Assalamua'laikum.
Lama tak bersiaran. Semoga semuanya sihat-sihat sentiasa, dalam lindungan dan kasih sayang dari Pencipta.
Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Selagi hayat dikandung badan, ayuh, sama-sama kita usaha menjadi hambaNYA yang taat dan bertaqwa.
Pelbagai perkara berlaku dalam hidup kita. Suka + duka + masam-masam cuka + tak tahu nak kata = itulah hakikat kehidupan.
Setiap orang ada jadual hidup tersendiri. Yang ALLAH dah aturkan pada kita semua.
Setiap hari, semua berlaku secara bergilir-gilir dalam hidup kita. Cuma, masa dan tempat serta bagaimana ia berlaku saja yang berbeza.
Setiap hari, semua berlaku secara bergilir-gilir dalam hidup kita. Cuma, masa dan tempat serta bagaimana ia berlaku saja yang berbeza.
Beberapa minggu kebelakangan ni, YGroup Alumni dihujani dengan jemputan walimah dari sahabat-sahabat sefikrah. Alhamdulillah, proses pembinaan rumah tangga muslim sedang giat berlangsung. Tahniah kepada sahabat sekalian.
Sejak November, keluarga besar kami menerima kehadiran ahli-ahli baru. Semakin luas jalinan ukhuwwah kami. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA.
Insya'ALLAH, pada bulan Jun sahaja, kami telah menerima 4 jemputan. Semuanya memilih tarikh yang dekat-dekat. Hehe.
Jadual kami :
2hb Jun : di Kelantan, rumah Kak Tini (Ust.Syukri & Kak Tini)
4hb Jun : di Terengganu (Kak Idah & Us.Alias, Kak Tini & Us.Syukri) di Selangor (Us.Zamir & pasangan)
7hb Jun : di Kelantan lagi.. hehe.. (Us.Alias & K.Idah)
10hb Jun : (masih belum diketahui umum..jadi tak boleh nak heboh-heboh..hehe)
11hb Jun : di Kedah (Us.Zamir & pasangan)

Apa pun, ana dan suami mendoakan yang terbaik buat sahabat sekalian. Semoga beroleh barokah dan redha ALLAH. Semoga kekal hingga ke Syurga.. (^_~).
Salam sayang dari kejauhan, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *