Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.
Ada apa dengan tajuk di atas?
Sebenarnya, ada seorang sahabiah yang akan berpindah. Insya'ALLAH beliau akan kembali ke pangkuan keluarga pada hujung minggu ini. Oleh kerana ana sedang mengikuti kursus, maka, kami memang tidak berkesempatan untuk bertemu buat kali terakhir. Hampir sebulan kami tak bertemu, tiba-tiba dapat tahu beliau kena pindah. *tak tahu apa perasaan sekarang*
Setiap perancangan ALLAH pasti banyak hikmahnya.. Dari kejauhan, ana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Insya'ALLAh, ada masa, kita jumpa ya.. Jelajah ke Utara. (^_~).
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Nisa' kawasan kami akan kehilangan seorang AJK yang komited dalam tugasnya. Walaupun merasai kehilangan Kak Raudhah, kami yakin, ALLAH akan hadirkan pengganti buat Nisa'. Mungkin pengganti beliau tidak akan sama seperti beliau, tetapi, kehadiran pengganti tersebut mampu menguatkan lagi Nisa' kawasan kami. Insya'ALLAH. (^_~).
Kak Raudhah sayang
Kepada akak yang Syuha sayang. Jaga diri ya. Jangan lupa menggerakkan Nisa' di Ipoh. Praktikkan segala pengalaman yang ada. Jangan lupakan kami di sini. (^_^).
Akhir kalam, salam sayang dari kejauhan. Doakan yang terbaik untuk semua. What you give, you get back. Insya'ALLAH.
Ilal liqa', ma'as salamah.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *