Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat seadanya dengan izin ALLAH taala. Alhamdulillah.
Setiap hari berlalu, bagaimanakah kita melalui hari-hari tersebut?
Sehingga hari ini, ALLAH masih mengizinkan kita hidup. Pasti ada hikmah disebaliknya. Maka, mengapa masih disia-siakan peluang dan ruang masa yang ALLAH berikan dengan perkara yang tidak berfaedah? Sudah cukupkah persiapan kita untuk bertemu sang Pencipta?
***
Sedikit catatan :)
Hari Rabu (9 Nov 2011), menemani zauji ke hospital untuk menjalani endoskopi / skop. Mendaftar diri di wad rawatan harian pada jam 8.00 pagi, kemudian menunggu giliran. Agak ramai juga yang akan menjalani skop dan pembedahan kecil pada hari tersebut. Hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan segala urusan semua orang. Zauji kelihatan tenang. (^_^)
Pada jam 9.00 pagi, Zauji diberi tempat. Kerusi bernombor 20. Kami menanti dengan penuh sabar. Zauji sudah mula sakit perut. Berpuasa sejak jam 10 malam (8hb Nov), memang menghasilkan bunyi keroncong yang agak kuat. Zauji hanya tersenyum dan gela-gelak. Haih, Zauji memang penyabar. =p
Jam 10.00 pagi, doktor memanggil Zauji, meminta beliau masuk ke bilik rawatan endoskopi. Sekadar mengiringi Zauji hingga ke pintu masuk bilik rawatan. Menunggu di tempat bernombor 20 tadi hampir sejam. Kemudian Zauji kembali ke tempat tadi, recover. Nurse bawakan air milo suam dan semangkuk bubur nasi. Terima kasih ya Puan Nurse. (^_~). Zauji makan dengan penuh berselera.
Jam 3.00 petang, barulah kami dibenarkan keluar dari wad. Zauji sudah kembali bertenaga. Alhamdulillah. Menunggu giliran untuk discharge. Dan terus pulang ke rumah.
Keputusannya : Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa tiada sebarang ulser dalam perut @ usus Zauji. Cuma angin dari hempedu menyebabkan Zauji selalu sakit perut.
Awal bulan Januari nanti akan ada temujanji dengan doktor lagi. Semoga akan mendengar perkhabaran yang baik-baik saja hendaknya.
Kepada yang tidak putus-putus mendoakan, terima kasih. Hanya ALLAH yang mampu membalas kebaikan kalian.
catatan ringkas : sehari sebelum menjalani endoskopi, Zauji menemani ana ke klinik. Hampir separuh hari di sana. Haih, lama betul. =p.. Kena cucuk 2 jarum, ambil darah untuk diuji. 1st injection, sakittt.. (takut jarum =p ), 2nd injection, sangat suka sebab tak sakit ponn.. Hehe.. Macam-macam hal.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *