Rezeki

Rabu, 23 Mac 2011

ADIK-ADIKKU, semoga istiqomah


Assalamua'laikum.


Moga sihat rohani dan jasmani. Ayuh, mulakan hari dengan sedekah.. Jom, senyummmm.. (^__________^).


Ok, tidak berhajat untuk melalut, mahupun merepek tanpa noktah. Alhamdulillah, semakin hari, ana semakin mampu menahan diri dari merepek. Dah pandai kawal diri. Ada masanya, terlepas juga. Sikit-sikit, halal lah ya.. (^_^)


Baiklah, pada 21 Mac yang lalu, ana dan suami berkesempatan menonton siaran langsung pertandingan akhir rancangan realiti TV yang berjudul "ADIK-ADIKKU". Rancangan ini dibawakan oleh JAKIM dengan kerjasama RTM. Ia disiarkan pada jam 9 malam. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton rancangan Adik-adikku sebelum ini, boleh rujuk laman web ini ye : http://www.jakim.tv/.


Alhamdulillah, dalam persaingan menyiarkan pelbagai rancangan 'melalut + mengarut + merosak + mengada', RTM masih sudi menyiarkan program-program ilmiah sebegini. Thumbs up untuk JAKIM dan RTM diatas usaha murni ini.


Kebelakangan ini, rata-rata syarikat penyiaran menyiarkan rancangan yang kebanyakannya, entah apa-apa. Semuanya adalah bertujuan untuk merebut 'rating' tertinggi. Cerita cinta cintun, cerita rempit merempit, cerita aksi ganas, cerita berunsur porno juga tidak terkecuali.


Bukan menidakkan penyiaran slot keagamaan, dan yang berbentuk penambahan ilmu, tapi, kuantitinya amatlah sedikit!


Dan biasanya, slot-slot ini disiarkan pada waktu yang tidak sesuai. Kasihanilah kami...


Teringat kata-kata beberapa orang peserta dalam rancangan Adik-adikku peringkat separuh akhir. Mereka merayu supaya pihak yang berkenaan menyiarkan rancangan yang baik dan sesuai, menyekat rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya disiarkan. Bukan jasmani sahaja yang memerlukan penjagaan yang rapi. Tapi rohani juga perlu diambil kira. Adik Zaid ada berkata : 'kita mencari-cari punca berlakunya masalah sosial.. Rupa-rupanya, punca ada didepan mata. Maksiat disiarkan dengan megahnya.'


Semoga ada yang terkesan dari apa yang disampaikan oleh para da'ei cilik itu.


Adik-adik, semoga istiqomah dalam medan dakwah. Serulah kearah kebaikan, cegahlah kemungkaran. Moga ada ganjarannya disisi ALLAH.. Kematian, tidak mengenal usia....


ADIK-ADIKKU, INSYA'ALLAH BOLEH!


Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers