Rezeki

Khamis, 24 Mac 2011

Dia yang ku Kenali


Assalamua'laikum.



Salam ukhuwwah, salam persahabatan, salam persaudaraan, salam kemaafan buat semua.


Alhamdulillah, puji dan puja untukNYA tak pernah padam. DIA tak pernah lupakan kita, wajarkah kita melakukan sebaliknya? Tanya diri, selak iman.


Alhamdulillah, pagi-pagi lagi ana sudahmendapat mesej yang menggembirakan hati. Insya'ALLAH, dengan izinNYA jua, sahabiah kesayangan ana akan mendirikan Bait Muslim tidak lama lagi. Mabruk ya ukht. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan ya. Insya'ALLAH akan cuba mencari ruang dan peluang untuk hadir ke Majlis antum. (^_~).

Kami, berkenalan sejak ana melangkah masuk ke IPT.

Kami, pernah menjadi roomate selama 6 bulan. (^_~).

Kami, pernah nangis sama-sama dalam bilik study.

Kami, pernah tak tido malam buat laporan untuk persembahkan pada MT.

Kami, pernah bergandingan dalam beberapa program.

Kami, pernah handle usrah yang sama.

Kami, pernah memasak bersama untuk Iftar Masjid Kamsis C.

Kami, pernah bergaduh. Huhu. * gaduh-gaduh sayang*

Kami, saling sayang menyayangi.

Kami, saling mengingati.


Kita, punya kisah yang hampir sama.

Kita, punya rasa yang hampir serupa.

Kita, punya minat yang gila-gila. Hehe

Kita, punya Tuhan yang MEMANG SAMA.

Kita, dalam agama yang satu.

Dan itu, memang semua orang tahu... (^_~)


Dia, sangat baik orangnya.

Dia, suka masak-masak.

Dia, suka bersih dan cantik.

Dia, memang suka buat lawak.

Bikin orang gelak-gelak.

Dia, ramai anak usrah.

Dia, ramai orang sayang.

Dia, suka tolong orang.

Dia, memang tetap pendirian.

Dia, sangat menjaga ibadahnya.

Dia, sangat mantap tarbiahnya.

Dia, adalah satu dalam sejuta.


Dan Ana, biasa-biasa aja..... (^_~). Makhluk ALLAH yang tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan ehsan dan kasih sayang dari DIA, yang maha Kuasa.

Segala yang ada, adalah pinjaman dariNYA jua, akan diambil bila-bila masa sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan, kerna ia, bukan milik kita semua. (^_~)


Ada keluarga, pinjaman ALLAH.

Ada suami, pinjaman ALLAH.

Ada harta, pinjaman ALLAH.

Ada upaya, pinjaman ALLAH.

Ada rasa, jua pinjaman ALLAH.

Ada nyawa, tak lain tak bukan, PINJAMAN DARI ALLAH SEMATA...

Tengok list, memang semuanya LOAN.. Pinjam dari ALLAH. Kita, tak punya apa-apa..


Huhu, tiba-tiba sebak...


Oklah, moga ALLAH rahmati kita semua. Kepada Akak yang Syuha sayang... Insya'ALLAH, nanti kita jumpa ya. (^_~)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers