Rezeki

Isnin, 9 Mei 2011

Kita, adalah penyambung rantai perjuangan



Assalamua'laikum.



Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa.



Semakin banyak ilmu yang kita belajar, terasa semakin banyak sebenarnya yang kita tidak tahu. Ilmu ALLAH, walau habis digunakan air yang ada di dunia ini, masih tidak mampu mencatat keseluruhan ilmuNYA.



Sewaktu dikampus, segalanya sudah terhidang. Kampus adalah medan juang, yang sangat mudah. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Samada mahu ataupun tidak. Dakwah, boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Andai kata merasa malas, dakwah yang paling mudah ialah mengajak teman sebilik solat berjemaah. Dan seringlah mengajak mereka berbincang mengenai agama.



Tapi sekarang, segalanya telah berubah. Bila berada dilapangan yang sebenar, macam-macam boleh berlaku. Andai bernasib baik, akan ada teman yang mampu bersama kita ke arah yang diredhaiNYA. Jika tidak, mungkin kita yang akan diheret ke jalan yang dimurkaiNYA. Nau'zubillah. Moga ALLAH jauhkan.



Kepada sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian, janganlah sesekali lupa untuk berdoa kepadaNYA supaya diperteguhkan iman.



Siapalah kita tanpa rahmat dan redhaNYA?



Ayuh, usaha jadi hambaNYA yang taat.. (^_~)



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers