Rezeki

Sabtu, 19 November 2011

Alhamdulillah, Tahun Pertama Telah Berlalu

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam kesihatan yang baik hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA.

Hari ini bertarikh 19hb November. Pada tarikh yang sama di tahun 2010 yang lalu, ana baru saja bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Muhamad Rashdan bin Sayed Mohamed. Dan hari ini, tarikh 19hb November berulang lagi. Bermakna, genaplah setahun usia perkahwinan kami.

ALHAMDULILLAH.

Syukur padaNYA yang telah mengizinkan ikatan suci antara kami. Setahun, usia yang terlalu muda. Kalau dibandingkan dengan seorang manusia, pada usia 1 tahun, masih terlalu banyak kurangnya. Jalan pun mungkin belum laju, apatah lagi untuk berlari. Ya, setahun. Usia yang masih banyak kurangnya. Namun, syukur pada ALLAH harus meninggi. Kerana tanpa izinNYA, sehari pun masih belum pasti!

Mungkin ramai yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama dengan pelbagai aktiviti. Bercuti, candle light dinner, atau lain-lain lagi. Rancangan untuk sambutan ulangtahun pertama pasti sudah dibuat sejak awal-awal lagi. (^_~). Tapi sebaliknya bagi kami. Kekangan masa, tambah jarak yang memisahkan, tanggungjawab yang menuntut. Maka, ulangtahun pertama ini kami raikan dengan sederhana. Seorang di Barat, dan seorang di Selatan.. Tiada solat berjemaah, makan-makan bersama, tiada kuntuman bunga, tiada apa-apa. Hanya mampu mendoakan antara satu sama lain, berbalas pesanan supaya saling menjaga diri. (^_^).

Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kami dalam tempoh 3 minggu lagi. (^_~). Tak sabar nak masak-masak bersama.

***

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA, RASHDAN DAN SYUHADA..



Ya ALLAH, lindungilah suamiku walau di mana dia berada.
Tetapkan kami di jalan yang diredhaiMU.
Bimbinglah kami menuju JannahMU.
Rahmatilah keluarga kami.
Redhailah kami.
Limpahkan kasih sayang diantara kami.
Jadikanlah kami diantara hambaMU yang sentiasa bersyukur.
Istiqomahkan kami.
Aminn ya Robbal a'lamin...

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers