Rezeki

Selasa, 10 Mei 2011

Pengalaman adalah guru yang terbaik.. (^_~)



Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam lindungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. ^_^

Alhamdulillah, kembara masih diteruskan. Bila noktahnya? Hanya ALLAH yang maha mengetahui... Selagi hayat dikandung badan, ayuh jadi hambanya yang taat dan bertaqwa.

Beberapa hari lepas, berkesempatan jalan-jalan ziarah blog sahabat-sahabat. Alhamdulillah, ceria-ceria sentiasa semuanya. Ada masanya, terasa panas di pipi. Hehe, gembira dengan perkembangan adik-adik yang semakin matang dan bijak.. Ya ALLAH, rahmatilah mereka.

Dik Syira bakal jadi ibu. Alhamdulillah, dalam kesusahan pasti ada kesenangan. Insya'ALLAH dik. Sabar itu indah. Sakit tu kifarah. Nanti ada baby, makin ceria lah adik akak sorang ni. Mungkinkah akan lahir pada bulan Julai? Dapatla sambut ulang tahun sama-sama. Ecece.

Dik Azmah dah makin dewasa ya? =p.. Alhamdulillah, baguslah tu. Mak ayah dah mula bagi bagi kepercayaan kepada adik untuk 'handle' hidup sendiri. Gunakan peluang dan ruang yang mak ayah bagi sebaiknya ya. Jadi anak solehah! =) . Jangan stress tau.. Study smart.. Banyak ilmu yang boleh kongsi dengan sahabat-sahabat lain.. Banyak memberi, makin banyak juga yang kita akan dapat. Take care my dear.

Hari Rabu, Kak Isma Chomey datang rumah. Ambik kerepek. Hehe, sekarang ana jadi pembekal kerepek. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi ana ya. (^_~). Kami beli di Batu Pahat, Johor.. Macam-macam ada.. Ada juga dapat maklumat, di Banting pun banyak. Tapi belum berkesempatan nak pergi sana. Insya'ALLAH, akan cuba cari tempat-tempat yang sediakan kerepek yang rangup dan sedap. ^_~.

Kak Isma datang dengan kawan. Lama tak jumpa, makin kurus je rasanya. Makin cute... Semoga ALLAH rahmati kalian. Jaga diri ya.. Maaf semalam banyak melalut. Hehe, biasalah. Akak bukan tak kenal adik akak sorang ni kan? Kalut betul kalau orang datang rumah. Semua benda nak buat.. =p.

Itu, minggu lepas punya cerita.

Ruang sentiasa terbuka.

Tadi, berkesempatan buka blog http://saifulislam.com/. Ust.asrizal dalam proses nak kuruskan badan. Kebelakangan ni, ana sering buka blog Us. Hasrizal. Tertarik dengan apa yang beliau sampaikan. Semuanya tentang penjagaan kesihatan. Pelbagai cara yang beliau gunakan. Apa yang paling penting, usaha. Insya'ALLAH, nak seribu daya. Kalau tak nak, cukup dengan satu dalih. (^_~). Kepada Us.Hasrizal Jamil, teruskan usaha ya.

Setiap orang ada impian. Semua orang ada cita-cita.

Macam mana caranya nak capai impian tersebut?

Semuanya memerlukan usaha. Setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting, usaha + doa, usaha + doa, usaha + doa. Bila dah usaha +doa, selebihnya, tawakkal kepada ALLAH. Serahkan segala urusan kepada DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita semua.

Sekadar pandai berkata-kata, tapi tiada usaha untuk merealisasikan, adakah mungkin ia akan jadi realiti?

JOm, sama-sama analisa satu modul :

Dalam satu program, Fasi berdiri di hadapan peserta-peserta program. Beliau memegang sekeping kertas putih. Dihadapannya ada sebatang pensil, pembaris dan pemadam.

Beliau bertanya kepada peserta-peserta.

"Adik-adik sekalian. Macam mana caranya untuk buat supaya ada perkataan "SAYA BOLEH" pada kertas putih ni?"

Ramai yang memberikan idea-idea bernas. Antaranya ialah:

1) Senang je bang. Tulis la "SAYA BOLEH" kat kertas tu.
2) Abang ambil pensil atas meja, pastu abang tulis la kat kertas tu.

**********

Namun, fasi tersebut masih lagi bertanya soalan yang sama. 3 kali diulang-ulang soalan yang sama. Para peserta mula putus asa.

Kemudian, fasi memberi sedikit kupasan. Katanya :

"Ramai yang beri idea bernas kepada abang tadi. Macam-macam cara ya. Ada yang suruh tulis guna pensil. Ambil pensil atas meja. Tapi kenapa masih tiada tulisan "SAYA BOLEH" atas kertas ni?

Cuba adik-adik fikir semula. Kita selalu bercakap. Selalu lontarkan idea. Tapi, tidak membuat tindakan. Bahasa mudahnya ialah : Pandai cakap tapi habuk pun tadak.

Memang mudah nak cakap, tapi tiada seorang pun yang bangun, datang depan, ambil pensil dan tulis perkataan "SAYA BOLEH" pada kertas ni. Semua orang hanya tahu bercakap, hanya tahu memberi arahan. Sedangkan abang tanya, macam mana nak buat supaya ada tulisan "SAYA BOLEH" pada kertas putih ni. Kalau kita asyik cakap je, tapi tak ada tindakan, agak-agak, jadi tak? "



Itulah realiti. Bercakap tanpa usaha, akan jadi sia-sia. Jadi, kalau nak sesuatu, kenalah usaha. (^_~).



Hmm, sampai di sini saja.. Insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi.



Wassalam.



nota kaki : baru saja selesai sarapan.. Nasi putih, ayam goreng, ayam masak merah... Hehe.. Nanti balik nak bagitau mak.. "Mak jangan risaukan Wa ye.. Anak mak sorang ni sedang "MEMBESAR" dengan SIHAT!" =p

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers