Assalamua'laikum.
Pertamanya, ingin mohon maaf diatas segala kesulitan yang bakal berlaku sebentar lagi. Coretan kali ini, hanyalah coretan dari seorang anak yang sedang menghitung gari menemui kedua ibu bapanya.. (^_~)
Sekarang, jam menunjukkan angka 23:30... Cuba teka, apa yang ana baru saja lakukan sebentar tadi.. hehe... Hmm, tak payah tekalah, biar ana bagi jawapan terus ya.. Ana baru saja siap masak bekal untuk esok. Hohoho ( Cik Jannah suka buat aksi ini, =p)
Tadi, hantar Kak Ummi (my dear housemate) ke Sentral. Beliau akan ke Penang selama 2 hari. Ada kursus penulisan jurnal (beliau dalam proses siapkan Master sekarang). Hehe, best kan?
Kemudian, ana ambil peluang cari tiket bas. Melangkah dengan riang, tengok pintu lif terbuka.. Laju je jalan.. Hehe, tiba-tiba nampak seorang Muslimin, Huh, terus perlahankan langkah.. (takkan nak lari jugak kot..=p).. Sampai depan lif, pintu tertutup.. Uhuk, terus menapak ke tangga. kikiki, malusssssss... Elok-elok je sampai depan lif, pintu tertutup rapat.. Akak yang kat dalam tu tak perasan ana nak masuk.. Hehe, redha. Turun je ikut tangga.
Lepas tu, beratur depan kaunter, beli tiket.. Duk dalam barisan. jadi orang kedua.. Akak kat depan tu nak pergi Melaka.. Then, tiba masa untuk ana pula beli tiket. Baru je nak cakap destinasi, akak jual tiket tu jawab panggilan pulak.. Uhuk, adalah dalam 15 minit duk tunggu dia habis cakap telefon. (sabar je, dah ramai orang kat belakang)..
Bila akak tu dah habis nyembang, ana pun mulalah menjalankan proses jual beli tiket. Alhamdulillah, tiket masih lagi available.. =).. Terus call mak, bagitau bahawa anak bongsu beliau akan pulang hari Jumaat ni.. Hehe, tak sabar.. Si kecik Amar tu pun sibuk nak cakap jugak.. sekarang dah pandai nyembang dah.. tanya dah makan belum.. Telingan, mata, hidung.. haaa, itu semua dia dah tau. kalau nak bye-bye, dia akan lambai tangan kat telefon.. Hehe, nakal.. Atiq dan amirul pun dah seronok dengar Cik Su dia nak balik.. Wahhhh, tak sabar nak balik!
Doakan ana selamat pergi balik ya.. Syukran..
Sampai di sini saja.. Jumpa lagi, insya'ALLAH.
take care, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *