan selainNYA.
***
Detik demi detik,
Saat bertukar minit, kemudian jam, dan kemudiaannya menjadi hari, minggu, bulan dan tahun.
Ya, ingin sekali menunjukkan bahawa masa itu akan terus berlalu, sentiasa!
Ayah selalu cakap : "kita ni manusia. Bila dah namanya manusia, akhirnya nanti ke SANA juga. DIA panggil tak kira siapa. Cukup masa, samada kita dah sedia atau tak, memang dah tetap segalanya. Ada orang pergi sebab sakit, ada juga orang pegi masa sihat. Tunggu jelah."
Ya, membenarkan kata-kata ayah. Seorang lelaki yang sangat banyak menabur bakti kepada kami semua. Seorang lelaki yang sangat tinggi semangatnya. Seorang lelaki yang sentiasa bersedia untuk mengorbankan segalanya.
Kini, bila dah semakin lanjut usia, bila kudrat semakin lemah, upaya semakin terbatas, sering beliau bicara tentang mati. Mati yang sememangnya pasti. ALLAHU ALLAH.
Sayu setiap kali mendengar beliau bicara tentang perkara tersebut. Ditambah dengan jarak dan masa yang memisahkan jasad dan penglihatan antara kami. Memang sukar diungkap. Semoga ALLAH permudahkan segalanya.
Usianya bakal genap 68 pada tarikh 22.11.2011 ini. Semoga ALLAH memberkati usia yang telah dan bakal dilaluinya. Memberi keringanan dan kekuatan kepada beliau untuk terus melaksanakan ibadat.
Sekarang, ayah sangat mudah tertidur. (^_~). Sangat comel. Bila tengok tv, baru je sekejap, tengok ayah dah tidur atas kerusi. Baru je nak tutup TV atau perlahankan 'volume', ayah terus jaga, dan cakap : "Jangan usik TV tu". Wahhh. Mantop! Hehe
Kalau dulu, ayah sangat jarang mengadap TV kecuali pukul 5 petang (TV1) dan 8 malam (TV3). Semuanya sebab ada berita. Lepas tu ayah akan mengadap anak-cucu saja. Ayah kerja teruk sewaktu usia mudanya. Pernah ke Singapura untuk jadi buruh kasar. Pernah bawa beca dari Wakaf Bharu - Tumpat - Kota Bharu. Dan selepas berkahwin dengan mek, ayah mula bertani. Masih segar diingatan. Kami adik beradik ( 6 orang yang semuanya perempuan) akan terus ke kebun selepas balik dari sekolah. Balik ke rumah dalam pukul 6.30. Lepas Maghrib, bahagi-bahagi tugas. Ada yang duk dapur, masak. Yang lain akan tolong mek ayah basuh sayur, ikat dan letak dalam bekas. Kena biarkan bawah embun supaya sayur tak kecut nak jual keesokan harinya. Kalau kebetulan ada timun, kacang panjang. Memang bertapalah kat situ sampai pukul 11 malam. Kena timbang timun, kira kacang untuk diikat. Lepas basuh, timbang, ikat semua sayur tu, kena letak elok-elok. Pagi esoknya pukul 5 mak dah kejut untuk masukkan sayur dalam plastik. Kalau hari minggu, mak kejut lewat sikit. Dalam pukul 5.30 pagi. Siap semua, baru bersiap untuk pergi sekolah.
Dulu, kami semua memang diajar makan sama-sama. Best. Dah siap kerja boleh kumpul, makan sama-sama. (^_~).
Masa tu, ayah pun ada tolong bela lembu orang lain. Adalah dalam 20-30 ekor rasanya. Kalau ayah tak sihat, kami adik beradiklah yang masuk dalam kebun kelapa sawit yang luasnya berekar-ekar tu cari lembu. Takut! Mak pun ikut sama. Gamble je masuk kebun cari lembu. Sangat susah nak lupa kalau musim tengkujuh. Selalu akan ada lembu yang dikepung air. Maka, kami kena usaha ramai-ramai untuk tarik lembu tu ke atas jalan. Selamatkan lembu ramai-ramai. Lintah pacat tu tak payah cakaplah ya. Habis satu badan. Hehe. Orang kampung ada juga yang selalu cakap macam-macam pada kami. Iyalah, anak perempuan dah jadi macam anak lelaki. Pikul timun dalam guni beras yang 50kg tu, cangkul tanah yang 2 ekar, masuk hutan, masuk kebun cari lembu yang berpuluh-puluh ekor. (^_^). Mek n ayah tak kisah pun apa yang orang nak cakap. Dah memang keluarga kami ni tak ada anak lelaki, nak tak nak, kamilah yang kena buat semua tu, kan?
Teringat pula bila lampu kat luar rumah atau antena kat atas bumbung tu rosak. Ana lah yang panjat. =p. Kat kampung, manalah nak ada tangga besi yang canggih macam sekarang ni. Mahal. Rumah kami pula jenis tinggi. Rasanya ketinggian rumah tu adalah dalam 6 meter atau lebih. Tangga pula tak cukup panjang. Apa lagi, ayah yang jadi tongkat, pegang tangga, ana panjat untuk tukar mentol. Hebat n gagah ayah ana tu, kan? (^_~). Nasib baik anaknya yang sorang ni kurus (masa sekolah dulu). Hehe. Kalau tak, nasiblah. Kalau antena TV ada masalah, apa tunggu lagi. Panjatlah. Haha, masa ni, memang suka sangat panjat bumbung rumah tu. Rumah kami guna zink. Nak panjat, seboleh-bolehnya waktu pagilah. Kalau tak, melecur kaki. Yalah, nama pun zink kan? Takkan nak pakai selipar pulak? Haih, nak tergelongsor kat situ? Naya. Mau patah riuk juga tu. (^_~). Kalau panjat bumbung nak baiki antena, memang suka sangat. =p. Bila dah naik atas, perasan lah kejap. Angin pagi yang sejuk, pemandangan yang sangat cantik. Bila duk atas bumbung, kita dah nak sama tinggi dengan pokok getah dah. Hehe. Best!
Oh ya, terlupa nak bagitau fakta tambahan : rumah kami di kaki bukit. Kalau tak silap, orang panggil bukit tu Bukit Pacat. Tak tahulah macam mana dapat nama. Tapi, yang istimewa kat bukit tu, ada lata. Jarak rumah kami dengan bukit tu dalam 1 1/2 ekar tanah saja (ukuran yang tak pasti macam mana orang lain nak membayangkan.. sebab bukit tu terletak di hujung tanah kami). (^_~). Dikaki bukit ada anak sungai. Ada anak ikan yang kecil comel. =p.
Dengan terdapatnya fakta tambahan tersebut, rasanya antum dah boleh bayangkan betapa indahnya pemandangan dari rumah ana, kan? Pagi-pagi mesti ada kabus.. Bila petang, best boleh tangok matahari terbenam.. Depan dan tepi rumah ada pokok getah (orang punya). Hehe. Kami hanya guna air lata saje tau. Dari lata atas bukit tu, orang kampung pasang paip ke setiap rumah. Cuma bayar RM2 saja setiap bulan. Itupun untuk upah orang yang bergilir cuci batang paip je. (^_^). Best air ni. Sejukkkkk sangat. Kalau mandi, haaa, macam mandi kat lata dah. Mandi tengah hari atau petang, sangat best, sebab air masih rasa sejuk. Mandi air lata dah katakan. hehe. N bolehlah bayangkan macam mana kami bertarung dengan kesejukan bila nak pergi sekolah tiap-tiap pagi, lebih-lebih lagi tiap hujan... T_T... SANGAT SEJUKKKK.. Baru 3,4 kali jirus (kami guna kolah ye..=p), dah mula nak menggigil. Selalunya, mak akan masak air.. Hehe, siapa yang bertuah, dapatlah mandi air panas.. Tapi biasalah, selalunya memang adik-adik la yang dapat. Kakak-kakak memang baik. (^_~)
***
Ana rasa ana telah melakukan satu kesalahan. Oh tidak, sekali lagi ana telah lari dari topik asal. Nak cerita pasal ayah sorang, tapi dah melalut. Semua benda dah cerita. (^_~). MAAF YA! Banyak sangat pengalaman, terasa semua benda nak kongsi dalam ni. Harapan, bila anak-anak dah besar nanti, bolehlah anak-anak baca dan membayangkan kehidupan ibunya yang sangat 'best' ni.
Baiklah, sampai di sini saja dulu. Ayah dan Mak kita adalah yang terbaik, sentiasa! (^_~).
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *