Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, dgn izin dan rahmatNYA, kita masih berpeluang meneruskan kehidupan. Kembara perlu diteruskan, walau apa jua keadaan. (^_~). Meskipun kaki seringkali tersadung, perlu bangkit semula dengan langkah yang lebih gagah.
Salam tarbiah, salam mahabbah... Kasih tulus dari Pencipta. Dan nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan?
Ya ALLAH, yang memiliki hati dan jiwa setiap makhluk. Janganlah KAU bolak balikkan hati kami setelah KAU berikan nikmat hidayah MU kepada kami. Sesungguhnya kami hanyalah hambaMU yang lemah ya ALLAH.
Alhamdulillah, zauji telahpun keluar dari Wad 3A, Hospital Putrajaya pada jam 11 malam, 19 Mac yang lalu setelah 3 hari 3 malam di Hospital.. (19 mac, genap bulan ke-4 perkahwinan kami.. (^_^). alhamdulillah)
Dengan izinNYA semata, semua ini berlaku sekelip mata. Sihat, sakit, dan sihat kembali... ALLAHUAKBAR! Tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasaNYA.
DIA berikan kesihatan, jua nikmat kesakitan.. PElbagai hikmah datang menerjah. Alhamdulillah. Lebih dekat kita denganNYA. Manusia, seringkali leka dan lupa. Bila senang, seringkali terlupa.. Bila susah, suka menyalahkan. Baru terngadah. Astaghfirullah hal'azim... Moga ALLAH ampunkan kita, yang selalu terlupa dan terleka.
Terima kasih kepada semua, atas kunjungan dan doa yang berterusan. Moga ALLAH balas kebaikan antuma dengan kebaikan yang berlipat ganda. Bi iznillah, insya'ALLAH.
Insya'ALLAH, kalau tiada aral, hari ini zauji akan kembali ke Johor. Mohon doa ya. Pinggang dan perut zauj masih sakit, tapi terpaksa pulang ke Johor. Sebab Doc hanya bagi MC selama 2 hari (ISnin n Selasa). Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. AMinn
Sekian, wassalam
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *