Rezeki

Jumaat, 18 November 2011

Hadir dan Perginya hanya dengan izin ALLAH

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.


Beberapa hari lepas, ana telah menerima satu berita duka. Tapi masih terselit rasa gembira. Sahbiah kesayangan telah mengalami 'bleeding'.. Agak teruk juga. Namun doktor mengesahkan bahawa janin masih ada. Gembira dengan perkhabaran tersebut. Syukur, ALLAH masih panjangkan usia makhluk yang berusia 9 minggu tersebut. Malamnya, sempat bergurau senda dan berkongsi sedikit info.

Kata sahbiah, beliau memang dah 3 bulan tidak 'uzur syarie'. Tapi bila buat 'pregnancy test', masih -ve. Ya, bagi yang telah lama mendirikan rumah tangga, pastinya sangat berharap akan menerima cahaya mata penyeri keluarga secepat mungkin. Lebih tinggi harapan bila 'teman setia bulanan' tidak hadir mengikut tarikh yang tepat sebagaimana kebiasaan. Namun sedikit tertekan bila punca 'teman setia bulanan' tidak hadir bukanlah disebabkan oleh kehadiran cahaya mata. Tanpa disengajakan, sahbiah tadi telah makan buah nenas. Beliau memang suka makan buah. Dan keesokannya, berlakulah 'bleeding' tersebut.

Bila dah 'bleeding', beliau dibawa ke hospital. Dan doktor mengesahkan beliau hamil 9 minggu. ALLAHu ALLAH. Sebelum ni check, tak ada. Tapi kali ni, doktor dah sahkan kandungan sudah berusia 9 minggu. Terkejut bukan kepalang.

Tapi nampaknya belum rezeki mereka menerima cahaya mata. Sehari selepas 'bleeding', ana dikhabarkan dengan berita duka sekali lagi.. Beliau telah mengalami keguguran.

Dari DIA kita datang, dan hanya kepadaNYA kita dikembalikan.

***

Buat sahabat yang disayangi, ku doakan semoga dirimu tabah dan sabar menghadapi semua ini. Insya'ALLAH, dilain masa, yang lebih sesuai ALLAH pasti akan hadirkan penyeri hidup buat kalian. Usiamu masih muda. Mungkin dengan bebanan sebagai pelajar yang sedang digalas oleh akak sekarang ni, dan dengan keadaan kewangan serta kesihatan akak sekarang ni, ALLAH telah tetapkan bahawa masih belum masanya untuk akak menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga akak. Syuha sayang akak, dari dulu, kini dan insya'ALLAH, akan kekal menyayangi akak selamanya, dengan izin ALLAH taa'la. Jaga diri ya kak.

Setiap yang DIA aturkan, pastinya punya hikmah yang sangat tinggi nilainya. Semoga ALLAH golongkan kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur.

"ALLAH hadirkan ujian untuk berikan ilmu kepada manusia..".. Muhasabah..

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers