Rezeki

Khamis, 27 Oktober 2011

Langkah Demi Langkah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izin kita teruskan kembara kehidupan. Lately, cuaca sangat tak menentu. Hujan panas silih berganti. Jaga diri ya sahabat sekalian. Kalau rasa nak demam, cepat-cepat jumpa doktor. Kalau badan tak sihat, nak beribadat pun tak selesa, kan? (^_~). Semoga dalam dakapan iman sentiasa hendaknya.

***

Beberapa sahabiah seangkatan bakal bergelar ummu. Alhamdulillah, rezeki dariNYA. Syukur. ALLAH kurniakan anugerah. Anak soleh, permata hati ayah bonda. (^_~). Semoga dipermudahkan segalanya. Amanah yang bakal dipikul, semoga dapat ditunaikan sebaiknya, dengan bimbingan ALLAH yang esa.

Tidak kurang juga yang bakal bertukar status. (^_^). Selamat menempuh alam perkahwinan. Dalam kembara kehidupan, senang atau susah, semuanya merupakan ujian dan nikmat buat kita. Kadangkala kita sukar untuk menyatakan samada kesenangan itu suatu nikmat ataupun merupakan ujian buat kita. Terpulang pada diri, bagaimana kita mentafsirkannya.

Hidup berumah tangga bukanlah semudah atau sesusah yang kita dengar dari pengalaman insan-insan sekeliling. (^_~). Lain orang, lain ujiannya. Lain orang, lain tahap imannya. Semuanya berbeza. Mungkin ujian yang dipandang kecil apabila diterima oleh orang lain, akan dirasakan berat apabila terkena diri sendiri. Segalanya mungkin, kan?

Celoteh dari insan kerdil yang masih baru berjinak-jinak dengan suasana berumah tangga, pastinya tak sama dengan apa yang diperkatakan oleh insan-insan senior. (^_^). Ya, semua orang tidak sama. Mungkin hampir sama, tapi masih tak serupa. Ada lainnya.

***



Apa pun, doa akan sentiasa mengiringi. Semoga rumah tangga muslim yang bakal dibina akan mendapat redhaNYA, dirahmati dan dilindungi.

Perkahwinan bukan sekadar mengikat dua hati, tapi perkahwinan mengeratkan dua keluarga yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Bukan hanya perlu menjaga perasaan suami/isteri, tapi turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.  Perkahwinan bukanlah medan untuk kamu berfikir tentang penerimaan segala kemanisan semata-mata, tapi merupakan satu medan untuk memberi yang terbaik. Menjadi medan juang antara kematangan fikiran dan perasaan. Jangan terlalu impikan kesenangan yang berpanjangan, kerana sesekali pasti akan dihempas badai. Cintailah DIA dengan sepenuh hati, pasti kamu akan dianugerahkan pasangan yang turut menyerahkan hatinya kepada DIA. Carilah redhaNYA setiap masa, jagalah hubungan dengan DIA sebaiknya, insya'ALLAH, hubungan sesama makhluk akan terjaga.

Ingatan untuk diri sendiri dan perkongsia untuk yang bakal menempuh alam perkahwinan. Semoga ada manfaat yang dapat kita kongsikan bersama. (^_^). Hanya sedikit coretan yang dizahirkan di papan kekunci, untuk tatapan mata-mata yang sudi. Selamat membaca.

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers