Rezeki

Selasa, 1 November 2011

DIA, ALLAH yang satu

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik, dirahmati dan diredhai ALLAH setiap masa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Dari DIA kita datang, dan hanya kepadaNYA kita dikembalikan.

ALLAH, ALLAH, ALLAHu ALLAH.

DIA beri ujian, pastinya DIA ada penawar yang paling mujarab buat kita. (^_~).
Kita belum lagi berada di Syurga sana, maka, mengapa mengharapkan yang indah saja??
Kesusahan itu kan satu peringatan buat diri yang lupa?
Kesusahan itukan satu ingatan bahawa kita hanya hamba?
MAKA, mengapa harus banyak bersoal jawab lagi?
Terimalah ia sebagai satu jalan untuk menemui Tuhan yang Esa.
Tanpa bersusah payah, mungkin sukar untuk kita menemui Pencipta yang satu itu di taman Syurga.
Berbahagialah duhai diri, andai dihimpit kesusahan.
Kerna kesusahan itu, juga merupakan suatu kenikmatan sekiranya kamu mengharunginya dengan sabar dan redha.
Ia akan jadi satu nikmat, andainya kamu bijak mengendalinya. (^_^).

SELAMAT BERMUJAHADAH!

Jaga diri, hiasi peribadi dengan akhlak ISLAM. Moga mendapat redhaNYA dalam setiap perkara, setiap masa.

Buat kamu, yang bernama SYUHADA! (^_~). Bukankah cita-citamu ingin menjadi Syuhada'?



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers